Top Ad 728x90

Islam tidak berkompromi perkara jejas akidah - Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.

''Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.

''Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dewan Ulama Pas pula menyifatkan majlis yang disertai oleh Mohammad Nizar itu sebagai meragukan dan sepatutnya beliau tidak hadir kerana adanya sifat berkenaan.

Dalam pada itu, ketika menjawab satu soalan berhubung isu berkenaan, Harussani berkata, Rasulullah dalam satu hadisnya pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, dia akan termasuk di dalam kaum tersebut.

''Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telah pun dipesan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya, kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,'' tekan beliau.

Sementara itu, beliau berkata, orang Islam yang menziarah kematian orang bukan Islam dilarang membaca doa ke atas mayatnya.

- UTUSAN

1 Comment:

  1. nak cakap mufti kita sekarang sudah berat sebelah perkara yang melibatkan pemimpin pembangkang cepat jer bagi komen tapi pada pemerintah diam contonya isa dan banyak lagi isu yang melibatkan ekonomi , perundangan malaysia ni mengaku saja negara islam tapi dasar dan hukum islam cm aik 10 peratus jer tu pun tak tau sampai ke tak.... mana suara mufti............

    tetap menyokong Tok Guru

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90