Top Ad 728x90

,

Labur RM31j ubah Pudu Raya


Terminal Hentian Pudu Raya bakal mengalami transformasi apabila sebanyak RM31 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan mengubah suai bangunan yang berusia hampir 33 tahun itu.

Perubahan wajah itu merupakan langkah susulan ekoran lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 April lalu yang meninjau masalah orang ramai di Hentian Pudu Raya.

Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd., (UDA Holdings), Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, tiga pelan telah direka bagi meningkatkan keselesaan pengguna di Hentian Pudu Raya yang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010.

Beliau berkata, pihaknya berharap dapat meraih semula pulangan modal pelaburan berkenaan dalam tempoh lima hingga enam tahun selepas itu.

"Pelan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Kesemua pelan ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan ruangan menunggu yang lebih selesa, meningkatkan mobiliti pengguna melalui penaiktarafan lif serta penyediaan eskalator.

"Turut dinaik taraf, sistem siaraya, tandas awam dan penerapan kemudahan mesra pengguna untuk golongan kurang upaya," katanya pada sidang media di sini semalam.

- KOSMO!

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90