INFO KERJAYA (JAWATAN KOSONG)

Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan Terkini terus ke e-mail anda, sila masukkan e-mail anda di bawah dan klik "Join Now!" -> GROUP MY KERJAYA

Subscribe to mykerjaya

Powered by us.groups.yahoo.com


* SENARAI JAWATAN KOSONG SEKTOR KERAJAAN

* SENARAI JAWATAN KOSONG SEKTOR SWASTA



Larangan meminta-minta dan menzahirkan kefakiran

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Wednesday, July 1, 2009

Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada berupa kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan, kebijaksanaan dan sebagainya.

Oleh itu sebagai menunjukkan tanda kesyukuran tersebut, sewajarnya nikmat-nikmat itu dipergunanakan sebaiknya dengan melipatgandakan usaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa mahupun negara. Itulah kesan nikmat yang disukai oleh Allah pada hamba-hamba-Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” Baihaqi HuraianPengajaran Hadis:

i) Menzahirkan kefakiran dan bersikap suka meminta-minta adalah antara sifat orang yang kufur nikmat kerana ia tidak memanfaatkan nikmat yang sedia ada untuk berusaha dan berikhtiar mengubah nasibnya, bahkan cara ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai perasaan malu yang sekali gus merendahkan maruah dirinya sendiri.

ii) Malu adalah salah satu daripada cabang iman di mana pengertian malu mengikut syarak itu ialah perasaan yang mendesak seseorang itu supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar tentang pengawasan Allah atas gerakgeri yang menyebabkan ia terpelihara zahir dan batin dari perbuatan dan unsur-unsur yang mengundang kemurkaan Allah.

iii) Malu adalah dipuji selama malu itu menjadi unsur pencegah dari kejahatan, pendorong jiwa untuk berbuat kebaikan serta malu itu pula tidak menyebabkan kehilangan maruah atau kehormatan peribadi.

iv) Sementara malu yang dikeji pula ialah apabila malu berkata dan melakukan suatu perkara yang benar padahal tidak ada sebarang halangan untuknya berbuat demikian. Sifat ini hakikatnya bukanlah malu tetapi ‘pengecut’ yang amat dicela oleh syarak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 

KATEGORI

Artis (286) Astronomi (79) Berita (1902) Bolasepak (114) DPLI (39) Dunia (857) Ekonomi (789) Gempar (206) Hiburan (486) Islam (2237) Isu Semasa (114) Jawatan Kosong (1505) Keluarga (270) Kerjaya (1814) Kesihatan (978) Kewangan (357) Komentar (155) KPLI (91) KPLSPM (27) Mistik (49) Motivasi (620) Pendidikan (1117) Pentadbiran (220) Personaliti (223) Politik (1694) Sastera (77) Sejarah (211) Soal Jawab (88) Teknologi (769) Temuramah (19) Umum (946) Undang-Undang (225)

BLOG TERKINI