Top Ad 728x90

,

Malaysia kekurangan akauntan bertauliah

Permintaan yang tinggi terhadap akauntan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kini menyaksikan Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan profesion tersebut.

Presiden Suruhanjaya Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, negara kini mempunyai 25,000 orang akauntan yang mana hanya 600 sahaja diiktiraf sebagai akauntan bertauliah.

Beliau berkata, akauntan merupakan satu jawatan yang mendapat pendedahan pendidikan yang menyeluruh di dalam operasi perniagaan.

''Kekurangan akauntan di negara ini tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya disebabkan oleh permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

''Situasi itu menyebabkan kebanyakan graduan akauntan tidak sempat untuk mempraktikkan profesional itu sebaliknya terus ditawarkan sebagai peneraju untuk sektor komersial,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menganggarkan hanya 30 peratus graduan akauntan benar-benar mempraktikkan profesional itu sekarang.

Mohd Nasir berkata, seseorang akauntan biasanya diberi pendedahan yang meluas dalam aspek akaun, percukaian, audit, pengurusan kewangan dan pengurusan risiko.

Kelebihan itu menyebabkan individu yang bergelar akauntan tidak lagi terhad untuk pekerjaan itu semata-mata tetapi turut melayakkannya menerajui perniagaan sebagai CEO.

Beliau berkata, memandangkan profesion akauntan sangat penting dalam ekonomi negara, Malaysia dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan menjelang 2020.

Bagaimanapun, ACCA tidak mempunyai data spesifik keperluan tenaga profesional itu mengikut penduduk negara.

Namun, beliau berkata, di United Kingdom 25 peratus daripada jawatan CEO, ditunjangi oleh akauntan.

Manakala, di Malaysia sahaja hampir 30 peratus daripada CEO syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) adalah diterajui oleh akauntan yang bertauliah.

Mohd. Nasir menambah, profesion akauntan adalah tunjang utama ekonomi pada masa depan dan permintaannya tidak akan terjejas meskipun dunia dilanda krisis ekonomi.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90