Top Ad 728x90

,

Michael Jackson disemadi ikut cara Islam

Keluarga Raja Pop, Michael Jackson dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengebumikan penyanyi itu secara Islam.

Sumber yang rapat dengan keluarga Michael memberitahu bahawa mereka bersetuju untuk mengikut cara Islam dalam soal pengurusan jenazahnya.

"Keluarga Michael sedang mempertimbangkan untuk mengebumikannya mengikut cara Islam kerana mereka percaya Michael mahu disemadikan mengikut agama yang baru dianutinya itu," kata sumber itu.

Menurutnya, abang Michael, Jermaine memainkan peranan penting memberikan nasihat kepada keluarga bintang itu untuk menerima cara Islam dalam pengurusan jenazah Michael.

Namun, setakat ini masih tidak dapat disahkan tempat sebenar dan bila jenazah Michael akan dikebumikan.

Michael dilaporkan memeluk Islam pada penghujung 2008 selepas beberapa tahun menyatakan keinginan untuk menganut agama itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel.

- AGENSI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90