Top Ad 728x90

JJ berhubung dengan rakyat melalui Internet

Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (gambar) yang dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kemudahan Internet untuk berhubung dengan penduduk Rompin ketika beliau berada di AS.

Katanya pelantikan beliau itu tidak bermakna beliau akan mengabaikan kebajikan pengundi di Rompin dan boleh mendengar dan menyelesaikan masalah mereka melalui Internet.

"Insya-Allah saya tidak akan abaikan pengundi...dan mewujudkan laman web sendiri untuk berhubung dengan mereka di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah zakat Affin Islamic Bank Berhad dan wang zakat perniagaan Teras Dara Konsortium Sdn. Bhd. kepada golongan miskin di Kampung Rekoh Baru di sini hari ini.

Jamaludin berkata, beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Telekom Malaysia untuk mewujudkan stesen bergerak dan klinik maya bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan penduduk pada waktu yang ditetapkan.

Selain itu katanya, beliau turut merancang untuk pulang dua bulan sekali bagi berjumpa penduduk dan menyelesaikan masalah mereka.

"Saya juga akan balik bila sesi Parlimen (Dewan Rakyat) bersidang dijadual tiga bulan sekali dan juga kalau ada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, saya akan ambil cuti untuk pulang menghadirinya sekiranya perlu," katanya.

Jamaludin yang merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata,beliau juga berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk pembangkang yang menyuarakan kebimbangan mengenai pelantikannya itu akan menyebabkan penduduk Rompin terabai.

Mengenai peranan beliau sebagai duta bertaraf menteri, Jamaluddin berkata, antara tugas utama beliau di AS ialah untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara selain menarik kedatangan lebih ramai pelabur dan perpindahan teknologi baru dari AS ke Malaysia.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90