Top Ad 728x90

,

Perniagaan & Pemasaran MLM

Oleh ZAIDAH BINTI ABDUL AZIZ

Rata-rata masyarakat Malaysia memang mengetahui bahawa pemasaran pelbagai peringkat atau multi level marketing adalah salah satu strategi pemasaran yang semakin aktif dan diceburi ramai yang berminat dalam bidang perniagaan.

Kaedah ini sangat popular di kalangan kita memandangkan ramai yang terlibat di dalam kaedah pemasaran dan perniagaan ini. Walaubagaimanapun, ramai juga yang telah tersungkur di pertengahan jalan.

Anda mesti sentiasa ingat bahawa MLM adalah kaedah menjual barangan walau bagaimanapun wakil yang memperkenalkan bidang ini kepada anda menafikannya.

Ada kalanya, mereka akan cuba menarik anda dengan mengatakan, “ kami tak jual barang, kami hanya mahu memperkenalkan konsep dan marilah dengar dulu, buat keputusan kemudian”, atau, “kami mengajak anda untuk menyertai kami sebab kita sesama bangsa/agama harus membantu satu sama lain bukan?”, atau, “inilah caranya untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang pendek dengan modal yang sedikit, senang sangat, saya buat kerja ini dalam jangkamasa sebulan sahaja dan tengoklah sekarang dah boleh pandu kereta BMW. Anda selalu mendengar mereka berkata begini bukan? Hakikatnya, ini adalah gimik untuk menarik minat jurujual baru.

Contoh barangan yang saya katakan tadi adalah seperti beberapa syarikat yang dikenali dengan produk-produk kesihatan, barangan penjagaan kulit atau barangan keperluan harian. Anda harus menjual barangan untuk mendapatkan pendapatan.

Jadi, kata-kata kunci “memperkenalkan konsep, bangsa/agama, keuntungan dalam jangkamasa pendek, modal yang sedikit dan senang sangat” adalah kata-kata “penyejuk hati” yang disasarkan mengikut sasaran pelanggan yang telah diprofil oleh introducer.

Benar, memang ramai yang telah berjaya di dalam bidang ini, tetapi, lebih ramai yang telah TERSUNGKUR GAGAL. Anda perlu perhatikan, syarikat-syarikat yang mempromosi kaedah MLM ini telah wujud di dalam dunia perniagaan sejak 1960-an.

Ini bermakna setiap satu berusia lebih 40 tahun dan masing-masing berkedudukan sangat kukuh jika masih beroperasi sehingga hari ini. Mengapa boleh jadi begitu? Kerana mereka pandai menarik 'jurujual' baru saban hari dengan menggunakan gimik pendapat dan besar dan kehidupan yang mewah.

Walaubagaimanapun, jika anda seorang yang memang sukakan cabaran dan bidang perniagaan tanyakan dahulu soalan-soalan berikut:
1. Memiliki sekurang-kurangnya RM2000 untuk membayar modal perniagaan itu?
2. Memiliki sekurang-kurangnya RM5000 lagi untuk menampung keperluan minyak kenderaan, makan-minum, dan lain-lain keperluan untuk mempromosi dan memperkenalkan prospek baru ke dalam perniagaan anda?
3. Mampukah anda menarik sekurang-kurangnya 2 orang prospek untuk menyertai perniagaan ini sebagai underline anda?
4. Mampukah anda menampung perbelanjaan minyak kenderaan, makan minum dan lain-lain keperluan untuk membantu underline i anda untuk menarik prospek baru?
5. Adakah anda memiliki sekurang-kurangnya RM250 sebulan untuk sebagai mengekalkan jualan minimum bulanan untuk maintain keahlian anda di dalam perniagaan tersebut dan untuk mendapatkan bonus yang dijanjikan? Bonus yang dijanjikan biasanya dalam bentuk kupon pembelian barangan lain di dalam syarikat yang sama, 10% diskaun ke atas mana-mana pembelian barangan lain, dan kelayakan untuk cabutan bertuah untuk pakej pelancongan ke luar negara. Di mana kereta, rumah dan kehidupan mewah yang dijanjikan?
6. Anda pernah dilatih untuk personal selling?
7. Adakah anda berkeyakinan untuk bertemu dan mengajak orang lain untuk menyertai perniagaan ini?
8. Jika saudara-mara, sahabat handai, orang asing yang anda jemput untuk menyertai perniagaan ini akan berjaya memperoleh apa yang mereka mahukan?
9. Mampukah mereka mengekalkan jualan minimum jualan bulanan untuk menjamin bonus dan rebet yang dijanjikan syarikat?
10. Mampukah anda membantu mereka mencapai sasaran jualan bulanan?
11. Adakah anda diposisi jawatan yang dijanjikan mereka?
12. Berapa banyak masa, tenaga dan wang yang perlu dimodalkan untuk menjadi jutawan seperti yang dijanjikan?
13. Adakah anda berfikir secara realistik?

Renungkanlah.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90