Top Ad 728x90

, ,

Pelajar Indonesia serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia.

- Agensi

2 Comment:

  1. sampai cam tu skali... siap hack website.. mak ai.. bnde keciknye hal... lagu kite p0n kate ciplak lagu die.. yang st12 nyanyi lagu isabella amy search dah macam dangdut tue ape citer... ade kite serang.. embassy di0rng gune tel0r..

    BalasPadam
  2. Assalam wbt.

    Biasale tu......kat negara dia orangpun tak ada apa yang nak dibuat......bila orang suruh demo....merekapun berdemolah, asalkan ada ongkosnya!!!!!

    Jika tak salah, tarian bali itu berasal dari pengaruh ajaran Hindu yang terdapat dari 2 kitab-kitab utama mereka. Mengikut sejarah, pengaruh Hindu ini bukan sahaja bertapak di Bali tu malahan segenap kepulauan nusantara Melayu dahulu.....hanya di Bali tu rakyatnya mudah dan senang dipengaruhinya sehingga menjadi amalan, kebudayaan dan adat resam mereka sehingga ke hari ini.

    Jadi tarian Bali ini sebenarnya sudah menjadi hak global kerana ia diperturunkan bersama-sama dengan ajarannya sekali seumpama ajaran yoga yang sedikit masa dahulu menjadi kecoh di negara kita.

    Ini cuma pendekatan dari segi ilmuah tetapi dari segi kebudayaan, dunia mengakui walaupun tidak secara 'official' bahawa tarian ini adalah hak bangsa Indonesia.

    Isu ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana penerbit untuk memelihara sensitiviti masyarakat setempat serta juga serantau. Tindakan tanpa penyelidikan secara total seperti ini boleh mengundang malapetaka yang besar kepada masyarakat. Sesuatu tindak-balas segera perlu dilakukan oleh pihak penerbit ataupun negara dalam menangani isu ini.

    Wassalam.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90