Top Ad 728x90

,

Peraduan MMS raya Maxis tawar hadiah RM10,000

Anda kreatif dan suka merakamkan foto-foto kenangan? Jangan sia-siakan bakat anda kerana Utusan Malaysia dan Maxis menawarkan wang tunai RM10,000 untuk dimenangi melalui peraduan 'MMS Raya Utusan-Maxis' sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Peraduan terbuka kepada semua pembaca Utusan Malaysia, pelanggan Maxis dan Hotlink ini yang telah berlangsung sejak minggu lalu akan berakhir pada 9 Oktober.

Ia peraduan pertama dianjurkan Utusan Malaysia bersama Maxis Mobile Servis Sdn. Bhd.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar Sistem Pesanan Multimedia (MMS) yang diingini dan setiap penghantaran dikenakan bayaran RM0.50.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti mereka menghasilkan gambar-gambar MMS yang bertemakan Aidilfitri termasuk persiapan serta cara sambutannya.

Selain itu, telatah lucu teman-teman serta keceriaan sewaktu berkunjung ke rumah teman-teman juga boleh dihantar untuk bertanding.

Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke talian 22336.

Juara akan menerima wang tunai RM3,000, pemenang kedua RM2,000, manakala tempat ketiga memperoleh RM1,000.

Turut ditawarkan ialah 20 hadiah sagu hati wang tunai RM200 setiap seorang.

Peserta yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh melayari laman web http://www.utusan.com.my/peraduanMaxis

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90