Top Ad 728x90

Syarat Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) diperketat

Syarat dan terma pengambilan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) dari kalangan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) akan diperketatkan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bertujuan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diambil berkhidmat dalam pasukan tersebut.

Menurut beliau, anggota JPAM dan Rela perlu melepasi tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan JSJ Narkotik untuk mengikuti latihan SSP.

''Calon-calon juga perlu memenuhi kriteria tertentu ditetapkan iaitu mesti warganegara Malaysia, mencapai usia 18 dan 40 tahun, ketinggian 157 sentimeter bagi lelaki dan 152 bagi wanita, lulus pemeriksaan perubatan, tidak mempunyai kecacatan fizikal yang ketara dan berketerampilan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pengambilan pertama bulan lepas, seramai 133 sukarelawan (66 anggota Rela dan 67 anggota JPAM) telah dipilih berbanding 249 calon yang melalui tapisan keselamatan.

Fasa kedua pula melibatkan 1,122 orang iaitu 948 anggota Rela dan 174 anggota JPAM dan kesemuanya masih menjalani tapisan keselamatan.

Hishammuddin berkata, sepanjang mengikuti kursus yang dikelola dan diselia sepenuhnya oleh jurulatih PDRM, para pelatih akan dilatih mengenai tugas-tugas kepolisan yang merangkumi tanggungjawab mereka sebagai SSP.

Sebanyak lima buah pusat latihan disediakan untuk melatih anggota SSP iaitu di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi; Akademi Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi; Jabatan Pertahanan Awam, Butterworth; Unit No. 3 Polis Simpanan Persekutuan (PSP), Georgetown; dan Malaysia Product Corporation (MPC), Bandar Baru Uda, Johor Bharu.

''Dari segi tempoh latihan para pelatih diwajibkan mengikuti kursus ini pada setiap Sabtu dan Ahad selama tujuh minggu, memenuhi keperluan menghadiri keseluruhan 124 jam tahunan yang diperuntukkan dengan 73 jam untuk latihan akademi sementara bakinya 51 jam lagi untuk latihan luar.

''Antara latihan fizikal yang perlu mereka lalui ialah jasmani, kawad, seni mempertahankan diri seperti t-baton dan teknik tangkapan," katanya.

Hishammuddin menambah, pelatih juga perlu mengikuti sukatan pengajian undang-undang yang merangkumi tugas-tugas kepolisan; pengenalan undang-undang Malaysia; kategori kesalahan (kesalahan lazim ditangkap, kesalahan tidak lazim ditangkap; kes saman, kes waran); pencegahan jenayah; kuasa-kuasa polis; kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah undang-undang am.

Pada masa sama, pelatih juga didedahkan dengan simulasi pemeriksaan seperti pemeriksaan ke atas tubuh dan pemeriksaan ke atas kenderaan bagi membolehkan mereka merasai pengalaman serta keadaan sebenar.

Berhubung masalah jadual penugasan ekoran terdapat anggota SSP yang terikat dengan pekerjaan tetap, beliau telah meminta PDRM berbincang dengan majikan SSP untuk mendapatkan kerjasama, sokongan dan keprihatinan bagi membolehkan SSP terbabit berkhidmat.

- UTUSAN

2 Comment:

  1. sy SSP80347 ingin meminta maaf terlebih dahulu jika pertanyaan sy ini akan menyinggung mana2 pihak yg berkenaan.baru2 ini balai sy di daerah hulu selangor di kunjungi oleh pegawai dri bukit aman beliau mengatakan bahawa SSP tak boleh memakai unifom PDRM dan hanya boleh memakai unifom RELA/JPAM ini adalah arahan dri KDN masaalah nya sy tak dapat apa2 maklumat dri mana2 pihak yg mengatakan bahawa SSP dah tak boleh memakai unifom PDRM.Jika perkara ini benar boleh tak pihak tuan memberi sy surat tentang perkara ini.Sekian terima kasih jasa baik dri pihak tuan sangat di hargai.

    BalasPadam
  2. Salam Satu NKRA DAN PDRM Saya anggota sukarelawan polis yang di serap masuk. Dari anggota rela telah berhidmat di Daerah Dang wangi sehingga 2013 malang nya pihak Jabatan rela telah mengeluarkan Arahan supaya semua anggota SP memulangkan Balik semua peralatan dan me letak Jawatan sebagai sukarelawan polis tanpa apa apa Surat tunjuk sebab mula mula Sekali kata Tak Ada perutukkan untuk Bayar pada pvr yang di lantik dan Tak Ada penyerapan pada sukarelawan polis biasa Smpai Sekarang Ada Lima ribu masih tidak bertugas kata Dulu waktu jenayah meningkat pelbagai janji manis boleh di serap pada anggota sokongan lah tapi Smpai Sekarang apa pun Tak Ada Tanya pihak Bukit Aman kata sp Nkra di bawah rela tapi bila perlatikkan di bawah pdrm apa motif ini haraf pihak yang berkenaan tolong Beri penjelasan Kita terpaksa menjalani Latihan pdrm dan banyak Kita banyak tugas cegah jenayah Serta Ada yang di Buang kerja tetap sebab nak berhidmat sebagai sukarelawan polis

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90