Top Ad 728x90

,

Tujuh terkorban hari pertama Ops Sikap

Ops Sikap Ke-20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan semalam, mencatatkan sebanyak tujuh kematian pada hari pertama.

Jumlah itu menurun berbanding 15 kematian yang dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap Ke-17 sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Selain penurunan angka kematian, jumlah kemalangan keseluruhan dilihat menurun iaitu sebanyak 874 dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap kali ini berbanding 1,051 kes kemalangan pada hari pertama Ops Sikap ke-17.

Daripada jumlah itu, jalan bandaran merekodkan kes kemalangan paling banyak iaitu 430 kes, diikuti jalan persekutuan sebanyak 186 kes, jalan negeri (122), lebuh raya (90) dan lain-lain jalan (46).

Menurut statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Ops Sikap Ke-20 kali ini, menyaksikan pengguna kereta mencatat jumlah korban tertinggi iaitu empat orang, diikuti empat pengguna motosikal dan seorang pejalan kaki.

"Manakala lain-lain kenderaan seperti pengguna teksi, van, bas, lori, basikal, pacuan empat roda dan pengangkutan awam tiada laporan kematian dicatatkan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 11,104 jumlah saman yang dikeluarkan pada Ops Sikap kali ini.

Saman-saman itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,354 notis POL257 yang ditanda tangani sendiri oleh pesalah di tempat kejadian dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.

Bagi notis POL170A pula melibatkan 7,750 pesalah dan notis diposkan kepada pengguna tetapi mereka hanya akan menikmati pengurangan 30 peratus apabila membuat pembayaran.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90