RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di :
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my


Pelakon Dayana Kamal antara mangsa rentung nahas kereta

on Tuesday, October 20, 2009


Wanita yang ditemui rentung bersama dua rakannya dalam kemalangan ngeri di atas jambatan dekat Bunut Payung di sini, awal pagi kelmarin, adalah pelakon filem Black Maria.

Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22, atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal, juga membintangi beberapa drama, seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku serta Selamat Tinggal Noni.

"Apa yang lebih menyentuh hati saya, beberapa hari sebelum kejadian itu, dia memberitahu niatnya untuk mendalami al-Quran dengan mencari guru agama bagi membantu mengajarnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin, Proton Persona yang dinaiki Wan Noor Diana dan tiga sahabatnya terbabas sebelum terbakar dan meletup.

Dua lagi yang rentung dikenali Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dan warga Amerika Syarikat, Christopher Gonzalez, 25, manakala pemandu kenderaan itu, Tengku Ahmad Nazim Tengku Ibrahim, 30, terselamat.

Jenazah Wan Noor Diana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mata Pasir dekat Chempaka, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Indie, The Times, Natazar Mohamad, 33, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dayang Fatiha Amanda, yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan akhir Pencarian Gadis Metro anjuran akhbar Harian Metro pada 2004.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham anak sulung dari empat beradik baru-baru ini turut menyertai pertandingan Pakaian Muslimah Kelantan.

"Noor Diana sepatutnya menggayakan pakaian serba biru, tetapi pada saat akhir mengubah fikiran dan mengenakan pakaian serba putih. Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik tetapi itu mungkin petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

- BERITA HARIAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - SUMBER MAKLUMAT & JAWATAN KOSONG TERKINI | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO