Top Ad 728x90

3 politeknik premier beroperasi Julai 2010

Tiga daripada 27 politeknik di seluruh negara ini bakal diberi taraf sebagai politeknik premier bermula pada sesi pengajian Julai depan.

Dengan penarafan itu, politeknik premier akan memberi pengkhususan kepada program diploma, diploma lanjutan serta ijazah dan tidak lagi menawarkan program sijil seperti sekarang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan taraf itu akan menyaksikan penambahan antara 18,000 hingga 20,000 pelajar bagi program diploma selaras usaha melakukan transformasi terhadap kualiti institusi tersebut.

''Pihak kementerian dalam proses melakukan penilaian untuk memilih tiga politeknik itu sebelum mengumumkannya pada akhir tahun ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Khemah Kecemerlangan Akademik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad.

Program itu adalah anjuran bersama Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Pusat Kokurikulum UTM.

Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata, politeknik premier mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang menerusi ekonomi yang berasaskan inovasi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, ini kerana peranannya yang dapat melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Menurutnya, transformasi ke atas politeknik mampu merubah institusi tersebut dalam melahirkan lulusan yang menepati pasaran kerja sekali gus menjamin kerjaya mereka pada masa depan.

''Kerajaan tidak mahu melihat graduan politeknik berhenti menuntut ilmu setakat program diploma sahaja dan terus bekerja selepas itu.

''Apa yang kita inginkan ialah lulusan diploma politeknik menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma lanjutan dan ijazah bagi meletakkan kedudukan politeknik setaraf dengan universiti,'' katanya.

Mohamed Khalid berkata, politeknik premier juga mampu mengikis tanggapan bahawa institusi berkenaan tidak setaraf dengan universiti hingga menjadi pilihan kedua di kalangan lepasan pelajar sekolah.

- UTUSAN

3 Comment:

  1. sokong cadangan ini..,
    politeknik dinek tarafkan..

    tertarik dengan ayat last sekali..,

    " tidak setraf dengan universiti "
    e2 lah tanggapan mereka di luar sana.,
    paahal politeknik juga di bawah kementerian..

    _ student polisas_

    BalasPadam
  2. Muhammad Ramdhan Adnan

    Salam...saya memang menyokong 200% cadangan naik taraf nie.memang sepatutnya dah lama naik taraf jadi Uni.Politeknik Malaysia...tapi sepatutnya ditambah lagi 2 politeknik primer....menjadikan jumlah 5 politeknik primer....sebagai contoh polisas sesuai dijadikan politeknik primer zon timur...poli shah alam zon tengah,PUO zon utara,polijb zon selatan dan poli kuching sbg zon sabah n srwk...ini bagi memudahkan bekas2 pelajar untuk mengikuti pengajian dip lanjutan,ijazah sarjana muda dan sarjana di zon masing2 dan tidak perlu berulang alik terlalu jauh dari sesetgh tempat.selain dari itu bekas2 pelajar juga dapat melanjutkan pengajian secara sambilan KSS yg ditawarkan pada peringkat dip lanjutan dan ijazah sarjana muda dan sarjana mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.tetapi tegasnya di sini kos pembelajaran perlulah diutamakan dan perlu berpatutan.jika kos pembelajaran dapat dikurangkan berbanding di IPTA yang terlalu mahal,ini akan menggalakkan lagi kemasukkan lebih ramai pelajar2 ke poli2 tersebut berbanding ke IPTA tempatan sekaligus meningkatkan pendapatan sektor pendidikan di sesebuah politeknik.dengan ini politeknik tersebut akan dapat berdikari dengan sendiri dan mengamalkan pengurusan secara profesional serta lebih efisien tanpa mengharapkan dan menunggu-nunggu peruntukan dari pihak kerajaan.sebagai contoh kita dapat melihat keberkesanan sistem pendidikan dan pentadbiran UITM yang berjaya menempatkan hampir ke semua cawangan di setiap negeri.bukanlah bermaksud kita mengenepikan bantuan kerajaan,tetapi kita mesti mengurangkan kebergantungan kepada pihak kerajaan supaya pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada badan2 kerajaan yang lebih memerlukan.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90