Followers

Pengumuman

KEPUTUSAN PTK SESI OKTOBER 2009
Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Sesi Oktober 2009 akan diumumkan pada 25 November 2009 di Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia : http://www.mpm.edu.my

TERKINI ~ KEADAAN BANJIR DI PANTAI TIMUR
Sehingga jam 11.00 pagi 24 Nov 2009, bilangan mangsa banjir di Terengganu turun kepada lebih 6,899 orang. Paras air sungai utama masih melebihi paras bahaya. Jalan Pantai Kuala Terengganu ke Kota Bharu ditutup kepada lalulintas kerana dinaiki air. Walaubagaimanapun, Jalan Persekutuan Kuantan - Dungun - Kuala Terengganu - Jerteh - Kota Bharu masih boleh dilalui. Mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan setakat ini bertambah kepada 3,800 orang. Tiada jalan Persekutuan yang ditutup.

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR BARU UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SESI DIS 2009
- Semakan Keputusan Kemasukan ke program Pra Diploma, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di UiTM boleh dibuat mulai 16 November 2009 di : SEMAKAN KEMASUKAN KE UiTM DIS 2009

Artikel Terbaru (Latest Article)

Grab this!  |  Powered by feedmap.net


Untuk mencari artikel terdahulu di blog ini, sila taip topik atau tajuk yang anda kehendaki. (To search the previous article in this blog, please key in the topic or title that you want)

Custom Search

Insiden bakar iringi Negeri Sembilan julang Piala Malaysia

Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan ini membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.

Pemainnya Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.

Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang ditemani sekurang-kurangya 70,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan, namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang, namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.

Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pada minit ke-58, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.

Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti, sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas, malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.

Berangkat menyaksikan perlawanan itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di perlawanan akhir dan Shahurain berjaya merealisasikannya.

"Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta-merta dapat mengubah corak permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan.

"Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia, namun tidak mahu terlalu yakin," katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada Piala Malaysia.

Sementara jurulatih Kelantan, B Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan.

"Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.

"Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya.

- BERNAMA

1 comments:

pencinta kebenaran said...

salam...

saya sgt gembira negeri 9 juara..alhamdulillah...playing game mereka sgt konsisten dan back sgt bagus..plg teruk pun time dah nak last2 baru kelanatan dapat tembus...

klau lah saya wan jamak..saya akan kata..tambah gol selagi yg boleh..benteng pun cam tu..kekang selagi boleh..jgn bagi can!

Komen Pelawat

Tukar Suka Sama Suka Kakitangan Awam Kerajaan Malaysia

PENERBIT RANCANGAN B17
Saya bertugas di Klang sebagai Penerbit Rancangan B17 (Jabatan Penyiaran). Ingin bertanya jika ada sesiapa di Jabatan Penyiaran / Penerangan Kuala Terengganu untuk tukar suka sama suka ke Klang. Sila emelkan kepada saya jika berminat: yusslizlea@yahoo.com

PEMBANTU PERANGKAAN E17
Saya bertugas di Ibupejabat Jabatan Perangkaan di Putrajaya dan mencari sesiapa yang bertugas di Negeri Sembilan untuk tukar suka sama suka. Hubungi saya melalui e-mail: marlyn_roxy@yahoo.com @ 017-2638839

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
Kepada sesiapa yang bekerja di Terengganu @ Kelantan @ Pahang & ingin bertukar suka sama suka ke Putrajaya, sila hubungi Nira di talian : 012-9682306 @ rin79@ylang@hotmail.com

SENARAI PENUH TUKAR SUKA SAMA SUKA
Lihat senarai penuh Tukar Suka Sama Suka dan masukkan iklan TUKAR SUKA SAMA SUKA anda di bahagian komen.
* Sila ikut format seperti di atas

Perhatian

Blog ini berkonsepkan maklumat dari pelbagai sumber. Artikel yang disiarkan bersifat berkecuali dan tidak memihak atau mewakili mana-mana pertubuhan atau parti politik.

Anda dinasihatkan menggunakan bahasa dan komen yang sesuai dengan tatasusila masyarakat Malaysia. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda dikenakan tindakan undang-undang di atas komen yang anda diberikan.

Sebarang artikel yang disiarkan boleh diambil dengan syarat, anda menyatakan sumber asal artikel tersebut. Jika ada pemilik artikel yang disiarkan tidak membenarkan artikel anda dikongsi bersama, bolehlah memaklumkan kepada pemilik blog ini.