Top Ad 728x90

,

Kerajaan belum cadang wajib penganggur daftar

Kerajaan belum berhasrat mewujudkan undang-undang khusus bagi mewajibkan semua penganggur berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Maznah Mazlan, berkata pemerhatian kementerian mendapati tidak ada negara di dunia yang mewajibkan penganggur untuk mendaftar.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kulasegaran ingin tahu sama ada kerajaan berniat mewajibkan semua penganggur mendaftar diri dengan kementerian dan apakah statistik pengangguran boleh diperoleh untuk membuat perancangan bagi dasar kerajaan.

"Kajian Penyiasatan Tenaga Buruh oleh Jabatan Statistik mendapati kadar pengangguran negara pada masa ini ialah 3.6 peratus pada suku kedua 2009 dan kadar pengangguran ini turun daripada empat peratus pada suku pertama 2009 selaras dengan pemulihan ekonomi negara," katanya.

Maznah berkata, sehingga Selasa lalu bilangan pencari kerja yang berdaftar dengan kementerian melalui portal JobsMalaysia adalah 374,272 orang dengan 145,919 atau 38.9 peratus daripadanya adalah mereka yang sudah bekerja tetapi ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

"Masalah pengangguran di negara ini tidak serius kerana kadar pengangguran penuh adalah empat peratus," katanya.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90