Top Ad 728x90

,

Pengasas bersama Twitter kagum kepekaan PM

Pengasas bersama rangkaian sosial Twitter, Biz Stone memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana begitu peka dengan perkembangan media baru.

“Jika beliau benar-benar menggunakannya (Twitter), saya akan berikan beliau 10 markah,” katanya di hadapan 2,000 belia yang menghadiri Sidang Kemuncak Pembabitan Belia (Yes 2009) di Putrajaya, semalam.

Ketika dimaklumkan mengenai kebanyakan pesanan yang dihantar Najib melalui Twitter itu hanyalah jadual harian Perdana Menteri, Stone berkata, itu sudah mencukupi kerana fungsi aplikasi itu ialah untuk memberikan maklumat awal.

Beliau berkata, media baru termasuk blog mikro kini sudah menjadi pilihan utama dan bukan lagi bahan untuk keseronokan semata-mata.

Perkhidmatan Twitter yang memberikan ruang kepada pengguna menghantar 140 karakter pesanan meningkat 10 kali ganda dalam tempoh setahun dengan 54 juta pengguna di seluruh dunia, ketika ini.

Stone juga turut menggesa peserta Yes 2009 untuk mencipta idea serta peluang sendiri dan bukan sekadar menunggu pihak lain menghulurkan bantuan.

“Mulakan dengan menggunakan idea anda sendiri daripada menunggu seorang pelabur untuk menawarkan sejumlah dana untuk membiayai anda. Mempunyai pelabur sama seperti mempunyai pekerja yang tidak boleh dipecat,” katanya.

Beliau berkata, ramai beranggapan kejayaan dicapai Twitter berlaku sekelip mata sedangkan ia mengambil masa 10 tahun untuk berada pada tahap sekarang.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90