Top Ad 728x90

Rahsia Di Sebalik Gerak Laku

Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
- Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
- Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3. Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
- Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4. Mata dan dahi berkerut-kerut
- Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5. Mata berkelip lebih laju daripada biasa
- Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6. Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
- Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7. Memandang kita, tetapi tidak pada mata (tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita) sewaktu kita bercakap
- Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak relaks. Mungkin gemuruh.

8. Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
- Dia bersikap negatif kapada kita. Dia kemungkinaa berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9. Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
- Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10. Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
- Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

- HAZRIL

2 Comment:

  1. Salam Hazril. Terima kasih dengan tip-tip yang diberikan. Ada beberapa tip yang boleh babah praktikkan untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam.

    BalasPadam
  2. ada juga bila bercakap dengannya tentang perkara yang perlu berfikir dia memandang tempat lain..sebab dia nak berfikir,jadi pandang tempat lain..saya la orang tu.kadang orang salah tafsir,terutama masa sesi belajar..cikgu kata tak beri perhatian,berangan..waduh..nak buat camna memang mata kena pandang tempat lain untuk berfikir huhuhu

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90