Top Ad 728x90

, ,

SKIM LATIHAN PERANTIS PERUNCITAN (SLPP) PERNAMA

Perwira Niaga Malaysia atau ringkasnya PERNAMA merupakan sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). PERNAMA bertanggungjawab mengendalikan laman niaga serta kedai runcit di dalam Kem-Kem Angkatan Tentera seluruh Malaysia.

Kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Skim Latihan Perantis Peruncitan (SLPP). Skim latihan selama 12 bulan ini bertujuan melahirkan kakitangan terlatih untuk ditempatkan di kedai-kedai PERNAMA. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan diberikan elaun, kemudahan perubatan dan faedah-faedah sedia ada.

Kelayakan Akademik:

a. Berkelulusan SPM atau SPM V dengan sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu; ATAU
b. Berkelulusan STPM

Calon-calon yang tidak berjaya menamatkan pengajian Matrikulasi/Diploma/Ijazah juga digalakkan memohon.

Lain-lain Kelayakan :

-Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun.
-Calon mestilah belum berkahwin (bujang).
-Mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi untuk memajukan diri dalam pekerjaan.
-Boleh bekerja dimana-mana lokasi yang ditempatkan.

Calon-calon yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan lengkap (satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut) :

-Kad Pengenalan
-Sekeping gambar berukuran pasport
-Resume
-Sijil Akademik (PMR/SPM/STPM)

MUAT TURUN BORANG:
http://www.pernama.com/borgslpp.doc

Dan hantarkan ke alamat berikut pada atau sebelum 1 Disember 2009.

Jabatan Sumber Manusia,
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA),
Peti Surat 2007, Pusat Mel Bukit Raja,
40800 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-3341 0572

Temuduga akan diadakan di ibu negeri masing-masing.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui http://www.pernama.com

* KREDIT : http://www.jobless.my/

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90