Top Ad 728x90

Tiada zon larangan jual arak di Selangor

Kerajaan Selangor tidak menetapkan kawasan khusus untuk penjualan minuman keras di kawasan berpenduduk majoriti Islam seperti desakan pemimpin PAS negeri sejak akhir tahun lalu.

Exco kerajaan tempatan negeri itu Ronnie Liu menjelaskan, Selangor juga tidak menyekat penjualan bir di kedai-kedai serbaneka 24 jam.

Namun usaha untuk mengelakkan produk itu dibeli oleh orang Islam dikawal selia sendiri oleh pekedai berkenaan, tambahnya di persidangan DUN hari ini.

Menjawab satu soalan lisan daripada Yap Ee Wah (BN- Sungai Pelek), Ronnie juga berkata kedai-kedai berkenaan hanya menjual minuman yang mengandungi alkohol tidak melebih 8.8 peratus.

"Semua premis 7-Eleven di Shah Alam hanya menjual arak yang mengandungi kurang daripada 8.8 peratus, ini dikategorikan kepada bir," katanya.

Pemimpin DAP itu menambah, kerajaan negeri turut menetapkan produk beralkohol diasingkan daripada produk-produk lain apabila dipamerkan di dalam kedai.

Jelasnya, pengasingan ini antara garis panduan yang ditetapkan kepada pekedai untuk mengelakkan minuman beralkohol dibeli oleh orang Islam di Shah Alam yang majoriti penduduknya Melayu beragama Islam.

Ronnie juga berkata, pekedai turut diarahkan supaya meletakkan papan tanda khas bagi memberitahu larangan penjualan arak kepada orang Islam dan juga kepada individu bawah 18 tahun.

Katanya, risalah serta poster diedarkan kepada premis-premis berkenaan untuk memaklumkan mengenai larangan berkenaan.

- MALAYSIAKINI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90