Top Ad 728x90

10 senarai teratas jenama pilihan utama Superbrands 2009

Gardenia, jenama roti keluaran tempatan, menjadi satu-satunya jenama Malaysia yang berjaya menduduki senarai 10 teratas jenama terunggul organisasi penjenamaan global, Superbrands 2009.

Jenama lain yang mengungguli 10 senarai teratas jenama pilihan utama di Malaysia itu terdiri daripada pengeluar terbesar dunia dan jenama terkenal antarabangsa.

Gardenia berada di tangga ketujuh di belakang jenama 100Plus dan Sony yang berkongsi tempat pertama, Google di tangga ketiga, Maggi (keempat), Panasonic (kelima), Shell (keenam), Colgate (kelapan), ICI Dulux (kesembilan) dan Honda (kesepuluh).

Pemilihan itu dibuat menerusi kaji selidik dijalankan firma penyelidikan pasaran, The Nielsen Company membabitkan 500 jenama pilihan daripada 93 kategori barangan pengguna dan perkhidmatan.

Majlis penyampaian anugerah Superbrands kali kelima itu diadakan di Kuala Lumpur, semalam. Anugerah disampaikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni dalam ucapannya, berkata produk tempatan perlu mempunyai satu jenama unik supaya ia dapat dikenali dan dikaitkan terus dengan negara ini, sama seperti jenama yang dikaitkan dengan negara seperti Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Mungkin akan sampai satu masa nanti, pengguna di seberang laut akan membeli barangan dari negara ini disebabkan kekuatan label ‘Made in Malaysia’ (buatan Malaysia),” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pengeluar tempatan juga perlu memastikan produk keluaran mereka dapat sekurang-kurangnya memenuhi standard minimum global.

“Kita telah menyaksikan dalam beberapa bulan bagaimana barangan dari China mendapat publisiti buruk media apabila mengeksport beberapa barangan yang berada dalam keadaan tidak sempurna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Superbrands Malaysia, Mark Pointer, berkata anugerah Superbrands mengiktiraf pencapaian dan kualiti sesuatu produk sehingga ia menjadi jenama pilihan ramai.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90