Top Ad 728x90

Rangkaian perisian antivirus


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Mustahil terdapat pengguna Internet yang tidak mempunyai perisian antivirus sebagai perlindungan.

Bagi pengguna, mereka semestinya mahukan perisian yang terbaik, terkini dan canggih bagi menjamin keselamatan komputer ketika di alam siber.

Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security 2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0.

Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta pengguna di seluruh dunia.

Pengarah Saluran Kaspersky Lab Asia Tenggara, Gan Suk Ling berkata, rangkaian Kaspersky 2010 menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS) yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui.

Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua perisian.

"Rangkaian baru ini menumpang kejayaan sistem inovatif Kapersky Security Network, di mana maklumat daripada berjuta-juta pengguna digunakan untuk mengurangkan tindakbalas kepada ancaman baru dan mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini bagi membezakan fail bersih dan tercemar," katanya semasa majlis pra pelancaran rangkaian produk 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk baru ini membolehkan Kapersky Lab meningkatkan enjin anti virus bagi mengesan program perosak dengan lebih berkesan.

Ini penting memandangkan beribu-ribu program perosak yang baru muncul setiap hari di seluruh dunia.

Persekitaran perisian keselamatan siber jelas Suk Ling, sentiasa berubah memandangkan penjenayah siber semakin berani dan menjadikan jenayah siber suatu industri bernilai jutaan dolar.

Setiap hari beribu-ribu virus makro, Trojan dan virus telah direka dan diedarkan dalam berbilang rangkaian oleh komputer yang tidak mempunyai perlindungan.

"Kaspersky Lab telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memantau dan mengenalpasti aktiviti jenayah seluruh dunia.

"Ini dilakukan dengan sistem Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) yang memperoleh sumber maklumat mengenai perisian terkini dari berjuta-juta pengguna peribadi yang menyertai Kaspersky Lab," katanya.

Menggunakan konsep keselamatan in-the-cloud yang semakin popular, rangkaian versi 2010 menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas.

Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya.

Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada perubahan.

Menurut Suk Ling, Kaspersky 2010 lebih berupaya melindungi data sulit dan menghalang laluan pengguna secara automatik jika memasuki laman jenayah komputer secara tidak sengaja.

Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer.

Produk ini boleh didapati di pengedar terpilih atau membeli dalam talian di www.antivirus365.net

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90