Top Ad 728x90

KALENDAR & PERISTIWA PENTING BULAN JUN 2009

by
KALENDAR & PERISTIWA PENTING BULAN JUN 2009 ------

1 JUN 2009 : Ulangtahun Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) ------

6 JUN 2009 : Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ------

17 JUN 2009 : Semakan Keputusan KPLI Ambilan Jun 2009 ------

18 JUN 2009 : Semakan Keputusan DPLI Ambilan Julai 2009 ------

19 JUN 2009 : Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (Lepasan STPM/ Diploma/ Matrikulasi) Ambilan Julai 2009

Kaka menang Bola Emas Piala Konfederasi 2009

by

Pemain yang baru menyertai Real Madrid, Kaka telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Konfederasi 2009, sekali gus memenangi anugerah Bola Emas.

Rakan sepasukannya, Luis Fabiano yang meledak dua gol ketika Brazil bangkit menewaskan Amerika Syarikat 3-2 pada final awal pagi semalam menduduki tempat kedua manakala pemain tengah Amerika Syarikat, Clint Dempsey di tempat ketiga.

Fabiano bagaimanapun menerima anugerah Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak dengan lima gol sementara penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard dipilih sebagai pemenang Sarung Tangan Emas berdasarkan aksi tangkasnya menjaga gawang Amerika.

Kaka berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukannya kerana membawa Brazil muncul juara dan juga membantunya memenangi anugerah Bola Emas itu.

"Saya sangat gembira kerana menjadi pemain terbaik dan pasukan saya muncul juara.

"Apa yang lebih penting, bagi saya ialah menang gelaran ini ketika Brazil muncul juara. Jika tidak, saya tidak akan memperolehnya. Jadi, terima kasih kepada semua rakan sepasukan," kata bekas pemain AC Milan itu.

Ditanya tentang karier barunya bersama Real selepas ini, Kaka berkata: "Untuk menghormati dunia baru saya di Madrid, saya akan bercakap mengenainya pada Selasa (hari ini) apabila saya secara rasmi menjadi pemain kelab berkenaan."

- AFP

Keputusan bedah siasat Jacko bocor

by
Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat.

- AGENSI

Batu kristal Gunung Keriang

by

Tidak perlu terlalu mengagungkan kristal dari luar negara kerana batu itu juga banyak terdapat di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.

Bagi mereka yang meminati barangan perhiasan kristal, Gunung Keriang merupakan tempat paling tepat untuk dikunjungi kerana terdapat lebih daripada 100 jenis batu kristal atau lebih dikenali sebagai 'batu bunga' terdapat di situ.

Lebih unik, terdapat pelbagai bentuk dan jenis batu kristal yang ditawarkan oleh penjual. Ia dipercayai bukan sahaja bertujuan menghiasi ruang tamu rumah, bahkan batu tersebut juga mempunyai rahsia kesihatannya yang tersendiri.

Lebih tepat lagi, batu kristal ini mempunyai unsur tenaga untuk tujuan kesihatan sekali gus memberi kebaikan kepada penggunanya yang menjadikannya sebagai perhiasan di rumah.

Terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar raya Alor Setar, Kedah, pengunjung pasti akan rambang mata kerana terdapat berpuluh-puluh kedai menjual batu kristal pada harga tawaran serendah RM4 hingga RM12,000.

Pengunjung juga mempunyai pilihan sama ada mahu membelinya di gerai biasa atau deretan kedai dan harganya pula bergantung kepada kepandaian pengguna untuk menawarnya dengan pembeli.

Dibuka sejak enam tahun lalu, gerai-gerai di sini memberi rezeki kepada penduduk setempat dengan penjualan batu kristal.

Bagi seorang penjual, Arnida Aziz, 28, batu kristal dari Gunung Keriang dikatakan hidup dan boleh membesar sekiranya dijaga dengan baik dan rapi.

Jika mahu melihat batu kristal itu nampak hidup dan membesar, pembeli haruslah menyembur air ke atas batu tersebut sekurang-kurangnya dua hari sekali bagi menaikkan kilauannya.

"Bukan susah nak jaga, kalau semburannya cukup, maka tidak mustahil ia dapat membesar dengan sempurna dan cantik.

"Kalau nak nampak lebih cantik, letak batu kristal ini di bawah cahaya lampu dan ketika itu, barulah pemilik akan nampak keunikan dan keindahan batu kristal ini," katanya.

Arnida menambah, terdapat pelbagai jenis pilihan warna yang ada di kedai batu kristal miliknya seperti putih, perang hitam dan biru manakala harganya pula sudah pasti berbeza.

"Biasanya, yang putih lebih murah berbanding dengan batu kristal berwarna kerana susah untuk dicari," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penjual, A. K. Lee, 56, pula berkata, orang Cina percaya batu kristal mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

"Orang Cina percaya, batu ini ada 'feng shui' yang baik dan bukan semata-mata untuk dijadikan perhiasan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kini bukan sahaja masyarakat Cina sahaja yang tergila-gilakan batu kristal, malah orang Melayu juga sudah menyedari kelebihannya.

"Orang Melayu pun dah pandai cari batu kristal dan mereka percaya, ia ada khasiatnya yang tersendiri," katanya.

- BERNAMA

Rombak kaedah belajar BM, BI

by
Kerajaan disaran merombak semula kaedah pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris bagi mengukuhkan penguasaan kedua-dua bahasa itu di kalangan pelajar sekolah.

Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, cadangan itu dibuat kerana beliau berpendapat pelaksanaan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak semestinya akan meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut.

"Kita bercakap daripada segi pengajaran dan pembelajaran bahasa, soal penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tidak timbul.

"Sebaliknya, pembelajaran kedua-dua bahasa perlu ditingkatkan dengan bahasa Melayu perlu diberikan keutamaan yang sebaiknya," kata beliau ketika berucap merasmikan Kolokium Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid di sini hari ini.

Tambahnya, antara pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam dua bahasa itu ialah menambah masa pembelajaran di sekolah dan mengubah sistem pengajaran mengikut kesesuaian usia pelajar.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu melihat dan menetapkan persepsi bahawa bahasa Melayu dan Inggeris merupakan satu perkara yang berlainan dan ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan antara satu sama lain dalam pembelajaran.

"Bahasa Melayu dan Inggeris adalah berbeza daripada segi sistem dan strukturnya," jelas beliau.

Ungku Aziz juga mahu kerajaan meneliti dan memperbanyakkan sumber maklumat termasuk buku-buku berkaitan sains dan teknologi dalam bentuk terjemahan bahasa Melayu.

Katanya, ketika ini beliau mendapati tidak begitu banyak terjemahan bahan-bahan ilmiah dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan bidang berkenaan.

"Sebagai contoh, Sains dan Matematik tidak tertakluk pada pengunaan bahasa Inggeris kerana kedua-dua mata pelajaran itu sendiri merupakan 'bahasa simbolik'.

"Jadi dua mata pelajaran ini boleh diajar dalam pelbagai bahasa. Malah dengan ada banyak rujukan dalam bahasa Melayu, saya fikir tidak ada masalah untuk menguasai bidang-bidang ini," ujarnya.

- UTUSAN

Celcom Broadband & Nokia Bluetooth Modem

by

Oleh REY
http://www.artmywork.co.cc/

Saya ada satu permasalahan yang memerlukan kebijaksanaan? Apakah saya perlu melanggan Celcom broadband dengan pakej minimum bulanan RM68 dengan starter kira-kira RM300 untuk dapatkan set broadband yang terdiri daripada stick modem dengan SIM Card. Sedangkan dalam masa yang sama di tempat kediaman sekarang terdapat rangkaian public wifi percuma tanpa perlu bayar apa-apa untuk menggunakan kemudahannya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan wifi tersebut tidak sentiasa lancar bahkan kadang-kadang dalam sehari suntuk tiada liputan rangkaian mungkin sedang diselenggara. Lebih teruk lagi pernah tiada rangkaian selama seminggu.

Hanya semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan rangkaian internet berterusan dan lebih meluas, melanggan Celcom broadband adalah suatu pilihan yang tepat, tetapi semua itu memerlukan kos namun berbaloi. Jadi, dalam situasi rangkaian internet public wifi sedang diselenggara ataupun ketika balik kampung tiada rangkaian percuma tersebut maka keperluan mendapatkan Celcom broadband adalah perlu. Namun, bukanlah dengan menjadi pelanggan tetap membayar sekurang-kurangnya RM68 sebulan. Sebaliknya hanya menggunakan rangkaian Celcom broadband ketika perlu sahaja.

Sekiranya anda melayari website Celcom broadband, anda boleh dapati perkhidmatan langganan harian serendah RM6 dan mingguan RM20. Dengan adanya pengetahuan tentang teknikal bluetooth telefon bimbit serta gateaway code pelayaran internet menerusi komputer yang mempunyai bluetooth. Kini, telefon bimbit model biasa (bukan java atau smartphone) Nokia 2630 saya boleh berfungsi sebagai modem sama seperti modem yang kita beli jika kita melanggan bulanan RM64 Celcom broadband.

Apa yang perlu dilakukan adalah cuma tetapkan konfigurasi antara telefon bimbit dengan komputer anda sebagai PC Pair. Anda boleh menetapkan fungsi telefon bimbit anda bukan sahaja semata-mata untuk pemindahan data tetapi juga boleh menjadi modem, network access, fax dan serial port. Sekiranya hendak menggunakan internet gunakan sambungan Dial-up Networking dan anda akan menggunakan rangkaian Celcom broadband. Sebelum itu pastikan anda melanggan sama ada untuk sehari RM6 atau seminggu RM20, jika tidak prepaid anda akan dikenakan caj RM0.10 bagi setiap 10kb. Dalam sehari sahaja bukan RM6 yang habis tetapi berpuluh RM.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui kod dial-up untuk masuk ke rangkaian internet Celcom broadband melalui komputer. Biasanya mereka yang melayari internet menggunakan Smartphone akan terus dapat melayari internet melalui paparan kecil telefon mereka. Tetapi sekiranya telefon bimbit itu dijadikan sebagai modem memerlukan dial-up kod atau nombor. Kod yang perlu anda gunakan ialah *99#.

Pengetahuan teknikal sebegini telah berjaya menyelesaikan masalah 'pembaziran' dan terputus 'rangkaian' internet. Dengan menggunakan free public wifi maka boleh menjimatkan kos, jika menggunakan rangkaian Celcom broadband harian maka perhubungan internet masih dapat diteruskan ketika rangkaian percuma menghadapi masalah atau tiada liputan dikawasan kampung halaman tetapi ada liputan rangkaian Celcom broadband tak kira sama ada GPRS, Edge, 3G ataupun HSDPA. Justeru itu, kita perlu bijak membuat keputusan supaya boleh membuat pilihan yang terbaik mengikut kemudahan, keadaan dan tempat.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Celcom broadband semata-mata boleh digunakan pada komputer dengan membeli pakej bulanan RM68 + RM300 (SIM Card + Stick modem). Celcom broadband adalah liputan yang membolehkan sambungan ke rangkaian internet. Untuk menggunakannya ada pilihan selain pakej tersebut, sama ada melalui smartphone atau menjadikan telefon sebagai modem dan melayari menerusi komputer. Namun bagi mereka yang tiada pilihan rangkaian lain dan perlu sentiasa berhubung 24 jam sebulan maka pakej RM68 adalah perlu. Bagi mereka yang ada pilihan lain, perlu bijak memanfaatkan setiap pilihan tersebut.

Kos tadbir PTPTN masih membebankan peminjam

by
Sebahagian besar peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sudah menerima penyata kira-kira pinjaman pendidikan bagi 2008.

Ironinya, penyata itu masih belum mengambil kira penurunan kos pentadbiran tiga peratus kepada satu peratus, iaitu kos pentadbiran yang dikenakan berdasarkan perjanjian asal yang ditandatangani peminjam.

Agaknya pihak berkenaan di PTPTN belum lagi menerima arahan mengenai tarikh sebenarnya hendak menurunkan kos berkenaan. Yang menanggung derita peminjam, rata-rata menghadapi masalah kewangan dalam kemelut ekonomi sekarang, kerana terpaksa menanggung kos tadbir yang amat tinggi itu.

Sebagai contoh, ada peminjam yang menjelaskan pinjaman RM2,526.30 sepanjang 2008 tetapi hanya dikira RM849.64 saja sebagai kredit, sedangkan bakinya RM1,676.66 dianggap sebagai kos tadbir urus, diserapkan sebagai debit, menurut kadar RM140 tiap-tiap bulan. Soalnya, untuk maksud apa kos tadbir sebanyak ini perlu dikenakan saban bulan? Jika begini keadaannya berterusan, sampai bila pun jumlah pinjaman tidak akan 'luak-luak'.

Masyarakat tradisi Melayu memperkenal dan melaksanakan beberapa sistem seperti gadaian, sewa-beli, pawah, jual janji, ceti, dan sekarang along yang begitu mencengkam kehidupan masyarakat zaman berzaman. Apa pun namanya, sistem berkenaan pada ajaran Islam dianggap sebagai riba.

Sesuatu yang berbau bunga dianggap riba dan haram pada sisi Islam. Ringkasnya semua jenis pinjaman dikenakan bunga adalah riba, dalam istilah Fiqhnya disebut 'Riba Al-Nasi'ah', dilarang al-Quran dan Sunnah.

Jika peminjam PTPTN adalah untuk rakyat, dan objektif kerajaan ialah 'rakyat diutamakan', maka kos tadbir pinjaman pendidikan perlu dikurangkan kepada satu peratus atau dihapuskan terus dengan kadar serta-merta.

Justeru, yang baru mendaftar sebagai pelajar IPT sekarang perlu berfikir panjang sebelum memohon pinjaman agar hidup tidak dibelit hutang puluhan tahun sesudah tamat pengajian. Pegang prinsip 'Hidup bahagia tanpa hutang', biarpun terpaksa menjerut perut ketika belajar.

Sejak dulu lagi, saya mencadangkan PTPTN bukan saja perlu diuruskan golongan profesional, tetapi individu yang benar-benar berdedikasi kepada tugas, hatta bijak membuat unjuran masa depan secara tepat dan proaktif.

DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.

- FORUM BERITA HARIAN

Komentar - Keadilan dalam organisasi elak salah guna kuasa, penindasan

by
Oleh NOR HARTINI SAARI
Pegawai Penyelidik Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Islam menuntut umatnya berlaku adil dalam segala hal. Takrifan keadilan dalam Islam merangkumi keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul.

Secara keseluruhan, keadilan bermakna tidak berlaku penindasan, tidak ada berkepentingan, tidak menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain.

Justeru, tidak hairan jika Islam menekankan keadilan dalam segala urusannya, apatah lagi dengan melaksanakan keadilan mencegah penindasan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan perkara bertentangan nilai murni.

Hal berkaitan keadilan turut dituntut dalam pengurusan organisasi. Tuntutan ini memerlukan kepemimpinan yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral serta kejujuran yang tinggi.

Keadilan dalam pengurusan organisasi bermula daripada proses pelantikan jawatan. Majikan perlu melantik calon berkelayakan dan berkebolehan. Contohnya, sesi temuduga ialah alternatif yang diamalkan sehingga hari ini. Cara itu terbukti berkesan dan adil bagi mengelak salah pilih pekerja.

Sejarah tamadun Islam menunjukkan contoh keadilan dilakukan Rasulullah SAW antaranya ketika pelantikan Mu'adh Jabal sebagai Gabenor Syam. Baginda yang melakukan temuduga itu.

Baginda SAW mengemukakan soalan sejauh mana kelayakan Mu'adh untuk menjawat jawatan berkenaan dan sama ada beliau mampu menangani permasalahan yang mungkin timbul kelak.

Sementara Abu Zar pula meriwayatkan beliau semalaman memujuk Rasulullah SAW supaya melantiknya sebagai pemimpin. Beliau berkata: "Ya Rasulullah, lantiklah aku. Rasulullah SAW menjawab: Sesungguhnya ia amanah yang menjadi celaan dan penyesalan pada hari kiamat nanti."

Apa yang dapat kita perhatikan, pelantikan dan pemilihan pekerja secara adil bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya, memilih orang yang layak memegang tugas diamanahkan.

Hal ini menggambarkan kepada kita, pelantikan dan pemilihan calon yang tepat menyebabkan organisasi berjalan lancar dan berkesan. Bayaran gaji dan imbuhan yang setimpal juga perlu dibuat secara adil dan setimpal dengan kelayakan, taraf hidup serta keadaan setempat.

Bagi mengelak penipuan dan diskriminasi dalam organisasi, Islam menghendaki diwujudkan kontrak yang adil antara pekerja dan majikan. Kontrak keadilan penting bagi mengelak sesuatu tidak diingini berlaku antara majikan dan pekerja.

Di samping itu, keadilan dalam kebajikan pekerja perlu diberikan perhatian sewajarnya. Sebagai majikan, mereka perlu adil dalam kebajikan terutama dari segi, kesihatan dan keselamatan. Pengabaian majikan terhadap kebajikan pekerja menyebabkan produktiviti pekerja menurun. Secara tidak langsung, menjejaskan matlamat organisasi.

Dari segi pengembangan kerjaya, majikan perlu bertindak adil dengan memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk kenaikan pangkat, latihan meningkatkan kemahiran dan insentif serta pengiktirafan kepada yang layak atau yang lama berkhidmat.

Begitu juga bebanan tugas dan tanggungjawab yang diberikan perlu adil serta saksama. Islam membenci penganiayaan dalam apa juga bentuk termasuk pembahagian tugas.

Contohnya, pembahagian beban tugas antara pegawai atasan dan bawahan perlu berpadanan dengan imbuhan diberikan.

Prinsip kesaksamaan dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Baginya mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Majikan perlu memastikan hanya pekerja yang benar-benar melakukan kesalahan dan jenayah diberhentikan atau dikenakan tindakan disiplin. Sebarang hukuman dikenakan tanpa bukti yang sahih menggambarkan ketidakadilan berlaku ke atas pekerja itu.

Sehingga kini, sejauh manakah keadilan dilaksanakan dalam organisasi anda? Yang pasti, soal keadilan sangat diperlu dalam organisasi bukan saja demi kepentingan organisasi malah untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Tanpa keadilan wujud masalah seperti penindasan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam organisasi.

Pakej lebih baik PPSMI

by
Satu pakej yang lebih baik akan dikemukakan berhubung keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijadual diumumkan dalam masa terdekat ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan mengenainya akan mengambil kira kepentingan semua pihak terutama pelajar terbabit yang berjumlah kira-kira lima juta orang, guru-guru dan ibu bapa.

"Apapun keputusan yang bakal dibuat, kita akan kemukakan pakej yang dianggap lebih baik berhubung PPSMI," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Perancis, sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Ibu Pejabat UNESCO di sini.

Muhyiddin berkata, kerajaan tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan berkenaan kerana kesannya sangat besar dan melibatkan banyak pihak.

"Apa juga keputusan yang dibuat kita kena fikirkan kesannya bukan sahaja pelajar malah masyarakat dan negara. Kalau nak ubah sistem memang senang tetapi apa sistem gantinya," katanya.

Baru-baru ini, Muhyiddin mengumumkan analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah siap dan akan dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.

PPSMI mendapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak termasuk bukan Melayu yang bimbang dengan pencapaian pelajar dalam subjek berkenaan khususnya di kalangan pelajar luar bandar.

Malah pejuang bahasa kebangsaan juga melihat PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan apabila bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah.

Kemuncak terhadap bantahan itu apabila Gerakan Menentang PPSMI (GMP) mengadakan perhimpunan membabitkan kira-kira 5,000 orang yang kemudiannya berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menuntut pemansuhan dasar tersebut.

- UTUSAN

Lebih 100,000 rumah tidak terjual sejak 2005

by
Sebanyak 111,809 unit rumah bernilai kira-kira RM19.905 bilion tidak terjual di seluruh negara dari tempoh 2005 hingga 2008, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha.

Berdasarkan statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, pada tahun 2005 sejumlah 25,046 unit rumah membabitkan (RM4.069 bilion), 2006 (31,253 unit bernilai RM5.843 bilion), 2007 (29,481 unit bernilai RM5.515 bilion) dan 2008 (26,029 unit bernilai RM4.476 bilion) unit kediaman tidak terjual.

"Sememangnya wujud hartanah yang tidak terjual dalam pasaran perumahan terutamanya di sekitar Lembah Klang. Ini disebabkan beberapa faktor termasuk harga dan lokasi yang tidak sesuai dengan pasaran.

"Satu kajian pasaran yang komprehensif perlulah dilaksanakan oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan itu," katanya dalam soalan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di Dewan Rakyat semalam.

- BERNAMA

Keupayaan Measat-3a tingkat perkhidmatan ICT teruji 22 Julai

by
Dr Ali R Ebadi nyata gelisah hari itu. Laporan cuaca yang diterima cuaca buruk, awan gelap benar-benar membimbangkannya. Adakah usahanya kali ini akan 'gagal' sekali lagi?

Tahun lalu, usaha kerasnya tidak kesampaian. Walaupun bukan kerana masalah cuaca, tetapi disebabkan kerosakan teknikal, dia terpaksa menunggu hampir setahun untuk melihat hasil kerjanya membuahkan hasil.

Kira-kira jam 5.50 pagi atau lebih tepat jam 5.52:29 pagi, 22 Jun 2009, Dr Ali sudah mampu tersenyum. Hasil kerjanya, satelit telekomunikasi keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd (Measat), berjaya dilancarkan dengan jayanya dan seperti yang dijadualkan, satelit itu memasuki ruang orbit selepas enam jam 25 minit ia dilancarkan.

Kegembiraan Dr Ali dikongsi seluruh anggota pasukannya, termasuk Mohd Muzaini Mohammud, Penolong Jurutera Kanan Measat yang tiba dua minggu lebih awal di tapak pelancaran satelit di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar selain warga Measat serta rombongan delegasi Malaysia, yang menyaksikan detik bersejarah itu.

Naib Presiden Kanan, Pembangunan Sistem Angkasa Measat itu terfikir untuk menangguhkan pelancaran satelit itu beberapa jam sebelum waktu yang ditetapkan gara-gara laporan cuaca buruk yang diterima.

Awam hitam dan ribut taufan di laluan yang akan dilalui satelit itu pasti akan menggagalkan usaha menghantar satelit Measat-3a (M3a) ke orbit. Satelit yang dilancarkan di atas kenderaan pelancaran Zenit 3-SLB Landlaunch itu mungkin tidak mampu menempuh halangan yang ada atau satelit mungkin akan rosak.

Mujur, pada jam 11 malam (waktu Baikonur) atau 1 pagi waktu Malaysia, kira-kira empat jam sebelum waktu pelancaran, cuaca berubah. Tiada lagi awan hitam, ribut taufan juga sudah berlalu. Lampu hijau diterima pasukan Dr Ali untuk meneruskan pelancaran berkenaan.

Kira-kira enam jam 25 minit dari detik ia dilancarkan, satelit itu berjaya memasuki ruang orbit. Ketika artikel ini ditulis, M3a dikatakan berada di orbit pemindahan 91.4 longitud Timur. Di kedudukan ini, M3a akan menjalani pelbagai ujian. Ujian ini dijangka selesai dalam minggu ketiga Julai dan selepas itu akan berpindah ke orbit sasaran 91.5 longitud Timur, seiringan dengan satelit terdahulu milik Measat, Measat 3, di kedudukan 35.786 kilometer (km) dari bumi dengan kelajuan orbit 11,068km sejam.

"Jika segala-galanya berjalan lancar, M3a akan mula berfungsi pada 22 Julai 2009 dan membolehkan Measat memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penyiaran dan televisyen berasaskan konsep Terus Ke Rumah (DTH), yang lebih berkesan kepada pengguna," kata Ketua Pegawai Operasi Measat, Paul Brown-Kenyon.

Satu kenyataan yang mungkin terlalu 'besar' buat pengguna. Bahasa mudahnya, liputan telefon bimbit oleh syarikat telekomunikasi akan lebih meluas dan siaran satelit yang kini disediakan Astro akan dapat disaksikan dengan lebih selesa -tanpa gangguan ketika hujan.

Ini yang dijanjikan Astro dengan pelancaran M3a. Syarikat itu berkata, masalah transmisi siaran Astro dijangka dapat dikurangkan sehingga 30 peratus apabila M3a mula berfungsi.

Satelit seberat 2,417 kilogram (kg) itu dibangunkan Orbital Sciences Corp, Dulles, Amerika Syarikat, dengan kos AS$165 juta (RM577.5 juta). Ia direka bentuk untuk beroperasi seiring satelit komunikasi M-3 dengan tambahan 24 penerima isyarat (transponder) - 12 jalur KU dan 12 Jalur C kepada 48 penerima isyarat M3 sekali gus menyokong industri ICT yang semakin berkembang dan membangunkan industri penyiaran dan televisyen berasaskan konsep DTH.

Sebagai pembekal perkhidmatan komunikasi satelit kepada syarikat peneraju penyiaran di Asia, platform DTH dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pelaburan jangka panjang Measat bagi meningkatkan kapasiti satelit baru amat penting bagi memastikan syarikat terus mendapat sokongan daripada pembangunan industri ICT tempatan, pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan dalam industri satelit antarabangsa.

Kemudahan ini pastinya dinanti-nantikan pengguna. Namun, pengguna harus menunggu sehingga 22 Julai ini. Ketika ini, satelit itu sedang menjalani proses penyesuaian dan penyelarasan fungsi, dikendalikan oleh pasukan di Dulles, Amerika Syarikat dan pasukan teknikal serta jurutera tempatan di Cyberjaya.

Beberapa jam sebelum penulis bertolak ke Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow untuk pulang ke tanah air, Dr Ali menghampiri penulis dan memaklumkan satelit itu berada dalam keadaan baik.

Harapannya, satelit itu dapat memasuki orbit sasarannya mengikut jadual dan berfungsi dengan baik. Begitu juga harapan kita semua sebagai pengguna.

- BERITA HARIAN

ntv7 sasarkan penonton Cina

by
Saluran televisyen ntv7 kekal sebagai pendahulu bagi penonton masyarakat Cina di negara ini, dengan menguasai 23 peratus daripada jumlah tontonan kaum berkenaan.

Bahkan, angka itu melepas 25 peratus apabila saluran terbabit menyiarkan drama bersiri Iron Lady, sebuah produksi tempatan hasil kerjasama ntv7 bersama Double Vision.

Justeru, tidak ada alasan untuk stesen televisyen berkenaan mengubah arah tujunya buat beberapa tahun akan datang, apabila mereka sudah mengenal pasti kelompok sasarannya iaitu penonton Cina serta penonton bandar berusia 30 tahun ke atas.

Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, berbeza dengan kewujudan stesen itu pada awal kemunculannya dulu, ia lebih terarah kepada menghiburkan penonton dengan kandungan rancangan yang dibawa dari luar.

"Namun, sejak akhir-akhir ini kami sudah berubah kepada sebuah stesen yang lebih mementingkan kandungan tempatan. Kini, kira-kira 60 peratus daripada kandungan saluran ini ialah produk tempatan dengan lebih 50 peratus daripadanya rancangan berbahasa Cina, sesuai dengan kelompok sasaran," katanya.

Bercakap kepada wartawan kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) sewaktu lawatan pegawai kanan ntv7 ke Balai Berita baru-baru ini, Airin memberitahu, rancangan berbahasa Cina selebihnya dibawa masuk daripada Hong Kong, China dan Singapura.

Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Suridah Jalaluddin; Pengurus Besar Operasi Berita, Sofwan Mahmood; Pengurusan Jenama Kumpulan (Urban), Emilya Abdul Rahman; Pengurusan Jenama Kumpulan (Cina), Lai Cheah Yee; dan Pengurus Perhubungan Awam, Mayeannie Ramli.

Mereka turut memberikan taklimat ringkas mengenai perkembangan dan perancangan ntv7 kepada pengurusan kanan akhbar kumpulan NSTP terdiri daripada Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Ariffin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail, Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk Syed Nazri Syed Harun; Pengarah Pemasaran, NSTP, Zuraidah Mohamad, pengarang unit hiburan dari akhbar Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, New Straits Times dan New Sunday Times.

Airin berkata, stesen itu amat berbangga dengan produk tempatan yang kini dilihat mampu menyaingi mutu drama yang dihasilkan syarikat luar negara.

"Lima tahun lalu, masyarakat kita masih ragu-ragu dengan mutu drama keluaran dalam negara. Namun, sejak tiga tahun lalu, kami nekad melabur dalam penghasilan produk tempatan ini, dengan mengadakan kerjasama beberapa produksi berpengalaman, sama ada dari dalam mahupun luar.

"Nampaknya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berupaya menarik minat penonton tempatan untuk mengikuti drama atau siri yang dihasilkan oleh produksi tempatan. Bahkan, kami sudah membuktikannya menerusi rating yang diperoleh produk keluaran tempatan ini, yang mengatasi program terbitan TVB," katanya.

Doraemon catat rating tinggi

ANTARA drama Cina terbitan produksi tempatan yang baru saja dan akan ditayangkan di saluran itu pada separuh kedua tahun ini ialah Romantic Delicacies, My Kampong Days, Timeless Season, My Destiny dan Pasar.

Dari segi rancangan berbentuk drama, saluran itu berbangga apabila muncul saluran utama bagi penggemar drama Cina.

Lebih membanggakan, sebuah siri keluaran tempatan, Age of Glory siaran saluran berkenaan akan mengembara ke Tanah Besar China menerusi musim keduanya sedikit masa lagi. Siri itu mendapat perhatian, bukan saja penonton tempatan, malah masyarakat antarabangsa apabila musim pertamanya disiarkan ntv7. Ia mencatat jumlah melebihi 1 juta penonton.

Manakala Iron Lady yang turut mencatat sambutan memberangsangkan ketika ditayangkan saluran itu baru-baru ini, sudah pun mengembara ke Hong Kong, Singapura, Brunei dan Korea Selatan dalam bentuk DVD.

Tegas Airin, walaupun menggunakan drama Cina sebagai tarikan utama, namun stesen itu tidak melupakan tanggungjawab sosial mewujudkan masyarakat harmoni di Malaysia apabila setiap produk berbahasa Cina tempatan terbitan mereka turut menyelitkan elemen muhibah.

Ditanya apakah program paling popular di saluran itu ketika ini, sambil tersenyum Airin memberitahu, rancangan kartun Doraemon yang disiarkan setiap Sabtu, jam 7 malam, muncul program paling disukai penonton saluran terbabit.

Selain kanak-kanak, program terbabit turut ditonton seluruh anggota keluarga.

Ia diikuti oleh rancangan drama yang disiarkan 10 malam, setiap Isnin hingga Jumaat. Slot terbabit kini menggamit jumlah tontonan antara 800,000 hingga 1 juta penonton setiap hari. Jumlah itu tidak termasuk penonton di Sabah dan Sarawak.

Menyentuh mengenai sambutan ulang tahun ke-11 stesen itu, Airin berkata, di samping siaran rancangan biasa, pihaknya turut menyediakan pelbagai judul filem menarik untuk hiburan penonton ntv7 sepanjang Julai ini, terdiri daripada filem Inggeris, Cina dan telefilem Melayu.

Antara judul yang disediakan termasuk Ace Ventura, Ace Ventura: When Nature Calls, Robin Hood: Prince of Thieves, God of Gambler: The Early Stage, 2002, Twins Effect II, Initial D, My Dream Girl dan Enter the Phoenix.

- BERITA HARIAN

Tapak purba Afghanistan terancam

by

Sebuah tapak arkeologi penting di utara Afghanistan yang pernah didiami oleh manusia sejak abad ke-6 sebelum Masihi kini diancam oleh pembinaan sebuah jalan, kata ahli-ahli arkeologi.

“Gaung Cheshma-e-Shafa yang tercantik di utara Balkh adalah satu daripada beberapa tapak purba diancam kemusnahan oleh pihak berkuasa pasca Taliban yang mengarahkan pembinaan dijalankan,” kata mereka.

Ini berlaku walaupun wujud undang-undang untuk melindungi warisan negara itu.

Kesan habitat manusia purba telah ditemui pada 2007 di Cheshma-e-Shafa, kira-kira 30 kilometer ke barat daya bandar Mazar-i-Sharif, menurut pertubuhan Delegasi Arkeologi Perancis di Afghanistan (DAFA).

Kesan-kesan arkeologi itu didapati berasal dari era Achaemenid (abad ke-6 hingga ke-4 sebelum Masihi), yang dinamakan sempena Dinasti Parsi yang pertama memerintah di kawasan itu sehingga disingkir oleh Iskandar Zulkarnaen.

Namun, sebuah syarikat Korea Selatan telah dilantik oleh pihak kerajaan untuk membina sebuah jalan merentasi tapak tersebut,” kata pengarah DAFA, Roland Besenval yang mengetuai ekspedisi tersebut.

“Kami telah menghentikan jentera pengorek dengan berdiri di hadapan mereka tetapi kerja-kerja itu dimulakan semula keesokan harinya,’’ katanya kepada AFP.

“Mereka boleh membina jalan menghala ke timur tetapi jelas mereka tidak mahu berbuat demikian.

“Undang-undang Afghanistan telah melarang sebarang kemusnahan di tapak arkeologi tersebut. Kementerian Kerja Raya juga mengetahui mengenai semua ini, begitu juga dengan Kementerian Kebudayaan,” katanya.

Menurut DAFA, jurutera daripada Samwhan Corporation Korea menyatakan dalam mesyuarat itu bahawa mereka akan terpaksa menggunakan bahan letupan untuk meletupkan gaung yang sempit itu bagi pembinaan jalan.

DAFA berkata, walaupun mereka telah merayu, syarikat tersebut tetap akan meneruskan projek mereka.

“Pihak berkuasa telah mengarahkan kami untuk meneruskan pembinaan jalan mengikut reka bentuk yang ditetapkan tanpa mengira kebimbangan yang anda kemukakan di dalam mesyuarat ini,” kata syarikat Korea itu dalam e-mel kepada DAFA.

“Kawasan tersebut pernah ditakluk sehingga abad ke-13 dan merupakan laluan yang digunakan oleh Iskandar Zulkarnaen dan penakluk-penakhluk lain.

“Ini adalah tapak yang menjadi laluan lama yang sering digunakan oleh rakyat dari Asia Tengah ke India, dan merupakan satu kawasan yang strategik untuk mengawal trafik,” tambah ahli sains DAFA, Philippe Marquis.

“Kemudian orang Mongolia merentasi laluan itu kira-kira 1220 dan memusnahkan keseluruhan rantau itu dan kawasan itu kemudiannya terhapus kepentingan strategik.

“Antara ciri-ciri purba itu ialah dinding-dinding setinggi 15 meter dan sembilan meter tebal dan sebuah kuil api Zoroastrian yang merupakan “ satu daripada bangunan purba di dunia,” katanya lagi.

Zoroastrianism adalah satu daripada agama tertua di dunia yang ditubuhkan oleh Zarathustra, yang dipercayai telah hidup di bandar purba Bactria, kini dikenali sebagai Balkh iaitu kira-kira 30 kilometer utara Cheshma-e-Shafa.

“Zarathustra mungkin pernah tinggal di sini,” kata Marquis berdasarkan tapak yang diancam kemusnahan tersebut.

Afghanistan yang kaya dengan warisan purba kala telah dirompak, terbiar atau dimusnahkan sepanjang peperangan beberapa dekad lalu.

Satu daripada contohnya ialah tindakan Taliban memusnahkan beberapa patung Bamiyan Buddha pada tahun 2001.

– AFP

Jackson tetap diingati sampai bila-bila

by
Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI

Ketika Iran sedang bergelut menghadapi pergolakan politik yang dianggap terbesar di negara itu sejak Revolusi Iran pada 1979 dan menepis segala kritikan Barat, dunia meratapi kematian seorang ikon industri muzik.

Kematian Raja Pop, Michael Jackson pada Khamis lepas lalu, akibat jantung tidak berfungsi memang mengejutkan.

Kematian Jackson berlaku tidak sampai sehari selang kematian Farrah Fawcett, 62, seorang lagi selebriti dan simbol seks Hollywood, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles pada kira-kira pukul 9.30 pagi (12.30 pagi waktu Malaysia), setelah berjuang selama tiga tahun menghadapi penyakit kanser usus.

Jackson, 50, yang turut dikenali sebagai Jacko meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Jika Fawcett meninggalkan kenangan sedih di saat akhir kematiannya kerana hasratnya untuk mengahwini kekasihnya yang juga bintang Hollywood popular sekitar awal tahun 1980-an, Ryan O'Neal tidak tercapai, Jackson turut meninggal kenangan sedih tidak sempat mengadakan konsert terakhirnya sebanyak 50 siri mulai Julai ini di London, yang dirancang berbulan-bulan sebelum ini.

Jacko yang mengabdikan diri dalam dunia seni selama 46 tahun sejak berumur lima tahun ketika mula-mula menyertai Kumpulan ''The Jackson 5', yang ditubuhkan oleh abang-abangnya, sememangnya seorang ikon, bukan sahaja bagi muzik pop tetapi juga dalam industri hiburan yang digilai oleh berjuta-juta peminat dari seluruh dunia.

Sehubungan itu, tidak hairanlah sekiranya kematiannya benar-benar menggemparkan dunia seni, hatta di Malaysia.

Bagi sesetengah pihak, Jacko dianggap sebagai wira atas jasanya menjadikan muzik sebagai alat bagi menghapuskan perbezaan kaum terutama antara kulit putih dan kulit hitam di Amerika Syarikat (AS)

Hasratnya untuk menjadi bintang tertinggi akhirnya tercapai, walaupun sesetengah pihak menganggap Jackson hanya dapat menyamai kegemilangan mendiang Elvis Presly, yang juga bekas bapa mertuanya.

Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1982 apabila album Thriller yang memuatkan lagu Billie Jean dan Beat It memenangi lapan anugerah Grammy dan muncul sebagai album terlaris sepanjang zaman.

Karier anak ketujuh daripada sembilan beradik, kelahiran Gary, Indiana itu dalam bidang seni seumpama mendaki gunung, bermula dari meniti di kaki bukit dan kemudian mencapai kemuncak kegemilangan sebelum di saat akhir hidupnya merudum dengan menempuh pelbagai ranjau dan duri termasuk didakwa mencabul kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun pada 1993.

Selain itu, Raja Pop itu turut mencetuskan kontroversi apabila membuat pembedahan plastik bagi menukar kulit dan wajahnya serta tentang laporan kononnya dia telah memeluk Islam.

Seperti selebriti Holloywood lain yang sering mencetuskan kontroversi, kematian mereka meninggalkan misteri tentang punca kematian mereka. Penyanyi yang terkenal dengan aksi 'Moonwalk' seolah-olah turut mengikuti jejak rakan-rakan selebriti Hollywood yang lain yang meninggalkan misteri tentang punca kematiannya.

Walau apa pun tanggapan orang ramai tentang Jackson - Raja Pop itu, dia akan diingati sampai bila-bila sebagai legenda dalam industri seni.

Dilema 200 tahun Kg. Buah Pala

by
Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan penternakan lembu yang juga dikenali sebagai High Chaparral Pulau Pinang ini sememangnya mempunyai signifikan tersendiri di kalangan penduduk Pulau Pinang.

Perkampungan flora yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Bukit Gelugor ini didiami lebih daripada 65 keluarga dan sudah menempat di situ sepanjang lima generasi serta hampir 200 tahun.

Menurut sejarah, tanah Kampung Buah Pala dipunyai oleh keluarga Brown (sebelum merdeka), sebuah keluarga British yang kemudian menyerah tanah itu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai pemegang amanah.

Pada tahun 1999, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala telah menyeru kerajaan negeri untuk mewartakan tanah mereka sebagai tanah sebuah kampung tradisi Tamil sebagai simbol budaya nasional.

Kini, sejarah High Chapparal ini akan terkubur begitu sahaja apabila usaha-usaha penduduk kampung ini untuk terus mempertahankan kampung mereka daripada aktiviti pembangunan akhirnya menemui penamat apabila rayuan mereka di Mahkamah Rayuan ditolak dan kekal dengan keputusan arahan untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum 2 Julai ini.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu perkampungan ini, pastinya akan bersetuju sekiranya ada pernyataan mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih cenderung memilih untuk berdiam diri dalam usaha untuk menamatkan konflik ini.

Kesungguhan kerajaan negeri hanya terserlah melalui penubuhan jawatankuasa siasatan melibatkan penyelewengan dalam penukaran hak milik tanah berkenaan dan itu hanya dilakukan selepas 14 bulan YAB Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri serta selepas selesainya Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri Penanti.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (Malaysiakini, 12 Jun 2009) menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat boleh membuat kaveat terhadap tanah berkenaan. Ini secara langsung akan memberikan ruang masa yang banyak kepada semua pihak untuk mencari penyelesaian. Soalnya, mengapa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengarahkan Pejabat Tanah untuk menkaveatkan tanah berkenaan?

Ketua Menteri Pulau Pinang dengan kuasa eksekutifnya di bawah Seksyen 76 (a) Kanun Tanah Negara (KTN) dan Akta Pengambilan Tanah (Land Acquisition Act) boleh mengambil semula serta melindungi tanah berkenaan demi kebaikan rakyat. Mengapa tidak berbuat sedemikian?

Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-64 pada 23 Disember 2008 telah menetapkan bahawa amalan-amalan berikut sebagai dasar pemberimilikan tanah secara selama-lamanya (perpetuity) dalam keadaan-keadaan khas menurut seksyen 76(aa) KTN:

Pemberimilikan tanah kerajaan untuk tempoh pegangan selama-lamanya melalui Peruntukan-peruntukan Khas di bawah Bahagian Dua Belas, Kanun Tanah Negara 1965 - Serahbalik dan Berimilik Semula. Jika hak milik asal adalah pegangan selama-lamanya maka apabila hak milik itu diserahkan kepada kerajaan dan diberi milik semula kepada tuan punya tanah adalah menjadi tanggungjawab mandatori Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memberi milik semula untuk tempoh pegangan selama-lamanya;

Sekiranya pemberimilikan untuk pegangan selama-lama di dalam keadaan-keadaan khas yang tertentu adalah diperlukan (special circumstances), maka kerajaan negeri adalah dinasihati supaya merujuk kepada Majlis Tanah Negara untuk mendapatkan persetujuan.

Apakah kerajaan negeri telah merujuk permasalahan ini kepada pihak Majlis Tanah Negara dalam usaha untuk membantu mendapatkan semula tanah berkenaan?

Walaupun kerajaan negeri menunjukkan perasaan kemanusiaan terhadap penduduk-penduduk ini melalui jaminan akan mencarikan penempatan lain kepada mereka namun apa erti sebuah rumah baru berbanding sebuah sejarah berusia 200 tahun?

EDWIN MICHAEL
Butterworth, Pulau Pinang

Guna pendekatan hikmah dalam dakwah

by
Mungkinkah ada fakta sejarah kedatangan Islam ke negara ini yang perlu dikaji semula?

Ini kerana seperti yang didedahkan oleh pendakwah, Ann Wan Seng, yang mendapati kaum Cina Muslim dari Tanah Besar China adalah pendakwah yang sebenarnya paling berperanan membawa masuk Islam ke Tanah Melayu seawal abad ke 10 atau 11 Masihi lagi.

Katanya, jika Islam telah sampai ke negara China sejak 1400 tahun lalu, iaitu sebelum umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, tentunya kita boleh membuat satu andaian bahawa Islam kemudiannya tersebar ke Tanah Melayu melalui Tanah Besar Cina lebih awal berbanding pendakwah-pendakwah dari Tanah Arab yang didakwa yang mula-mula mengislamkan Tanah Melayu ini.

"Ditambah dengan banyak bahan sejarah termasuk catatan dan batu-batu bersurat yang menyokong kepada teori ini masih banyak belum dikaji.

"Namun saya yakin bahawa bangsa Cina mempunyai pengaruh yang cukup besar dan signifikan dalam soal dakwah dan penyebaran Islam berbanding hanya golongan yang baru memeluk Islam di negara ini.

"Jadi siapa sebenarnya yang mualaf di negara ini, anda atau saya? Anda fikirkanlah sendiri!," katanya sambil mengajuk pelawak Nabil yang mempopularkan tag line "Lu fikirlah sendiri!" itu.

Kata-kata akhirnya itu merupakan antara yang menjadikan Konvensyen Dakwah Negara (KPN) selama dua hari di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur baru-baru ini begitu hangat dan menarik.

Konvensyen itu dihadiri oleh kira-kira 700 peserta terdiri daripada individu-individu pendakwah dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini komited melakukan pelbagai aktiviti dakwah di negara ini.

Wan Seng yang juga Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) bercakap soal etika atau tata kerja pendakwah supaya mereka melaksanakan dakwah mereka dengan penuh hikmah.

Ini kerana pengalaman menunjukkan kebanyakan pendakwah menggunakan pendekatan mendakwa berbanding berdakwah itu sendiri.

Kualiti hidup

"Memburuk-burukkan cara hidup mereka yang walaupun mungkin ada kebenarannya menyebabkan sasaran dakwah itu akan lari.

"Malah menuduh mereka sebagai kafir juga kadang kala mempunyai konotasi yang dianggap sangat menghina mereka.

"Apa yang penting kita mesti tonjolkan kebaikan Islam itu sendiri. Jangan bimbang orang Cina merupakan bangsa yang mempunyai fikiran terbuka," katanya.

Beliau sebenarnya menjawab soalan dari pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzillah Kamsah yang berhadapan dengan persoalan sesetengah kaum Cina di negara ini yang tidak dapat menerima Islam.

Ini kerana golongan berkenaan membandingkan kualiti hidup kalangan Melayu beragama Islam itu.

KPN adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Ia dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom dengan bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah'.

Wakil Pertubuhan Dakwah yang terkenal dari Sarawak, Harakah Islamiah (HIKMAH) pula membangkitkan mengenai tindakan pantas lagi cekap pertubuhan dakwah bukan Islam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa musibah dan kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini di Kuching.

Ini apabila kebakaran yang melibatkan sebuah perkampungan Melayu tetapi yang lebih awal datang menghulurkan bantuan kepada mangsa adalah pertubuhan bukan Islam.

Dalam hal ini, Wan Seng bersama dua lagi ahli panel forum di konvensyen itu, Nicholas Berry Sylvester Muhamad Abdullah dan Muhammad Fitri Abdullah tidak menafikan tawaran berbentuk wang dan bantuan dari pihak 'pesaing' ditambah dengan tindakan pantas dan cekap mereka sedikit sebanyak boleh menghalang usaha-usaha dakwah Islam.

Wan Seng mendedahkan, kini tidak sahaja pertubuhan gereja yang sering kali dianggap menggunakan tarikan wang dan bantuan malah kalangan pertubuhan Buddha turut mengambil pendekatan yang sama.

"Umpan seperti ini memang menjadi satu cabaran yang sangat getir tetapi saya percaya kebenaran akan mengatasi segala-galanya. Walaupun begitu kita juga mesti bersedia dari aspek yang sama, kerana telah ada peruntukan seperti asnaf zakat dan sebagainya yang boleh kita manfaatkan," katanya.

Wakil HIKMAH juga memberitahu bahawa, terdapat lebih 50 etnik kaum di seluruh Sarawak tetapi sehingga kini dakwah-dakwah Islam hanya dapat memasuki 1/3 sahaja dari kawasan-kawasan yang didiami etnik yang masih mempercayai pelbagai kepercayaan pagan atau animisme itu.

Ini kerana kos yang tinggi di samping diharapkan dengan adanya Radio Jakim iaitu Salam FM dapat dimanfaatkan dalam usaha dakwah. Lebih-lebih lagi jika ada slot yang ke udara menggunakan loghat atau bahasa daerah seperti Iban, Bajau dan sebagainya.

Turut dibangkitkan adalah pendekatan berdebat seperti yang dilakukan oleh pendakwah terkemuka Allahyarham Sheikh Ahmed Hussein Deedat terutama dengan pendukung-pendukung dakwah Kristian dapat diguna pakai dalam menjayakan misi dakwah Islam di negara ini.

Dalam hal ini, Nicholas berkata, pendekatan seperti itu dikira kurang sesuai sebagai satu uslub dakwah yang strategik. Sebabnya, bangsa-bangsa asing yang mendiami negara ini lazimnya lebih mudah didekati dengan cara yang sederhana atau lebih baik lagi menggunakan kaedah dakwah bil hal, iaitu dengan contoh.

"Dengan cara itu adalah lebih baik lagi berbanding kita berdebat bagi mengelakkan suasana yang tidak harmoni," katanya.

Terdapat juga peserta yang bertanyakan masalah yang dihadapi dalam berdakwah terutama terhadap bangsa Cina dan India di negara ini kerana usaha itu sering disalah faham oleh parti-parti politik yang mewakili kaum-kaum tersebut.

Berbanding jika usaha dakwah dilakukan terhadap penduduk atau kaum Asli di negara ini yang kurang risiko dari menerima tentangan dari mana-mana pihak.

Ini sebagaimana yang disuarakan oleh pendakwah wanita terkenal negara, Dr. Fatma Al Zahraa yang ingin mendapatkan kepastian sama ada umat Islam ini dibenarkan untuk mengajak kepada Islam kepada mereka yang bukan Islam di negara ini.

"Ini kerana saya dapati banyak pihak yang memberitahu kita tidak boleh berbuat demikian malah di kalangan umat Islam sendiri meminta saya supaya tidak secara terang-terangan berdakwah kepada bukan Islam kerana dari aspek undang-undang, usaha ini tidak dibenarkan.

"Benarkah begitu?" tanya Dr. Fatma.

Wan Seng bagaimanapun menjelaskan Perlembagaan Persekutuan negara tidak menghalang usaha-usaha dakwah dilakukan terhadap bukan Islam di negara ini.

Begitu juga dengan faktor politik, ia bukan menjadi alasan kepada umat Islam untuk mengehadkan usaha dakwah walaupun tidak dinafikan ia mungkin mempunyai risiko keselamatan yang tinggi.

"Tetapi adalah lebih penting usaha berterusan bagi menjelaskan mengenai Islam malah sebenarnya sudah ada pihak yang menaruh minat untuk mengenali Islam sehinggakan mereka mempelajari al-Quran dan cuba mengambil pengajaran dari kitab suci itu untuk dikongsi bersama dengan orang lain.

"Jadi, kita tidak boleh menghalang minat-minat yang besar terhadap Islam walaupun ia berbaur kepentingan politik," katanya.

Sementara itu, pendakwah yang mewakili kaum India, Muhammad Fitri dalam kertas kerjanya tidak menafikan usaha-usaha untuk menyebarkan Islam di kalangan bukan Islam menjadi semakin kompleks dan rumit pada hari ini.

"Namun jika para pendakwah mengenali agama dan adat budaya dan resam kumpulan sasaran, kita mendapati usaha yang mulia ini akan menjadi lebih mudah kerana saling memahami perbezaan yang ada mampu mewujudkan hubungan yang harmoni," jelasnya.

Melalui hubungan yang murni, kata Muhammad Fitri, sehingga ke peringkat umat Islam atau pendakwah Islam mengambil inisiatif menziarahi mana-mana penganut Hindu yang meninggal dunia sudah cukup menjadi satu daya tarikan untuk mereka melihat Islam itu sebagai agama yang sempurna dan indah!

"Jika penganut Hindu memahami dan mendalami agama mereka sendiri, mereka akan menyedari mereka sebenarnya telah salah faham terhadap agama mereka itu.

"Pada hakikatnya agama Hindu adalah antara agama yang terawal berbicara mengenai soal tauhid dan keesaan tuhan yang satu (Eka Tuam).

"Agama ini menjadi menyimpang kerana ia telah diubah mengikut cita rasa dan keperluan semasa," kata Muhammad Fitri.

Konvensyen ini pastinya membuka banyak lembaran baru dalam dunia dakwah tanah air. Sebabnya terdapat banyak input baru yang mampu menyuntik semangat kepada para pendakwah untuk tidak sahaja mengukuhkan Islam namun yang penting membetulkan pelbagai salah faham serta menghilangkan Islamphobia terutama di kalangan bukan Islam.

Namun seperti yang disuarakan oleh Pegawai Eksekutif Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Mohd. Taqiuddin Abdullah, beliau mengharapkan agar di masa akan datang, pihak penganjur akan mengadakan sesi dialog bersama menteri yang berkenaan.

"Ini bagi membolehkan kita dapat berkongsi banyak perkara di samping menteri dan pihak-pihak yang berkaitan dapat lebih memahami dan menyelami masalah yang dihadapi oleh para pendakwah Islam di negara ini.

"Seterusnya mereka dapat memberikan jalan keluar atau bersama-sama untuk menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang berlaku," katanya.

- UTUSAN

Hadi tak tahu Nik Aziz mahu debat dengan PM

by
Presiden Pas tidak tahu menahu cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara parti itu dengan Umno.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau hanya tahu mengenai cadangan untuk berdebat itu melalui laporan media.

"Saya belum mendapat apa-apa maklumat daripada tok guru (Nik Aziz), cuma tahu daripada akhbar saja... saya tidak dapat kenyataan penuh. Jadi, saya akan jumpa tok guru untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Beliau mengulas pelawaan Menteri Besar Kelantan kepada Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara kedua-dua parti yang berlarutan.

Sementara itu, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana debat secara terbuka tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

"Tujuan debat itu untuk apa? Kalau nak cari populariti berdebatlah. Tapi kalau nak selesai masalah, dialoglah," katanya.

Sebaliknya, beliau mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan pentas lebih sesuai iaitu berbincang mencari kesepakatan Islam dan Melayu menerusi dialog tertutup.

"Saya lebih suka diadakan dialog tertutup dan berbincang dalam bentuk kumpulan. Kita akan tahu apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati antara kita semua," katanya.

Zulkifli berkata, dialog itu juga perlu dihadiri seorang pengendali yang berpengalaman dalam agama dan ummah bagi memastikan kelancaran.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob pula mengakui idea Nik Abdul Aziz itu tidak dibincangkan pada peringkat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, sebaliknya atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Bagaimanapun, beliau menyokong debat terbuka antara Pas dan Umno.

Ditanya kemungkinan cadangan debat mendapat tentangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti isu kerajaan perpaduan sebelum ini, beliau berkata, kedua-dua isu itu dua perkara berbeza.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Nik Abdul Aziz berkata beliau tetap akan menghantar surat kepada Najib untuk mengajaknya berdebat walaupun pelbagai pihak membantah hasratnya itu.

Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata, tindakan Umno itu tidak betul kerana belum sempat surat dikirim, keputusan menolak sudah dibuat.

"Laporan akhbar hari ini, nampaknya semua sebut tidak mahu debat. Saya dukacita kerana debat ini cara paling baik dalam Islam dan demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

- BERITA HARIAN

Temubual dengan Shaikh Ismail - Jangan hanya solat semasa susah

by
Solat adalah rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadat. Ia juga adalah ibadat yang disyariatkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW pada malam peristiwa Israk Mikraj iaitu 27 Rejab sebelum hijrah.

Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya solat itu difardukan ke atas orang Mukmin pada waktu-waktu yang tertentu...(an-Nisa’: 103)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksud-Nya: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45).

Namun, hakikatnya, masih ramai umat Islam yang solat tetapi pada masa yang sama terus melakukan maksiat di muka bumi ini.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ABD. NAZIR MOHAMED menemu bual Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad bagi mengupas isu ini.

MEGA: Sebelum mendirikan solat, antara yang diberi perhatian ialah membetulkan saf. Apakah hikmah daripadanya?

SYAIKH ISMAIL: Saya ada terbaca dalam kitab-kitab dulu bahawa umat Muhammad ini safnya adalah seperti tentera. Ini dari segi lurusnya saf semasa hendak bersolat.

Malah ada hadis Rasulullah SAW yang antara lain bermaksud, “Siapa yang tidak betulkan safnya Allah tidak akan tengok saf yang bengkok”.

Adalah menjadi tanggungjawab imam memerhatikan saf-saf di belakangnya sempurna iaitu lurus. Lurus di sini diukur berdasarkan tumit kaki bukannya jari hadapan kaki. Lagipun, membetul dan meluruskan saf itu adalah termasuk dalam kesempurnaan solat.

Hal ini bukanlah rumit kerana di masjid sekarang sudah ada penanda garisan bagi saf. Cuma bagi mereka yang solat di kawasan yang tidak ada garisan saf, mereka perlu membetulkan saf masing-masing.

Apakah syarat solat yang boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dalam ayat 45 surah al-Ankabut di atas?

SYAIKH ISMAIL: Solat yang sebenar perlulah melengkapi dari segi hukum dan khusyuknya. Khusyuk itu pula memerlukan kepada sifat ihsan di mana jika kita tidak mampu membayangkan seolah-olah kita berhadapan dengan Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu melihat kita.

Memanglah hal ini bukan mudah dicapai. Sebabnya, syaitan itu akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengganggu kita lebih-lebih dalam solat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksud-Nya, “apabila azan syaitan itu akan terkencing dan bertempiaran lari demikian juga apabila iqamat tetapi selepas itu dia akan datang semula untuk mengganggu kita”.

Sebab itu, kita kena berjuang bersungguh-sungguh dalam solat. Adakalanya dalam solat kita akan teringat di mana barang kita yang hilang, kerja yang masih tertunggak dan sebagainya.

Apabila ini berlaku, kita hendaklah cepat sedar dan segera menepisnya supaya tidak terbawa-bawa oleh permainan syaitan.

Selain itu, cara berpakaian kita juga boleh membantu mencegah maksiat. Contohnya, jika kita berkopiah atau bersongkok, tak kan kita hendak pergi ke tempat-tempat maksiat.

Demikian juga kalau wanita yang bertudung itu tak sepatutnya mereka turut terkinja-kinja menyaksikan konsert dan sebagainya.

Menutup aurat itu adalah ibadat, jangan jadikan ia adat. Memakai tudung itu sewajarnya membuatkan kita rasa malu hendak melakukan maksiat.

Selain itu, wuduk yang sempurna juga akan membantu kita mencapai tahap solat yang khusyuk.

Pada masa yang sama, amalkan berqiamullail. Orang yang mengamalkan qiamullail juga akan diangkat darjat mereka. Ini dijelaskan menerusi firman Allah, Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Isra’: 79)

Selain itu, Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa. (riwayat Muslim)

Pada masa yang sama, jangan kita abaikan berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat. Jangan selepas salam, terus angkat kaki.

Solat jemaah itu hukumnya fardu kifayah. Namun, adakah masanya di mana ia boleh menjadi fardu ain?

SHAIKH ISMAIL: Secara asasnya, sesiapa yang mendengar azan hendaklah ia solat di masjid, maksudnya solat berjemaah.

Ummu Maktum misalnya adalah orang buta tetapi dia pun tidak diberi rukhsah (keringanan) untuk tinggalkan solat berjemaah.

Nabi Muhammad SAW juga sama tidak pernah meninggalkan solat jemaah kecuali ketika baginda gering.

Malah dalam sebuah hadis, Baginda SAW ada bersabda yang maksud-Nya, “mana-mana kampung yang di dalamnya tidak didirikan solat jemaah maka ia dikuasai oleh syaitan”.

Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Kalau manusia tahu keutamaan azan dan barisan yang pertama dalam solat, tetapi ia tidak berpeluang mendapatkannya kecuali dengan mengundi, maka mereka akan mengundi. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat di awal waktu, mereka akan berlumba-lumba, kalaulah mereka tahu kelebihan solat isyak dan subuh berjemaah, mereka akan datang sekali pun dengan mengisut (tidak boleh berjalan)”.

Hari ini kita lihat, berapa ramai orang yang tinggal berjiran dengan masjid dan surau tetapi tidak datang berjemaah. Kita perlu cari kesempatan hidup yang sementara ini untuk melakukan seberapa banyak ibadat.

Dalam perkara ini, kita perlu bijak iaitu kerja sedikit tetapi untung banyak. Antara caranya ialah dengan menunaikan solat berjemaah yang diberi ganjaran 27 kali ganda berbanding solat sendirian.

Yang ada kelonggaran, barangkali apabila sekali sekala kita solat di rumah bersama anak dan isteri bertujuan melatih mereka berjemaah.

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah masjid perlu dibina di kawasan-kawasan perumahan bukannya di tanah lapang.

Ini supaya ia boleh diimarahkan oleh masyarakat. Kita bimbang akan berlaku sebagai mana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila akhir zaman kelak akan ada banyak masjid besar tetapi tidak ada orang yang mengimarahkannya”.

Ada yang berpendapat, jika dalam hayatnya, seseorang itu jarang bersolat, maka selepas kematiannya, tidak perlulah kita mendoakan baginya atau mengadakan majlis tahlil. Benarkah?

SYAIKH ISMAIL: Antara doa yang mustajab adalah doa kita kepada rakan-rakan seagama. Walaupun jika mereka itu tidak menjaga solat semasa hidupnya selagi mereka masih mengucap syahadat, kita minta ampun juga untuk mereka.

Mudah-mudahan diampunkan dosanya oleh Allah. Apabila kita sedekahkan fatihah, kita beroleh pahala. Inilah yang kita boleh bantu semasa hayat kita, masa di akhirat kelak, kita tidak boleh bantu lagi.

Boleh jadi di dunia dahulu mereka terlanjur, kini ia menjadi teladan kepada orang lain. Cuma, jangan pula kita serah bulat-bulat kepada tuan imam untuk mengendalikannya. Sedangkan anak dan isteri si mati tidak terlibat sama dalam majlis tersebut.

Padahal dalam sebuah hadis lain ada disebutkan antara amalan yang diterima tanpa hijab ialah doa anak yang soleh kepada ibu bapa mereka.

Justeru, anak-anak dan isteri perlu sama-sama melibatkan diri dalam majlis membaca Yasin, tahlil atau majlis lain seperti solat hajat. Pada masa yang sama, kita perlu mendidik anak-anak supaya mereka terdedah dengan aktiviti begini.

Kebanyakan masjid hari ini indah dan dilengkapi pelbagai prasarana termasuk penghawa dingin. Malangnya, bilangan jemaah tidak banyak bertambah. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

SHAIKH ISMAIL: Kita perlu meningkatkan kesedaran masyarakat untuk datang berjemaah di rumah Allah ini.

Oleh sebab itu, masjid perlu diimarahkan bukan sahaja dengan ibadat khusus seperti solat fardu berjemaah tetapi juga program lain yang bersifat fardu kifayah. Cuma kena dipastikan kesesuaiannya agar tidak terlibat dalam unsur maksiat.

Adalah malang apabila kita melihat umat Islam sanggup berpanas, berhujan dan berdiri menyaksikan konsert tetapi tidak sanggup berdiri lima minit untuk solat jemaah.

Jangan kita mengingat Allah pada waktu kita susah dan alpa ketika mendapat nikmat. Lagipun, solat adalah soalan pertama ditanya oleh malaikat dalam kubur nanti.

Jika kita berjaya menjawabnya dengan baik, maka akan mudahlah soalan-soalan yang lain.

Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan sentiasa dalam keluh kesah (lagi bakhil kedekut), apabila ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila beroleh kesenangan, ia sangat bakhil (kedekut), kecuali orang yang mengerjakan sembahyang iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (al-Ma’arij: 19-23)

Kita beruntung kerana Allah yang Maha Pemurah hanya mewajibkan kita solat lima waktu sehari semalam berbanding 50 waktu pada asalnya sebagaimana dalam peristiwa Israk Mikraj.

Namun, pahala kebaikan itu diberi ganjaran 10 kali ganda manakala pahala kejahatan hanya diberi satu. Jika kita diperintahkan solat 50 waktu, tidak dapat digambarkan adakah kita mampu melakukannya!

- UTUSAN

Cloud concern

by
Scientists probe how clouds react to climate change.

Wearing 3-D viewing goggles, scientists peer at virtual pink, blue and purple clouds billowing in cyberspace at a research laboratory in the Dutch city of Delft. By tracking how particles move in and around computer-simulated clouds, they hope to shed light on one of the unknowns of climate forecasting: how these masses of water droplets and ice crystals influence changing temperatures.

The research, at Delft University of Technology, was undertaken because of the growing urgency for scientists to improve ways of forecasting climate change.

Researcher Thijs Heus, a former student at the laboratory, explained that he used the simulations to chart data such as the speed, temperature and lifespan of clouds.

“We number the clouds and we track them from their infancy through their entire life cycle,” he said. “We can also give them colour to see if dust particles are moving up or down within and around the clouds,” Heus added, demonstrating ways to observe clouds in more detail by magnifying their virtual images on screen.

Using powerful computer technology and satellite data, the scientists at Delft hope to gain a more accurate picture of how clouds react to climate change.

“There is enormous uncertainty about what clouds will do, and how they will respond to a changing climate and that is a major impediment for climate predictions,” said Harm Jonker, associate professor at the university.

Projections of how much the earth’s temperature will rise in the next century vary from 1.1 to 6.4°C, with the effect of clouds remaining one of the main sources of uncertainty, the United Nations climate panel found in its 2007 climate assessment report.

Jonker said it was unclear, for example, whether there would be more or fewer of low clouds such as cumulus in warmer conditions, which would affect the rate of global warming because of their role in reflecting sunlight away from the earth.

“In a warmer climate, if there is more evaporation, that could lead to more of the lower clouds, which could diminish the effects of climate warming,” said Jonker.

He added warm air could hold more water vapour than cold air before it formed clouds, so there might be fewer low clouds as the earth heated up, which would accelerate global warming.

Rising sea levels and increased risk of droughts, flooding and species extinction are some of the likely effects of global warming, caused mainly by emissions of greenhouse gases from burning fossil fuels.

European and Japanese space scientists have turned their attention to clouds because of the pressing need for research. A 350mil (RM1.7bil) satellite project, due for launch in 2014, aims to improve understanding of the role they play in climate regulation. The project, known as EarthCARE, is being assembled mainly by the Astrium unit of the European aerospace group EADS and combines the technology of existing cloud observation satellites with new instruments for a more accurate picture.

“It’s much more complex then anything that’s flying at present,” said Stephen Briggs of the European Space Agency. “The difficulty with clouds is that you can’t see into them, so you have to find ways of looking into their three-dimensional structure, such as with radar systems.”

Pergaduhan di kem Tasik Chini tidak dirancang

by

Pergaduhan membabitkan 17 pelatih lelaki di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tasik Chini, Pahang beberapa hari lalu dianggap kes terpencil dan tidak harus digambarkan sebagai kegagalan pelaksanaan program integrasi kaum serta pembinaan jati diri generasi muda.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata kes yang membabitkan pelatih Melayu dan Cina itu berpunca daripada salah faham kerana tolak-menolak ketika diarah berkumpul berikutan kebimbangan keselamatan pelajar kerana berlaku ribut.

Katanya, daripada jumlah kes pergaduhan yang dicatatkan, 80 peratus berpunca daripada salah faham, sekali gus menggambarkan pergaduhan tidak dirancang.

"Salah faham mudah berlaku kerana pelatih daripada latar belakang berbeza termasuk budaya, agama, keluarga dan pendidikan," katanya menjawab soalan tambahan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), di Dewan Rakyat semalam.

Berdasarkan perangkaan, 130 kes direkodkan pada 2007 tetapi menurun kepada 74 kes tahun lalu dan kini hanya 24 kes direkodkan.

Dr Abdul Latiff turut menjelaskan pelatih yang terbabit dalam pergaduhan di PLKN Tasik Chini adalah daripada kumpulan tiga yang mempunyai latar belakang berbeza berbanding kumpulan satu dan dua.

Kumpulan tiga daripada mereka yang sudah bekerja, gagal di sekolah, tidak bersekolah atau menamatkan pendidikan sehingga Tahun Enam atau Tingkatan Tiga.

"Lebih baik pergaduhan berlaku dalam kem PLKN kerana di situlah tempat kita membaja dan memupuk perpaduan dan kesefahaman antara kaum berbanding di luar PLKN," katanya.

- BERITA HARIAN

Wartawan Islam adalah pendidik, pendakwah dan pemimpin

by
Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER

Kewartawanan secara umumnya adalah satu bidang komunikasi yang mana wartawan berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Perkara paling mendasar yang membezakan kewartawanan Islam dan Konvensional ialah Kewartawanan Islam adalah satu profesion yang berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah.

Kewartawanan Islam mementingkan pegangan tauhid yang kukuh, menghayati serta melaksanakan suruhan Islam dengan penuh keikhlasan dan bertujuan untuk menegakkan agama Allah.

Tujuan kewartawanan Islam adalah menanam nilai yang baik dalam individu, menegakkan amal maaruf nahi mungkar dan menyebarkan dakwah Islam.

Ini penting terutamanya dalam era ledakan teknologi dan globalisasi di mana agama Islam itu sendiri telah menghadapi pelbagai cabaran.

Media baru seperti 'blog' yang sekarang ini tumbuh bagai cendawan setiap hari telah disalagunakan kerana terdapat usaha-usaha memburukkan dan menyebarkan fitnah tentang Islam melaluinya terutama selepas berlakuperistiwa serangan 11 September 2001 yang telah menjejaskan imej Islam.

Oleh sebab itu wartawan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmupengetahuan untuk menangkis tomahan tidak baik dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim berkata wartawan Islam sebenarnya memainkan peranan yang besar dan memikul tanggungjawab yang berat.

"Wartawan Islam adalah seorang pendidik, pendakwah dan pemimpin," katanya ketika merasmikan kursus kewartawanan Islam anjuran Yayasan Taqwa dan MPI.

Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof Haji Othman ketika menyampaikan ceramahnya dalam kurus tersebut juga telah menjelaskan peri pentingnya konsep kewartawanan dalam Islam.

"Media tanpa agama buta, agama tanpa media tempang," kata Dr. Yusof.

Ketika membentangkan kertas kerjanya dalam kursus tersebut, Dr. Naim Haji Ahmad menjelaskan, kewartawanan Islam perlu berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah kerana terdapat ayat-ayat dan sunnah Rasulullah yang dapat dijadikan panduan bagaimana adab-adab dan cara-cara perhubungan dengan ketua, teman sekerja, keluarga, ibu bapa, sesama manusia,masyarakat malah adab-adab perhubungan dengan alam persekitaran danmakhluk-makhluk yang bukan jenis manusia dan sebagainya.

"Dalam Islam, profesion kewartawanan sebenarnya adalah satu tugas dankerja yang murni dan ia juga merupakan satu ibadah jika dimulakan denganniat yang baik, ikhlas serta tatacara yang berasaskan syariat islam,"

"Wartawan Muslim wajib menghayati dan mengamalkan kehidupanan sebagaiseorang islam dan mempunyai tanggungjawab sosial serta turut berperananpenting dalam membentuk kehidupan sahsiah masyarakat melalui penulisanberita, rencana, laporan, dan sebagainya dalam media cetak ataupunelektroni,"

"Setiap kandungan yang disampaikan mesti diteliti dan mempunyai mesejyang baik untuk tujuan medidik, menerapkan nilai murni dan menyebarkandakwah,"kata Dr. Naim.

Etika turut memainkan aspek yang penting dalam kewartawanan Islam, inikerana budaya perlakuan yang diamal dan budaya material yang digunakan dalam setiap aspek kehidupan haruslah berdasarkan kepada kod etika yang meliputi nilai Islam.

Sebagai contoh, wartawan Muslim harus memastikan kesahihan terhadap apayang dikata dan didengar. Menurut Sheikh Al-Azhar Muhammad Sayyed Tantawi (2004), prinsip terpenting dalam membanteras berita palsu ialah dengan mengenalpasti kesahihan berita yang didengar dan yang diperkatakan oleh masyarakat.

Selain itu juga, wartawan Muslim perlu menyediakan diri dengan fakta yang bernas dan hujah yang kukuh. Sebagai seorang muslim maka wajib memerangi berita palsu dan yang tidak berasas dengan hujah dan fakta yang benar serta teori dan praktikal yang betul yang dapat menumpaskanpenipuan.

Sikap bersangka baik juga harus diperbanyakkan oleh seorang wartawanMuslim kerana menurut Imam Tantawi antara hukum terbaik yang didatangkan oleh syariat Islam untuk memerangi propaganda dan berita palsu ialah membiasakan manusia supaya bersangka baik sesama mereka kerana Al-Quran telah menyatakan bahawa sangkaan baik terhadap orang lain merupakan sifat orang yang benar-benar beriman.

Wartawan Muslim yang sebenar adalah wartawan yang komited, kuat bekerja,ikhlas dan sentiasa berharapkan keberkatan dan keredhaan Allah. Nama-namaseperti Abdullah Munsyi, A.Rahim Kajai, Zaaba, Tok Kenali, Samad Ismail,Burhanuddin Helmi dan ramai lagi adalah contoh wartawan terbaik dalam bidang kewartawanan Islam kerana sumbangan besar mereka dalam bidang penulisan.

Cadangan kerajaan untuk mewujudkan rangkaian televisyen Islam yang khas baru-baru ini adalah langkah yang harus dipuji, langkah ini dapat menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat.

Rangkaian televisyen Islam itu nanti berupaya menjadi pilihan untuk umat Islam negara ini memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam dan akhirnya akan dapat mencapai matlamat Islam itu sebagai cara hidup.

TV3 hentikan siaran 24 jam mulai 1 Julai 2009

by
Sistem Televisyen Malaysia Berhad, (TV3), stesen swasta no. 1 Malaysia di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. akan menghentikan sementara siaran 24 jamnya mulai 1 Julai 2009.

Penghentian ini berikutan perlaksanaan tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem yang dijalankan oleh stesen berkenaan.

Penghentian awal waktu siaran akan berkuatkuasa setiap hari sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Berikut adalah jadual siaran TV3 mulai 1 Julai 2009:

Isnin-Jumaat & Ahad (6.30pagi–1.30pagi)Ahad (6.30pagi – 2.30pagi)

Langkah penghentian awal siaran ini perlu bagi membenarkan siri ujian dijalankan untuk memastikan peningkatan terhadap sistem penyiaran yang ada sekarang.

- MSTAR

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI (MDKT) JOHOR

by
Terbuka kepada semua kepada Rakyat Johor / Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1) PEMBANTU TADBIR RENDAH (OPERATOR TELEFON)
2) PEKERJA AWAM

DOWNLOAD BORANG
http://www.ziddu.com/download/5408599/BorangJawatanMDKT.pdf.html

MAKLUMAT LANJUT :
http://www.mdkt.gov.my

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH SEGAMAT (MDS) JOHOR

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar & desa J29
2. Pembantu Teknik J29

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan harga RM2.00.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SEGAMAT
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh Tutup : 17 Julai 2009


JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PEGAWAI TADBIR (N41)
2.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)
3.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F29)
4.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)
5.PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN (N17)
6.PEMANDU KENDERAAN (PEMANDU BAS) (R3)
7.PEKERJA AWAM (R1)
8.TUKANG K3 (ELEKTRIK) (R9)

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.usim.edu.my
http://eiris3.usim.edu.my

Tarikh Tutup : 14 Julai 2009


JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2. Juruteknik Komputer FT17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5407423/IklanJawatan2009.pdf.html

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan LLM (P)7/2002 yang boleh diperolehi di alamat-alamat berikut:

a) Ibu Pejabat
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Km.6, Jalan Serdang- Kajang
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

b) Pengarah Wilayah Utara
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jambatan Pulau Pinang,Batu 7
Jalan Sultan Azlan Shah
1700 Pulau Pinang

c) Pengarah Wilayah Selatan
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Pejabat Penyelenggaraan
Senai
81400 Senai
Johor Darul Takzim

d) Pejabat Wilayah Timur
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Persimpangan Bertingkat
Kuantan – Pahang
56050 Kuantan
Pahang Darul Makmur

e) Pasukan Projek II (LPT 2)
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Bangunan Pusat IKS
Kawasan Perindustrian Ajil
21800 Ajil
Terengganu Darul Iman

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
KETUA PENGARAH
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
KM. 6, JALAN SERDANG – KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh Tutup : 9 Julai 2009

Perjuangan Umno kekal utuh walau 50 tahun berlalu - Mustapa Mohamed

by
Setelah lebih 50 tahun berlalu, perjuangan Umno tetap utuh bagi menjaga Islam dan mengekalkan pembangunan negara untuk dinikmati seluruh rakyat berbanding PAS, yang lebih selesa dengan janji retorik, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya Kecil BN Manik Urai berkata sejak negara merdeka 1957, Umno tetap memperjuangkan apa yang dijanjikan kepada orang Melayu dan menegakkan agama Islam sehingga kini.

"Berbeza dengan PAS, isu mewujudkan negara Islam dan isu mewujudkan hukum hudud kini menjadi kian sepi dan mengendur di kalangan pemimpin PAS sejak mereka mewujudkan kerjasama dengan pakatan pembangkang antara Keadilan dan DAP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dengan wujudnya pakatan pembangkang itu, PAS kini telah tidak lagi kedengaran pemimpin parti itu melaungkan perjuangan partinya untuk melaksanakan hudud dan mewujudkan negara Islam.

Katanya, bukti dapat dilihat dengan jelas terhadap perubahan dasar perjuangan PAS itu apabila negeri Kedah, negeri yang baru dimenanginya pada pilihan raya umum 2008, masih belum terlaksana dasarnya itu.

Mustapa berkata tiada lagi kedengaran suarasuara pemimpin di Kedah untuk menegakkan negara Islam serta melaksanakan hudud di negeri tersebut walaupun mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sebagai kerajaan negeri.

"Ini jelas menunjukkan mereka mudah berubah daripada perjuangan mereka mengikut keperluan dan kehendak semasa demi menjaga kepentingan kelangsungan hidup parti," katanya.

Beliau berkata tindakan itu menunjukkan PAS tidak berdiri teguh kepada perjuangan parti dan apa yang dilaungkan oleh parti sebelum ini hanyalah gimik politik untuk menarik rakyat tanpa ada pelan pelaksanaan yang praktikal terhadap apa yang mereka perjuangkan.

Katanya, Umno lebih cekal dan teguh terhadap perjuangannya berbanding PAS yang lebih gemar bersikap retorik dan berubahubah pendiriannya.

- BERNAMA

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-PENGAWAL KESELAMATAN (SPP1)
Jabatan Pengurusan Hartanah & Pentadbiran

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.tabunghaji.gov.my

Tarikh Tutup : 7 Julai 2009


JAWATAN KOSONG DI YAYASAN ILMUWAN

by
Yayasan Ilmuwan merupakan satu perbadanan yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Pensyarah Matematik
Syarat : Ijazah Sarjana berkaitan dari Universiti Jepun. Pengalaman 5 tahun.

2. Eksekutif Penyelidikan
Syarat : Ijazah Sarjana Muda. Minat dalam penyelidikan & penulisan akademik.

3. Pembantu Khas
Syarat : Diploma Sains Kesetiausahaan. Pengalaman 3 tahun.

4. Pembantu Tadbir Pentadbiran
Syarat : Diploma Pengurusan Perniagaan. Pengalaman 3 tahun.

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan Surat Permohonan bersama CV lengkap dengan menyertakan sekeping gambar passport terkini, ke alamat berikut :

YAYASAN ILMUWAN
NO. D-0-3A, SETIAWANGSA BUSINESS SUITES
TAMAN SETIAWANGSA,
54200 KUALA LUMPUR

email : info@yi.org.my

Tarikh Tutup : 7 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

IKLAN 1

-SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT (SPS)
(KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR & KESELAMATAN MAKANAN)

DOWNLOAD IKLAN :
http://www.ziddu.com/download/5407719/IklanSPSBintulu2009.pdf.html

Tarikh Tutup : 6 Julai 2009

IKLAN 2

JAWATAN:
-PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

DOWNLOAD IKLAN :
http://www.ziddu.com/download/5407672/IklanBintulu2009.pdf.html

Tarikh Tutup : 7 Julai 2009

DOWNLOAD BORANG :
http://www.ziddu.com/download/5407671/BorangBintulu2009.pdf.html

MAKLUMAT LANJUT :
http://www.bda.gov.my

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN (P/O) – 2 kekosongan
2. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN RENDAH – 1 kekosongan

DOWNLOAD BORANG :
http://www.ziddu.com/download/5408070/BorangJawatanMyIPO.pdf.html

MAKLUMAT LANJUT :
http://www.mipc.gov.my

Tarikh Tutup: 1 Julai 2009


Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai

by
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.

Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.

Anwar merayu terhadap keputusan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.

- MALAYSIAKINI

Berusaha supaya tidak menjadi miskin

by
Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar." (Riwayat Abu Naim)

HuraianPengajaran Hadis:

Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya.

Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.

Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.

- Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Islam utamakan muzakarah berbanding debat - Harussani

by
Islam lebih mengutamakan proses muzakarah atau perbincangan berbanding mujadalah atau berdebat dalam soal perpaduan Ummah, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata Islam juga tidak menolak perdebatan untuk berhujah dan berdepan dengan individu atau kumpulan bukan Islam, khususnya dalam soal berkaitan akidah sepertimana ketika Nabi Musa berhadapan dengan Firaun.

"Dalam Islam lebih baik muzakarah (dalam soal perpaduan Ummah). Lebih baik duduk semeja dan berunding daripada berdebat," kata mufti itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai cabaran Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka.

Nik Abdul Aziz mencabar Najib berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Sebelum ini, cadangan muzakarah mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz yang menentang keras idea kerajaan perpaduan dilaporkan berkata debat itu boleh dianggap cara nabi, pada zaman Nabi Musa berdepan dengan Firaun.

"Debat itu wajar kalau hendak hujah dengan bukan Islam contohnya tentang akidah tapi ini untuk mencari jalan kepada perpaduan (sesama Islam)... Jadi lebih baik utamakan muzakarah," kata Harussani.

"Kalau hendak bincang soal polisi bolehlah berdebat tapi ini untuk mencari jalan dalam soal perpaduan," kata Harussani.

Ramai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Najib supaya tidak melayan cabaran berdebat dari Nik Aziz itu yang disifatkan sebagai membuang masa dan tidak mendatangkan faedah.

Bagi pensyarah media dan komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kedua-dua proses muzakarah dan perdebatan adalah penting untuk mencari titik pertemuan dalam sebarang perkara.

"Ianya ibarat dua keretapi berhenti di stesen yang sama," kata Abu Hassan.

Katanya, ia perlu dilihat sebagai proses bersekutu dan bukannya berseteru.

"Tamadun juga dibina atas dua proses ini (perbincangan dan perdebatan). Malah di Parlimen juga berasaskan kepada dua proses ini yang saling melengkapi," kata Abu Hassan.

Namun pensyarah media itu berkata proses itu hanya akan berjaya, jika kedua-dua pihak benar-benar ikhlas untuk mencari titik pertemuan dalam soal perpaduan itu.

Soalnya sejauhmana pihak terbabit terutama PAS melihat kepada kepentingan perpaduan Melayu ini, katanya.

- BERNAMA

Pelajar SPM, Ernie menjuarai Bintang RTM 2009

by

Pelajar tingkatan lima, Nur Ernie Shahirah Zakri, 17, atau Ernie melakar sejarah baru apabila menjadi peserta termuda menjuarai pertandingan akhir Bintang RTM (BRTM) edisi 2009, semalam.

Ini bermakna pelajar Sekolah Menengah (P) Methodist Kuala Lumpur ini mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, M. Rizal, Azharina Azhar dan Izwan Pilus menempa nama melalui program ini.

Persembahan mantap dan penuh penghayatan Ernie menerusi lagu Cahaya dan Kau Yang Istimewa berjaya menambat hati lima juri profesional.

Malah sorakan para hadirin yang teruja dengan aksi persembahan menarik Ernie turut menggamatkan Stadium Negara, tempat berlangsungnya BRTM 2009.

"Saya tidak menjangkakan berjaya menjadi juara kerana persaingan sengit daripada peserta lain seperti Anna, Fatin dan lain-lain. Alhamdulillah, hajat saya tercapai," kata Ernie pada sidang akhbar selepas pertandingan akhir itu selesai.

Menurut Enrie, dia akan memfokus kepada pelajarannya selepas ini untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada penghujung tahun ini.

"Sekiranya saya memperolehi keputusan cemerlang, saya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah vokal.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Jo-Anna Sue Henly Rampas,(Anna), 20, sementara Nur Fatin Nabila Noor Sazley,(Fatin), 18 merangkul tempat ketiga.

Anna turut menggondol Persembahan Terbaik dan Bintang Paling Popular (undian khidmat pesanan ringkas (SMS)) kerana gerak tari menarik di pentas, kelunakan suaranya di samping lantunan vokal tinggi dan menarik.

Peserta dari Kota Kinabalu ini memperolehi undian tertinggi SMS sebanyak 35.45 peratus.

Anna membawakan lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir iaitu Bencinta dan Because of You nyanyian asal Celine Dion. Sejurus selesai mendendangkan lagu-lagu tersebut dengan bergaya, ramai meramalkan Anna bakal menjadi juara BRTM 2009.

KEJUTAN

Ternyata lima juri profesional yang mengadili BRTM 2009 itu mempunyai sebab-musabab tersendiri dalam menentukan siapakah yang layak bergelar juara.

Mereka ialah Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Datuk Wah Idris, Datuk Khadijah Ibrahim dan Profesor Madya Khairil Johari Johar.

Dalam sidang akhbar, menurut Mokhzani, pemberian markah adalah berdasarkan kawalan suara sebanyak 50 peratus; penghayatan (30 peratus); serta persembahan dan penampilan (20 peratus).

Sementara itu, pemenang ketiga Fatin pula mengalunkan lagu nyanyian Jaclyn Victor iaitu Wajah selain dua lagu yang disampaikan secara medley, Mencintaimu dan Asmara.

Lain-lain peserta yang membawakan lagu masing-masing termasuk Ikbal dengan Laguku Untukmu dan Kata; Aina (Hanya Satu dan Destinasi Cinta); Zilla (Bertamu di Kalbu dan Saving All My Love For You); Nizam (Sampai Syurga dan Malam Minggu Yang Mesra) dan Adli (Sempurna serta This Love dan I Hate Myself For Loving You).

Pertandingan akhir BRTM 2009 kali ini memperlihatkan kreativiti setiap peserta yang akan membuat persembahan selama tujuh minit dengan tiga minit lagu wajib (lagu dalam bahasa Melayu ciptaan komposer tempatan) dan empat minit lagi lagu pilihan.

Persembahan setiap peserta akan diiringi oleh Orkestra RTM. Selain itu, gelagat penyokong yang memberi sokongan terhadap peserta kegemaran mereka turut dipaparkan menerusi lintas langsung ke negeri-negeri kelahiran mereka.

Penyampai radio Muzik FM, Muazanazzudin Mohamed (Muaz) tampil bersama Izwan Pilus dan Aleesya selaku pengacara bersama pertandingan akhir itu.

Ia turut dimeriahkan oleh Rey dan Candy Cheah yang mempersembahkan lagu, 'One Sweet Day'; Dia Fadilla, Asmidar dan Farawahida (Semua Jadi Satu), Jaclyn Victor (Terasing) dan Jamal Abdillah (Di Mana Akhirnya & Terpesona Dusta).

HADIAH-HADIAH

Sebagai juara BRTM 2009, Ernie membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi dan sijil, satu set TV LED 40 inci Series 6000 dan kamera digital ES55 sumbangan Samsung, satu set memasak Luxor Halogen Laser, BioN Cerastone Necklace, 18K Gold Plated Bangle, Bio Cerastone EMR Protector dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.

Naib juara BRTM 2009 Anna memperolehi wang tunai RM15,000, trofi dan sijil, satu set TV LCD 32 inci B Series dan kamera digital ES55 sumbangan Samsung, satu set memasak Continental Pressure Cooker, BioN Cerastone Necklace, 18K Gold Plated Bangle, Bio Cerastone EMR Protector dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.

Fatin sebagai pemenang ketiga BRTM 2009 meraih wang tunai RM10,000, trofi dan sijil, satu set TV LCD 32 inci B Series sumbangan Samsung, satu set pemain DVD mudah alih, BioN Cerastone Necklace, 18K Gold Plated Bangle, Bio Cerastone EMR Protector dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.

Untuk kategori Persembahan Terbaik, Anna mendapat wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, dan satu set TV LCD 32 inci B Series sumbangan Samsung, BioN Cerastone Necklace dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.

Anna yang memenangi Bintang Paling Popular (undian SMS) turut membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, satu set TV LCD 32 inci B Series sumbangan Samsung, serta BioN Cerastone Necklace dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.

Lima pemenang saguhati mendapat wang tunai RM1,000, trofi dan sijil dan satu kamera digital ES55 sumbangan Samsung.

- MSTAR

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90