RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kepada calon yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan
Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja --> http://www.ashadee.net/go/50249/myadha



Jumlah penduduk Malaysia kini menghampiri 30 juta orang

on Friday, January 22, 2010

Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof berkata, jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.

''Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Wisma Wan Asia di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.

''Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor seramai 3.4 juta orang dan Sabah sebanyak 3.2 juta orang pada tahun lalu," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/ Demografi), Ismail Yusoff; Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Dr. Abdul Rahman Hasan dan Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor, Ibrahim Jantan.

Menurut Wan Ramlah, kadar pertumbuhan 2.1 peratus pada setiap tahun adalah sihat dan bukan satu keadaan yang mendadak.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, jabatan berkenaan kini mempunyai 10 pejabat operasi di seluruh negara termasuk di Kajang.

''Tujuan pejabat operasi ini ialah mempercepat dan memudahkan penyeliaan serta mengurangkan kos operasi penyiasatan," katanya.

Mengulas bajet jabatan itu yang dikurangkan 30 peratus tahun ini, katanya, ia akan memastikan langkah penjimatan dilakukan dengan berkesan supaya perbelanjaan digunakan secara berhemah.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi terkini seperti e-survey dan e-mel bagi membantu penjimatan perbelanjaan jabatan tersebut.

- UTUSAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO