CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PTD 2014

Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014
Daftar sekarang! --> http://jvsecurepay.com/access/116rg/28?camp_id=2266

Kekurangan guru Bahasa Inggeris

on Wednesday, January 6, 2010

Masalah kekurangan guru bahasa Inggeris, terutama di kawasan luar bandar dapat diatasi dengan pengambilan 13,000 guru mata pelajaran itu oleh institut perguruan (IPG) serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya mengetahui memang berlaku masalah kekurangan guru bahasa Inggeris bagi ditempatkan di sekolah rendah serta menengah di seluruh negara, namun situasinya tidak serius.

Katanya, kebanyakan guru bahasa Inggeris di sekolah menengah ialah graduan IPTA yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan bilangan mereka ketika ini adalah terhad.

“Berikutan itu, Kementerian Pelajaran bercadang melatih 13,000 guru baru yang akan ditempatkan di IPG dan IPTA secara berperingkat bagi memastikan masalah kekurangan ini dapat diatasi.

“Namun perlu dijelaskan bahawa bukan semua graduan mengambil bidang pengajian bersama pendidikan akan menjadi guru kerana mereka perlu melalui proses temu duga Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) sebelum layak mendapat biasiswa kementerian,” katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya, di sini, semalam.

Dr Puad sebelum itu meninjau sesi persekolahan di SK Ja’ie dan SK Pendam, bagi melihat sendiri keadaan fizikal kemudahan sekolah luar bandar serta merancang program pembangunan jangka panjang kementeriannya.

Turut sama Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Dr Julaihi Bujang.

- BERITA HARIAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO