Top Ad 728x90

Ketua voodoo bantah kubur besar


PORT-AU-PRINCE - Kaedah mengebumikan puluhan ribu mangsa gempa bumi di Haiti dalam sejumlah kubur besar ditentang oleh ketua-ketua kepercayaan ilmu hitam voodoo yang membuat aduan kepada Presiden negara itu, Rene Preval.

Mereka bimbang pengebumian secara tergesa-gesa tanpa mengikut upacara sepatutnya akan menyebabkan mayat-mayat itu hidup kembali sebagai zombi dan mengancam penduduk.

Beberapa pegawai Haiti berkata, setakat ini sekurang-kurangnya 70,000 mayat telah ditanam di beberapa kubur besar di luar ibu negara berkenaan, di sini.

Menurut mereka, kaedah tersebut merupakan cara paling efisien bagi membuang banyak mayat yang reput selepas Haiti dilanda gempa bumi melanda Selasa lepas.

Ketua kepercayaan voodoo, Max Beauvoir bagaimanapun berkata, kaedah pengebumian itu bertentangan dengan budaya masyarakat setempat.

"Kita tidak menghormati mayat apabila melakukan pengebumian seperti itu," katanya dalam satu pertemuan dengan Preval.

Lebih separuh daripada sembilan juta rakyat Haiti masih mengamalkan voodoo yang berasal dari Afrika.

- Reuters

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90