Top Ad 728x90

,

LPKP beku lesen Sani United setahun

Semua urusan pelesenan termasuk permohonan baru perkhidmatan bas ekspres oleh syarikat Sani United Sdn Bhd, dibekukan, berikutan insiden kemalangan maut bas milik syarikat itu, yang mengorbankan 10 penumpang pada 26 Disember lalu.

Syarikat itu juga tidak boleh memperbaharui permohonan dan ubah syarat bagi tempoh setahun selain diarah mempertingkatkan sistem pengurusan pemandu syarikat terbabit dalam tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu diputuskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) susulan kemalangan maut di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) hala utara kira-kira jam 1 pagi.

Berikutan kemalangan maut itu, permit bas dua tingkat yang terbabit dalam kemalangan berkenaan dengan nombor pendaftaran WSX 5010, dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata siasatan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut dipengerusikan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique, menetapkan keputusan itu selepas mendapati syarikat itu kurang mementingkan aspek pengurusan pemandu.

Beliau memberitahu pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut, berhubung

insiden itu. Jawatankuasa memutuskan tindakan terhadap Sani United Sdn Bhd selepas meneliti laporan audit LPKP pada 28 Disember lalu serta laporan agensi berwajib.

Nazri berkata, LPKP mewajibkan pelaksanaan sepenuhnya Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) ke atas semua syarikat bas ekspres berkuatkuasa serta-merta sebagai syarat mendapatkan, memperbaharui atau memohon lesen baru bagi setiap kenderaan.

Selain itu, katanya, LPKP tidak bercadang untuk menghentikan perjalanan bas pada waktu malam kerana kesalahan dilakukan jelas bukan disebabkan bas yang dipandu sebaliknya kecuaian pemandu.

“Ia tidak berkaitan bas berjalan tengah malam atau siang kerana kemalangan juga berlaku pada siang hari. Jika kita halang perjalanan bas selepas jam 12 malam, ia tidak menjamin kemalangan tidak berlaku dan akan menyusahkan orang ramai,” katanya.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90