Top Ad 728x90

Time dor com (TdC) tawar Internet terpantas


KUALA LUMPUR 2 Feb.2010 - TIME dotCom Bhd. (TdC) menjangkakan liputan sehingga 85 peratus di kawasan kepadatan tinggi sekitar Lembah Klang menjelang suku kedua tahun depan melalui pengenalan gentian jalur lebar TIME hari ini.

Gentian jalur lebar TIME merupakan perkhidmatan kemudahan Internet berkelajuan pantas sehingga 50 Megabit sesaat (Mbps).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim berkata, TdC merupakan satu-satunya penyedia penyelesaian telekomunikasi talian tetap terkemuka di Malaysia yang menawarkan 100 peratus gentian optik hubungan terus ke kediaman.

Afzal berkata, perkhidmatan itu kini boleh didapati di tujuh lokasi di Mont Kiara dengan lokasi tambahan dijadual untuk pemasangan setelah diuji.

"Kami memilih Mont Kiara berikutan infrastruktur dan liputan sedia ada sekali gus mengurangkan masa dan kos pemasangan.

"Kami menyasarkan antara 15 hingga 20 peratus pelanggan asas berpotensi untuk perkhidmatan ini di kawasan tersebut," katanya selepas melancarkan perkhidmatan gentian jalur lebar TIME, di sini hari ini.

Afzal juga berkata, TdC akan meninjau untuk meluaskan perkhidmatan itu merentasi kawasan kediaman dan menumpukan terhadap pelanggan korporat.

"Kami berharap dapat mendapatkan pulangan modal balik dalam tempoh antara 30 hingga 36 bulan," katanya.

Tambahnya, perkhidmatan itu dilancarkan bagi memenuhi pasaran yang belum mendapat perkhidmatan (underserved) dan menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai penembusan jalur lebar 50 peratus pada akhir tahun ini.

"Secara umumnya, ia disasarkan kepada pengguna Internet yang mahukan hubungan Internet terpantas dan tidak dihalang dengan kelajuan yang lembap dan tidak boleh dipercayai," ujarnya.

Gentian jalur lebar TIME ditawarkan pada kadar kompetitif dari RM149 hingga RM329 untuk pakej perkhidmatan antara 2Mbps hingga 10Mbps.

http://www.time.com.my

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90