Top Ad 728x90

Perpustakaan Negara perkenal ‘U-Biquitous’

Perpustakaan Negara akan memperluaskan khidmat pinjaman buku menerusi internet dikenali sebagai ‘U-Biquitous’ mulai hujung 2012.

Melalui kemudahan itu, pengguna boleh memilih buku yang ingin dipinjam yang kemudian akan dihantar ke alamat pengguna melalui perkhidmatan Pos Malaysia, tetapi kadar bayaran yang akan dikenakan masih belum diputuskan.

Buat permulaan, khidmat terbabit akan disediakan di Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negeri Selangor, Perpustakaan Negeri Sembilan, Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan Negeri Pahang, Perpustakaan Institut Tadbir Awam Negara (Intan) dan Pustaka Negeri Sarawak bermula Julai depan. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar, berkata pada peringkat percubaan itu, U-Biquitous hanya boleh diakses pengguna di tujuh perpustakaan terbabit.

“Khidmat e-book ini akan diuji dan ditambah baik dalam tempoh dua tahun sebelum diperluaskan ke semua perpustakaan awam seluruh negara menjelang akhir 2012,” katanya selepas majlis perasmian Program A.B.C: Mari Membaca 1Malaysia (Anak Bangsa Cemerlang), di sini semalam.

Katanya, perkhidmatan pinjaman buku melalui internet dijangka menjadi trend perpustakaan awam di negara ini pada masa akan depan.

- BERITA MINGGU

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90