Top Ad 728x90

,

Projek LPT Fasa 2 dijangka siap Disember 2011

Keseluruhan projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dari Jabor, Pahang ke Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu dijangka siap Disember tahun depan dan dibuka kepada pengguna pada awal 2012.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata Fasa 2 itu adalah kesinambungan LPT Fasa 1 dari Karak ke Kuantan sepanjang 169 kilometer yang dibuka kepada pengguna pada 2004.

Katanya, pembinaan LPT Fasa 2 itu yang dimulakan Mac 2006 membabitkan kos RM3.7 bilion mengalami kelewatan kerana kontraktor yang dilantik tidak mampu meneruskan pelaksanaan projek berikutan kenaikan mendadak harga bahan binaan di pasaran dunia antara akhir 2006 hingga awal 2008. “Ketidakstabilan harga itu mengakibatkan harga kontrak asal yang ditawarkan kepada kontraktor tidak lagi kompetitif dan tidak menguntungkan mereka.

Justeru, ada di kalangan kontraktor yang menarik diri daripada meneruskan projek walaupun setelah kerajaan menawarkan pelarasan harga kontrak baru,” katanya ketika menjawab serentak soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Datuk Mohd Nasir Ibraim Fikri (BN-Kuala Nerus) dan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Kuala Terengganu), pada sesi soal jawab di Parlimen semalam.

Katanya, pada masa ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses mengeluarkan notis penamatan secara persetujuan bersama bagi kontrak yang terbabit dan akan memanggil semula tender baru pada April atau Mei ini.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90