Top Ad 728x90

SPA tawar lepasan SPM latihan separa perubatan


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mengikuti 13 jenis Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil bagi kemasukan Julai 2010.

Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata latihan itu ditawarkan secara percuma dan mereka yang terpilih akan mendapat jaminan penempatan pekerjaan secara tetap.

Katanya, latihan bertaraf diploma akan dijalankan selama tiga tahun manakala latihan bertaraf sijil pula adalah selama dua setengah tahun dan jumlah kekosongan yang ditawarkan adalah sebanyak 3,315 orang. Beliau berkata, had umur untuk calon memohon Latihan Separa Perubatan adalah tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan bagi calon lantikan terus manakala bagi Pegawai Sedang Berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pula hendaklah berumur kurang 51 tahun.


“Program Latihan Bertaraf Diploma yang ditawarkan adalah Juru X-ray, Jururawat, Jurupulih Perubatan (Cara Kerja dan Anggota), Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian dan Jururawat Pergigian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, selepas tamat latihan, pelatih akan dilantik secara tetap dan diberi penempatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.

“Oleh yang demikian, calon tidak perlu risau untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan latihan. Selain belajar secara percuma, pelatih juga akan diberikan biasiswa bulanan,” katanya.

Beliau berkata, tarikh akhir permohonan pada Khamis ini. Keterangan lanjut tawaran boleh layari portal SPA di www.spa.gov.my

3 Comment:

  1. Assalamualaikum saya Siti Athirah,saya ingin bertanya tentang.. "TEMPOH SAH LAKU permohonan anda adalah selama satu (1) tahun daripada Tarikh Daftar permohonan." Adakah ia bermaksud saya boleh mndaftar pada bila2 masa asal kan dalam tmpoh satu tahun...

    BalasPadam
  2. Siti Nor Arinah
    Saya nak tanya, kita perlu isi borang spa nie sebelum result spm atau selepas result spm? mohon penjelasan.terima kasih.

    BalasPadam
  3. Saya puan Rukiah bt Ag Alli. Saya ingin bertanya, bila kah pengambilan pelatih separa perubatan 2015 di buka?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90