Top Ad 728x90

UiTM beri lebih peluang kepada pelajar lelaki

Sebanyak 80 peratus daripada 5,000 calon pelajar Melayu dan bumiputera yang akan diambil melalui program Mengubah Destini Anak Desa Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas ini adalah lelaki.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat bagi mengimbangi jumlah pelajar di UiTM sekarang yang 70 peratus daripadanya adalah wanita.

Beliau berkata, syarat pengambilan melalui program tersebut tidak begitu menitikberatkan keputusan peperiksaan tetapi pelajar itu mestilah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya empat kredit dan daripada keluarga miskin.

Menurut beliau, para pelajar ini akan diserapkan ke dalam kursus pradiploma yang akan menentukan hala tuju mereka untuk program diploma penuh, Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya.

“Melalui program ini, UiTM berharap pelajar miskin terutama lelaki yang tidak cemerlang dalam pelajaran dapat dibantu dan dibimbing sehingga memperoleh kelulusan yang tinggi serta diiktiraf.

“Mereka juga diharap menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa dan negara kelak,” kata beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini.

Mengulas pengambilan lebih banyak pelajar lelaki itu Sahol Hamid berkata, beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan demikian.

Ujar beliau, sekarang ini pelajar wanita sama ada daripada latar belakang keluarga miskin atau kaya lebih banyak diterima masuk ke universiti kerana mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Sedangkan pelajar lelaki yang miskin, kata beliau, kebanyakannya terkandas selepas SPM kerana keputusan kurang baik.

“Jadi apa salahnya UiTM sebagai universiti untuk Melayu dan bumiputera memberi peluang kepada mereka melalui program ini kerana jika ramai lelaki dibiarkan tidak berpendidikan negara juga akan rugi pada masa depan,” katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90