Top Ad 728x90

,

Vaisakhi Disambut Dengan Semangat 1Malaysia

Masyarakat Sikh menyambut hari kebesaran Vaisakhi hari ini dengan semangat 1Malaysia.

Setiausaha Gurdwara Sahib, Jalan Raja Bot Chow Kit di sini, Harbajan Singh berkata hampir 5,000 pengunjung yang datang bagi merayakan sambutan Vaisakhi di kuil itu disajikan dengan pelbagai makanan tradisi seperti capati, dhal dan laddu.

Katanya selain penganut agama Sikh, kaum lain termasuk pelancong asing, turut hadir menjadikan sambutan kali ini benar-benar bercirikan 1Malaysia.

Harbajan berkata sempena sambutan itu, beberapa acara diadakan seperti program menderma darah, pertandingan mengikat serban, pertandingan rambut paling panjang bagi kaum wanita dan permainan untuk kanak-kanak.

Sambutan yang diadakan pada 14 April setiap tahun di seluruh dunia itu adalah bagi memperingati penubuhan Khalsa iaitu pengasasan satu identiti kekal kepada orang Sikh.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90