Top Ad 728x90

Pelatih PLKN naik Tingkatan 6 pulang awal

Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 7/2010, yang mendapat tawaran memasuki Tingkatan Enam Bawah akan diberi pelepasan seminggu lebih awal dari tarikh tamat latihan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelepasan itu bagi memberi keselesaan kepada pelatih membuat persiapan bagi memasuki Tingkatan Enam Bawah.

“Mengikut jadual tarikh tamat latihan PLKN kali ini ialah pada 12 Jun ini, namun bagi pelatih yang akan memasuki Tingkatan Enam Bawah, mereka dibenarkan keluar lebih awal dari kem, iaitu pada 5 Jun ini sekali gus dianggap tamat latihan dan akan diberi sijil penyertaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pelatih perlu memaklumkan kepada komandan kem PLKN masing-masing bagi tujuan pengesahan menjalani latihan untuk dimaklumkan kepada pihak sekolah berkenaan.

Katanya, ini bertujuan supaya tempat yang diperuntukkan kepada pelatih PLKN tidak diberikan kepada pemohon lain.

Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan pelatih PLKN perlu mendaftarkan diri di sekolah mereka ditempatkan sebaik saja tamat latihan.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90