Top Ad 728x90

Peluang pengajian di MSU

Management & Science University (MSU) menawarkan 2,000 tempat untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian lanjutan mereka di universiti itu untuk sesi 2010 / 2011 bermula Mei ini.

Tawaran yang sama juga turut dibuka untuk pelajar yang tamat pengajian di tahap diploma dan matrikulasi di IPT yang di iktiraf.

“Sehingga kini lebih daripada 6,000 permohonan telah diterima dari pelajar lepasan SPM, STPM serta mereka yang tamat diploma atau matrikulasi dari pelbagai institusi pengajian tinggi swasta dan awam di Malaysia,” kata Presiden MSU, Prof Dato’ Wira Mohd Shukri Ab Yajid.

Beliau berkata, bilangan itu menunjukan peningkatan ketara berbanding 5,000 permohonan yang diterima pada waktu yang sama tahun lalu."

“Faktor utama selain daripada program pengajian yang ditawarkan medapat kelulusan atau pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan beberapa agensi lain kerajaan dan luar negara, rata-rata ramai yang memilih MSU kerana program pengajian yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan industri dan sekaligus ini memudahkan lagi peluang pembangunan kerjaya pelajar.

"Selain memenuhi prasyarat badan akreditasi dalam dan luar negara, kita juga dalam mempelbagaikan pendekatan kemahiran insaniah bagi memastikan kebolehpasaran graduan sentiasa berada ditahap yang tinggi," katanya.
Mohd Shukri berkata, peluang pelajar melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa turut disediakan melalui International Student Exchange Programme (ISEP) nya. Melalui unit ini, pelajar mempunyai pilihan lebih daripada 40 buah universiti di seluruh dunia untuk dijadikan tempat untuk menyambung pengajian mereka," katanya.

Beliau berkata, seperti tahun lalu kebanyakan permohonan yang diterima masih lagi menunjukan minat pelajar dalam bidang-bidang kritikal seperti medicine, accountancy, computer forensic, pharmacy, optometry, mobile & wireless technology, games design & animation dan sebagainya.

Pelajar yang berminat perlu memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan masuk ke program yang ditawarkan.

Selain itu, MSU turut menawarkan empat program pengajian pra universiti melalui Centre for Foundations Studies nya iaitu Foundation in Information Technology & Engineering, Foundation in Business, Foundation in Law dan Foundation (Science Biology/Health Science) serta program pengajian pasca siswazah yang ditawarkan melalui Graduate Management Centre

MSU menawarkan program-program pengajian peringkat diploma, sarjana muda dan pasca siswazah melalui fakulti, sekolah dan pusat pengajiannya iaitu Faculty of Health & Life Sciences, Faculty of Business Management & Professional Studies, Faculty of Information Sciences & Engineering, International Medical School, School of Pharmacy, School of Graduate Studies, dan Graduate Management Centree

Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan di MSU, sila hubungi Unit Kaunseling & Komunikasi, ditalian 03-55106868, sms dengan menaip MSUINFO (jarak) nama (jarak) emel kepada 019-341 9152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my

1 Comment:

  1. tumpang tanya. apa syarat syarat kemasukkan bagi program degree tesl in msu?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90