Top Ad 728x90

Ikan seberat 113kg ditangkap


MONTOVA, Itali - Seekor ikan air tawar gergasi sepanjang 2.5 meter dan seberat 113 kilogram (kg) yang ditangkap oleh seorang pemancing, Roberto Godi berusia 32 tahun di utara Itali telah memecahkan rekod ikan air tawar terbesar di Eropah, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu berjaya ditarik selepas 45 minit bertarung sekali gus mengatasi rekod sebelum ini seberat 112kg yang ditangkap oleh pemancing dari Perancis, Christophe Dubreuil di sungai Ebro Sepanyol. Namun, Godi melepaskan semula ikannya itu ke dalam sungai.

Dia juga telah menghantar maklumat hasil tangkapannya itu ke Persatuan Permainan Memancing Antarabangsa untuk mengesahkan rekodnya.

- Agensi

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90