CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PTD 2014

Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014
Dapatkan Pakej Rujukan Soalan PTD SPA segera! --> http://jvsecurepay.com/access/116rg/28?camp_id=2264



Daging kotak dari India bukan lembu tetapi kerbau

on Monday, July 19, 2010

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang dipasarkan di negara ini adalah daging kerbau dan ia dijual pada harga lebih murah, berbanding harga daging lembu tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata ramai pengguna tidak tahu bahawa daging import India yang lebih dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau dan bukannya daging lembu.

Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini adalah daripada gred biasa dan membolehkannya dijual pada harga lebih rendah, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.

“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak ini sebagai daging lembu, sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.

“Namun, terpulang kepada rakyat untuk memilih berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka, tetapi saya harap tidak ada lagi kekeliruan mengenai hal ini.

“Setiap tahun sebanyak 80,000 tan daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia amat popular di kalangan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

“Dalam pasaran ketika ini memang daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram, berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM17 hingga RM19 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di Alor Setar, semalam.

- BERITA HARIAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO