Top Ad 728x90

, ,

Isu Penempatan Guru Lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Berhubung calon-calon yang telah mengikuti dengan jayanya program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) akan diberi penempatan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Penempatan adalah diberikan berdasarkan kepada kekosongan, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM akan membuat penempatan DPLI setelah mengambil kira proses kerja yang akan dilaksanakan oleh bahagian ini dengan Jabatan Pelajaran Negeri.

Penempatan guru yang dilaksanakan oleh bahagian lain di KPM adalah mengambil kira kedudukan guru di sekolah-sekolah bawah kawalan bahagian masing-masing. (Sebagai contoh penempatan bagi guru Matematik diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan guru Pendidikan Islam /aliran agama diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Islam)

Buat masa ini, dukacita dimaklumkan bahawa tarikh bagi penempatan pelajar-pelajar lepasan DPLI masih belum diumumkan.

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan kepada calon-calon untuk sabar menunggu surat tawaran yang akan dihantar secara berperingkat.

Anda juga disarankan supaya tidak mendengar desas-desus ataupun khabar angin yang tidak diketahui akan kesahihannya. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memaparkan sebarang makluman ataupun informasi terkini yang berkaitan didalam Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan KPM di talian 03-77237070.

SUMBER :
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2 Comment:

  1. bila agaknye penempatan bagi dpli ini ye

    BalasPadam
  2. saya dah setahun menunggu posting guru,malahan interview pun belum dapat lagi.saya ni kiranya calon yang tercicir sebab ada kesilapan maklumat dari ipta ke kpm.so yang jadi mangsa sekarang adalah saya,rakan-rakan yang lain semua dah dapat penempatan.sedih,kecewa rasa geram semua ada.bila aduan dibuat,spp pass ke kpm...kpm pass ke spp,begitula selalunya terjadi.apa yang dah terjadi dengan permohonan saya sekarang ini.harap ada yang membantu...:(

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90