Top Ad 728x90

Kata-Kata Itu Mengandungi Energi, Berkata Positif untuk hasil positif

Kata-kata yang kita ucapkan, diucapkan keluar ataupun sekadar dalam hati, memiliki pengaruh yang luar biasa. Baik kepada diri sendiri, mahupun kepada orang lain. Kata-kata yang diucapkan mempunyai energi yang tersendiri.

Kata-kata boleh menyebabkan Anda tiba-tiba beremosi samada marah, gembira, sedih, teruja dsb. Ada juga hanya dengan kata-kata menyebabkan seseorang itu pengsan. Fikirkan! Sebuah kata-kata itu kadangkala lebih tajam dari mata pedang. Menghunus jiwa yang lembut... . Kata-kata itu tidak nampak pada mata zahir, tetapi ianya mengandungi energi yang sungguh dahsyat. Dengan kata-kata, boleh merubah dunia hatta iman seseorang. Berhati-hatilah dengan setiap kata yang diucapkan samada secara lisan atau dalam hati.

Jika Anda pernah membaca buku "The True Power of Water" karangan Masaru Emoto pasti Anda akan kagum dengan kajian yang dijalankan oleh beliau. Penelitian Masaru Emoto membuktikan bahwa fikiran, kata-kata dan muzik akan mempengaruhi struktur molekul air. Beliau mengkaji dengan menulis di atas kertas, perkataan "Fool" (Bodoh) dan "Thank You" (Terima Kasih), dan menampalkannya di dua buah botol berisi air.

Dengan metode fotografi kristal airnya, membuktikan bahawa air yang diberi tulisan "Thank You" akan membentuk kristal heksagon yang cantik. Sementara itu, air yang diberi tulisan "Fool", kristal airnya pecah dan rosak.

Apa yang boleh Anda dapat di sini adalah satu perkara sahaja yakni: KEKUATAN KATA-KATA, kata-kata yang kita tujukan kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain mempunyai energi yang dapat merubah keadaan.

Ok, cuba Anda renung dan perhatikan kebanyakan orang atau mungkin termasuk diri Anda sendiri sering menggunakan kata-kata negatif kepada diri sendiri. "Saya tak boleh la", "Saya tak tahu nak buat", "Saya tiada bakat", dsb.

Apa pula yang terjadi bila Anda mengatakan kepada anak Anda, misalnya "Kenapa la bengap sangat kau ni", "Apsal la lembap nak mampus!", "Dasar pemalas!", "Perangai kau ni sebijik macam setan!" dsb. Cuba Anda fikir, apa akan terjadi bila anak-anak dah besar nanti.

Sebagaimana yang Anda ketahui, bahawa 70% unsur di dalam tubuh manusia terdiri dari air, dan unsur yang sama juga membentuk planet kita. Air adalah sumber kehidupan. Kerana itulah, kualiti air sangat penting bagi makhluk hidup. Apa yang akan terjadi jika Anda terus menerus menggunakan kata-kata negatif, kepada diri sendiri mahupun kepada orang-orang yang Anda cintai? Umpama jasad yang mengandungi 'air berkarat' di dalamnya.

Mulai sekarang, berhentilah menggunakan kata-kata negatif. Gunakan kata-kata positif. Daripada mengatakan, "Saya tak boleh", lebih baik kita mengatakan "Saya belum boleh lagi. Tapi saya akan belajar sampai boleh!". Begitu juga kepada anak-anak.

Ingat! Berhenti menggunakan kata-kata negatif. Saya yakin Anda dapat melakukannya.
Jika Anda faham dan menguasai ilmu ini, dan Anda pelihara setiap kata-kata Anda mulai sekarang maka Anda bakal menjadi seorang yang hebat! Percayalah.

Inilah rahsia yang digunakan oleh mereka yang mengamalkan ilmu kuasa minda. Afirmasi itulah kekuatan kata-kata sebenarnya. Afirmasi itu bila kerap diucap menjadi doa. Dan doa itu adalah 'senjata mukmin'. Manusia tanpa senjata, akan mudah tewas oleh 'musuh-musuhnya'.

Kredit - Syadish

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90