Top Ad 728x90

,

Kenali Sistem Pendidikan di Mesir (Egypt)

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar utama di semua universiti. Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis pula digunakan sebagai bahasa kedua. Setiap pelajar yang ingin memasuki universiti dikehendaki mengetahui satu bahasa asing. Fakulti Perubatan, Pergigian, Farmasi, dan sebahagian kecil jabatan di Fakulti Sains menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kuliah. Walaupun demikian, Bahasa Arab digunakan dengan meluas dalam perbincangan dan latihan.

SESI PENGAJIAN DAN CUTI

Semua pusat pengajian di Mesir memulakan sesi pengajiannya dalam bulan Oktober dan berakhir awal bulan Jun. Cuti pertengahan tahun selama dua minggu di antara bulan Januari dan Februari. Cuti akhir tahun di antara bulan Julai hingga September. Mulai sesi 1996/97, Universiti Al-Azhar telah mengadakan sesi pengajian berdasarkan sistem dua semester dan ini merupakan perkembangan baru dalam sejarah pendidikan di Al Azhar.

SISTEM PENDIDIKAN

Republik ini melaksanakan dua sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Al-Azhar.

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Di bawah sistem ini, persekolahan peringkat rendah dan menengah ditadbir oleh Kementerian Pelajaran dan peringkat persekolahan tinggi ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Tinggi. Tempoh pengajian di bawah sistem ini adalah seperti berikut:

Peringkat Rendah (ibtidai) : 6 tahun
Peringkat Men. Rendah (i'dadi) : 3 tahun
Peringkat Men. Atas (thanawi) : 3 tahun
Peringkat Universiti (jamiah) : 4-6 tahun

Terdapat sebelas buah universiti di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:

Universiti Kaherah
Universiti Ain Shams
Universiti Al-Menia
Universiti Mansourah
Universiti Helwan
Universiti Terusan Suez
Universiti Iskandariah
Universiti Asyut
Universiti Tanta
Universiti Zaqaziq
Universiti Al-Manoufia

SISTEM PENDIDIKAN AL-AZHAR

Semua pusat pengajian Al-Azhar dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi terletak di bawah pentadbiran Majlis Tertinggi Al-Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar. Tempoh pengajian di bawah sistem ini adalah seperti berikut:

Peringkat Rendah (ibtidai) : 6 tahun
Peringkat Men Rendah (l'daadi) : 3 tahun
Peringkat Men Atas (thanawi) : 4 tahun
Peringkat Universiti (jami'ah) : 4-6 tahun

Mulai sesi 1992/1993, pihak Universiti Al-Azhar mula menghantar sebahagian pelajar-pelajar Malaysia ke tujuh buah cawangannya di luar Kaherah iaitu Iskandariah, Damanhur, Tanta, Mansourah, Zaqazik, Shibin El-Kom, dan Dumyat.

Pihak universiti ini turut mengadakan fakulti yang berasingan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

FAKULTI UNTUK PELAJAR LELAKI

-Syariah dan Undang-undang
-Bahasa Arab
-Dakwah Islamiyyah
-Pendidikan
-Perubatan
-Sains
-Usuluddin
-Pengajian Islam dan Bahasa Arab
-Perdagangan
-Bahasa dan Terjemahan
-Farmasi
-Kejuruteraan
-Pertanian

FAKULTI UNTUK PELAJAR PEREMPUAN

-Pengajian Islam dan Bahasa Arab
-Perdagangan
-Sains
-Pengajian dan Kemanusian
-Perubatan

Semua pelajar yang mengikuti kursus di bawah fakulti-fakulti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar tidak dikenakan sebarang bayaran. Namun bagi fakulti-fakulti lain dikenakan bayaran.

Kredit - Dilla

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90