Top Ad 728x90

Kerajaan negeri turut umum duit raya RM500

Beberapa kerajaan negeri semalam mengikut langkah Kerajaan Pusat apabila turut mengumumkan bayaran khas RM500 kepada kakitangan awamnya sebagai bantuan Aidilfitri.

Di MELAKA, bantuan RM500 itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk kira-kira 4,500 kakitangan awam di negeri itu membabitkan perbelanjaan RM2.25 juta.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjangkakan kerajaan negeri membelanjakan RM4.5 juta bagi membayar bantuan khas RM500 kepada 9,089 kakitangan awam yang berkhidmat di negeri itu.

DI KUANTAN: Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhammad Safian Ismail, berkata bayaran bantuan khas RM500 itu akan dibayar kepada 12,617 kakitangan awam negeri selewat-lewatnya tiga hari sebelum Aidilfitri.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan akan membayar bonus perayaan RM500 kepada kira-kira 6,000 kakitangan kerajaan negeri sebelum 1 Syawal ini.

Kelmarin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan lebih 7,000 kakitangan awam dan pesara kerajaan negeri itu akan turut menerima bayaran khas RM500.

Di KUALA TERENGGANU: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menjadi syarikat berkaitan kerajaan pertama di negara ini yang memberi bonus Hari Raya RM500 kepada semua kakitangan sebagai persediaan Aidilfitri.

Di SABAH: Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan dengan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri sebelum membuat keputusan mengenai pemberian bonus kepada kakitangan awam sempena Aidilfitri.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90