Top Ad 728x90

Kolej PTPL tawar peluang kerjaya dalam bidang hospitaliti dan pelancongan

Pertumbuhan pesat industri pelancongan tempatan dan global menyumbang kepada peningkatan permintaan tenaga profesional dalam bidang berkenaan.

Di Malaysia saja, sektor ini menyumbang sebahagian besar daripada perolehan negara. Tahun lalu, sektor pelancongan dan hospitaliti mencatatkan jumlah pelancong seramai 23.5 juta dengan nilai pendapatan berjumlah RM51 bilion.

Senario ini mencerminkan prospek bidang berkenaan begitu luas dengan sebahagian besar daripada tenaga profesionalnya dalam kalangan tenaga kerja tempatan.

Bagi memenuhi permintaan pasaran Kumpulan Kolej PTPL menawarkan program berkualiti dalam usahanya melahirkan pengurus berwibawa dalam bidang berkenaan.
Program merangkumi penyediaan kemahiran asas teori dan konsep yang berkait terus dengan industri pelancongan dan hospitaliti.

Kurikulum dalam bidang bidang berkenaan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan mereka mengenai teknik secara formal selain spesifikasi produk, kos menu, peraturan keselamatan dan kebersihan serta konsep pemasaran perniagaan.

Kumpulan Kolej PTPL menawarkan program yang menjamin perkembangan kemahiran serta kebolehpasaran pelajarnya. Kolej PTPL melalui Sekolah Hospitaliti dan Seni Kulinari (SHCA) menawarkan program berkualiti peringkat Diploma dan Sijil.
Penawaran program berkaitan merangkumi tiga bidang pengkhususan utama iaitu hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari.

Antara program yang ditawarkan termasuklah;
# Diploma Pengurusan Hospitaliti – Pelancongan,
# Diploma Seni Kulinari,
# Diploma Perkhidmatan Makanan dan Pengurusan Restoran,
# Diploma Pengurusan Hotel
# Diploma Pengurusan Acara.
# Sijil Pengurusan Pelancongan
# Sijil Operasi Hotel dan Katering

Selain itu, pelajar yang sudah menamatkan pengajian Diploma, boleh meneruskan pengajian ke peringkat di Management & Science University (MSU), juga institusi collegiate Kumpulan Kolej PTPL. Pelajar berpeluang memilih untuk mengikuti program pengajian berkaitan yang ditawarkan Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP), MSU.

Selain akademik, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mampu memperkasakan kemahiran insaniah `soft skills’. Graduan Kumpulan Kolej PTPL terkenal dengan keupayaan dan komitmen dalam menjayakan pelbagai program luar dewan kuliah yang diiktiraf.

Maklumat lanjut, boleh hubungi pihak pengurusan Kumpulan Kolej PTPL menerusi talian 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677/017-399 3034 or 016-630 8966.

5 Comment:

  1. saya cuma ada dua credit layak ka untuk ambil di ploma ya

    BalasPadam
  2. kalau kta dapat diploma kulinari tapi kta tukar ke pengurusan hotel.dapat tak?

    BalasPadam
  3. maria mohamed : sy dah amek diploma,nk amek sjil pula...brapa bulan & pmbyarannye bgmane?

    BalasPadam
  4. saya da sijil kemahiran tahap1&2 tpi sya nk sambung spm leh x? spm sya x bgus

    BalasPadam
  5. Saya cuma ada 2-kredit. Adakah saya layak untok kursus kulinari.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90