Top Ad 728x90

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dijangka siap Jun 2012



INTERCHANGE (SUSUR KELUAR)
- Jabor Interchange
- Ceneh Interchange
- Air Putih Interchange (Susur keluar ke Cukai, Kemaman)
- Kubu Interchange (Susur keluar ke Kerteh)
- Al Muktafi Billah Shah (AMBS) Interchange
- Bukit Besi Interchange (Susur keluar ke Dungun)
- Ajil Interchange (Susur keluar ke Kuala Berang, Hulu Terengganu)
- Bukit Payong Interchange (Susur keluar ke Marang & Kuala Terengganu Selatan)
- Kuala Terengganu Interchange (Kg Gemuruh - Susur keluar ke Kuala Terengganu Utara & Kota Bharu)

Grafik : http://umjkr.terengganu.gov.my


KUALA TERENGGANU: Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabor, Kuantan, ke Kampung Gemuruh, dekat sini yang tertangguh hampir setahun daripada jadual asal dijangka siap pada Jun 2012.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kos pembinaan lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu juga dijangka meningkat sekitar 15 peratus berbanding kos asal RM3.7 bilion.

"Kos meningkat berikutan kenaikan harga barang binaan selepas harga petroleum naik pada 2008-2009, selain pelantikan kontraktor baru untuk menggantikan enam kontraktor yang terpaksa ditamatkan kontraknya kerana gagal menyiapkan pakej masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak binaan LPT2.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Shaziman berkata, tender untuk pelantikan kontraktor baru itu dibuka bermula hari ini hingga akhir bulan ini dan ianya untuk enam pakej bermasalah yang dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, pembinaan LPT2 dibahagikan kepada dua segmen iaitu segmen pertama sepanjang 64 kilometer dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diserah kepada Kumpulan MTD, manakala baki sepanjang 120 kilometer dikendali JKR.

"Segmen JKR dibahagikan kepada 16 pakej termasuk enam yang bermasalah," katanya.
Mengulas lanjut, Shaziman berkata laluan Kampung Gemuruh-Bukit Payong dijangka siap hujung tahun ini, manakala Kampung Gemuruh-Bukit Besi dijangka siap pertengahan tahun depan.

Katanya, laluan akan dibuka kepada orang ramai sebaik saja ia siap dan kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan tol sepanjang tempoh itu sehinga keseluruhan fasa siap pada Jun 2012, katanya.

"Setakat ini kita masih belum membincangkannya di Kabinet dan perlu kita ingat kos pembinaan dan kos penyeliaan adalah antara perkara yang diambil kira dalam soal itu (kutipan tol)," katanya.

Katanya, untuk keselesaan pengguna juga, beberapa hentian akan dibina selain memastikan jalan susur keluar 10 persimpangan di lebuh raya itu ke pekan dan bandar di negeri ini dinaik taraf.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90