Top Ad 728x90

,

Khusrin kini sah SUK Selangor - KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, Datuk Mohd. Khusrin Munawi kini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru yang sah dilantik mengikut undang-undang.

"Dia adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran “Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Dalam Tempoh Satu Hari” di Pejabat Daerah dan Tanah Maran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pelantikan itu serta titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pelantikan Mohd. Khusrin tidak disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

Semalam, Mohd. Khusrin, yang pelantikannya tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri, mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Sharafuddin.

Hormat lantikan Khusrin - Alumni PTD

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) meminta pentadbiran negeri Selangor menghormati keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Presidennya, Tan Sri Salehuddin Mohamed berkata, kerajaan Selangor juga perlu memberi peluang kepada Mohd. Khusrin berkhidmat dengan jujur dan cemerlang sebagai SUK menggantikan Datuk Ramli Mahmud.

"Kami yakin beliau akan berbuat demikian kerana adalah menjadi tradisi dan budaya yang diamalkan dan dimegahkan di kalangan pegawai PTD untuk berkhidmat dengan setia di bawah kerajaan yang memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Alumni PTD, yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Mohd. Khusrin yang dipertikaikan dan ditolak kerajaan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berasa dukacita dan berasa bimbang terhadap impak negatif yang akan berbangkit.

Salehuddin berkata, impak berkenaan membabitkan integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik khasnya dan perkhidmatan awam amnya.

- Bernama

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90