Top Ad 728x90

,

Rejimen 509 Askar Wataniah perlu 1,700 sukarelawan

Rejimen 509 Askar Wataniah sedang berusaha untuk menambah bilangan anggota sukarela terutamanya daripada kalangan kaum Cina dan India dalam pasukan itu.

Pegawai Latihan dan Pengambilan negeri Lt Kol L Vasuthevan berkata kini terdapat 1,700 kekosongan bagi sukarelawan dalam rejimen itu untuk diisi yang kini mempunyai 1,300 anggota.

Penyertaan kaum Cina dan India masih rendah iaitu daripada jumlah 1,300 berkenaan, hanya 93 terdiri daripada kaum Cina manakala kaum India hanya 44 orang dan selebihnya Melayu, katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata rejimen itu juga menggalakkan penyertaan daripada peserta program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah tamat latihan yang akan membolehkan mereka memperoleh pendedahan dalam asas ketenteraan yang lebih menyeluruh.

Vasuthevan berkata sukarelawan perlu mengikuti tiga latihan iaitu latihan asas selama 240 jam yang dilakukan setiap Sabtu dan Ahad, latihan lanjutan selama 14 hari serta mengikuti kem tahunan selama 15 hari.

Katanya anggota sukarela askar Wataniah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun hingga 41 tahun dan maklumat lanjut boleh diperoleh di pejabat Rejimen 509 Askar Wataniah, Lebuhraya Peel, Georgetown atau hubungi talian 04-2297001.

- Bernama

5 Comment:

  1. Muhammad khairul nizam b. Harun : tiada sijil SPM boleh masuk tak ?

    BalasPadam
  2. Muhammad khairul nizam b, harun
    saya berminat , tapi saya tiada kelayakan ape-ape .

    BalasPadam
  3. selamat pagi tuan@puan..saya ting tung ling ingin bertanya tentang pengambilan askar wataniah,saya telah mengisi borang tempoh hari tetapi belum ada jawapan yg mengatakn saya telah diterima @tidak layak diterima..itu saja dari saya..terima kasih.

    BalasPadam
  4. selamat petam tuan@puan name saya muhamad izzat nasaruddin..saya perlajar dari plkn marang saya tak habis lagi belajar plkn..saya sagat suka nak jadi askar..kalau boley saya nak masuk askar wataniah dulu..cite cite saya askar..saya dari terengganu kemaman..saya takde smp...ni no telefun saya 01129340970@01117853575

    BalasPadam
  5. sya wan isma hayat bin wan mohd isa.bekas platih plkn,mempunyai sijil spm.berminat menyertai askar wataniah..sila wssp sya di no.berikut 01140220600 terima ksih.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90