Top Ad 728x90

,

Soal Jawab Agama: Rujuk tetap sah tanpa saksi

SOALAN:

Adakah sah kes rujuk cerai dan rujuk tanpa saksi?

Perlukah dimaklumkan kepada mahkamah syariah?



JAWAPAN:


Menurut Undang-Undang Keluarga Islam, setiap pernikahan dan perceraian perlu didaftarkan dan dilaporkan kepada pendaftar kariah masjid atau mahkamah syariah.

Menjadi suatu kesalahan apabila tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa agama.

Rujuk tetap sah tanpa saksi dan tanpa pengetahuan isteri sekalipun.

Sekiranya isteri masih dalam talak raj’i iaitu perceraian talak satu atau dua yang masih dalam edah.

Adalah lebih baik sekiranya isteri diberitahu dengan kata-kata rujuk kerana ketika talak raj’i, suami isteri masih dalam ikatan perkahwinan sebelum tamat edah.

Suami tidak ditegah untuk bermesra dengan isteri sehingga kepada persetubuhan sekali pun.

Menurut Sayyid Sabiq, rujuk sah dengan tiga cara iaitu melalui kata-kata, perbuatan seperti persetubuhan ketika dalam edah dan dorongan seksual seperti ciuman.

Bagaimanapun, Imam Syafie mensyaratkan dengan katakata sahaja iaitu ‘Aku rujuk engkau’. Ini kerana bagi Imam Syafie, talak memutuskan pernikahan (Sabiq, II: 178).

Apa pun semua perkara hendaklah dilaporkan kepada pendaftar kariah masjid di tempat pasangan bermastautin.

Jika isteri bersetuju dengan rujuk berkenaan, mereka dibenarkan hidup sebagai suami isteri apabila suami memohon kepada mahkamah.

Bagaimanapun, jika isteri tidak bersetuju, dia tidak boleh dipaksa untuk hidup bersama. Mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai untuk menyelesaikannya.

- HARIAN METRO

3 Comment:

  1. Fazilah MOhamed
    Assalamualaikum Ustaz,

    1. Sya telah bercerai dgn suami ketika dalam haid, maka betul ker kalau edah saya bermula setelah abis haid.? Dan haid yg kemudian dtg dikira suci dari haid yg pertama?

    2. Dalam tempoh edah, suami telah berniat utk rujuk semula dgn saya, tanpa memberi tau saya kerana pendapat dia sya tidak mungkin akan terima, adakah sah rujuk tersebut?

    3. Ketika haid yg ke 3, suami ada anta email utk rujuk semula, dan sya bersetuju. Adakah sah rujuk tersebut?

    4. Dan esoknya kami jumpa, dan suami bertanya kan saya utk rujuk semula dan saya bersetuju, Waktu ketika itu, saya tidak pasti adakah sya telah suci dari haid kerna masih lagi ada warna kekuningan.

    Sekiranya dikira sya telah suci bermakna sudah 3 kali saya suci dari haid dan edah saya sudah abis. Adakah sah rujuk tersebut?
    Adakah saya telah dikira rujuk pada soalan pertama atau kedua atau ketiga? Atau kesemuanya tidak sah dan kami kena nikah semula?

    BalasPadam
  2. Apakah hukumnya dan masih dibenarkankah? Jika seorang perempuan itu, dia sudah pun bercerai dengan suami dan sekarang dia telah bernikah semula dengan suami baru tetapi dia masih terus menghubungi si bekas suami dan terus meminta duit setiap bulan..dengan alasan tidak ada duit belanja sedangkan dia sudah bersuami lain. Suami itu pulak tidak ada kerja tetap.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ustaz..

    Maaf saya ingin bertanya berapa soalan yang mengelirukan saya🙏

    1) pada 14/9/21 saya telah bercerai dengan suami untuk pertama Kali Dan tempoh iddah saya Selama 3 bulan Dan akan habis iddah pada tarikh 14/12/21

    2) semasa dalam tempoh iddah, suami telah berjanji kepada saya bahawa dia akan berubah demi masa depan yang lebih baik. Dan kami juga telah berjimak semasa saya dalam tempoh iddah..

    3) persoalan saya disini,adakah ia dikira sebagai rujuk walaupun tanpa adanya lafaz rujuk dari suami atau lafaz sahih dari Pejabat kadi??

    4) Dan kini saya dapati suami Masih buat perangai lagi dibelakang saya dan saya tidak rela untuk dirujuk kembali.. jika berjimak itu dikira rujuk adakah saya perlu minta suami lafaz talak kembali??

    5) Dan apa akan Jadi pada saya jika tamat tempoh iddah 3 bulan tapi kami tidak lafaz rujuk di Pejabat kadi?? Mohon pencerahan ustaz

    Sekian dari hamba yang sangat lemah😢

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90