Top Ad 728x90

Kalendar Bulan Februari 2011

by
3 Feb 2011 - Tahun Baru Cina

15 Feb 2011 - Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW)

21 Feb 2011 - Keputusan Peperiksaan STPM 2010

25 & 26 Feb 2010 - Karnival JomHeboh di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

26 Feb 2011 - Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Iklan Pengambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2011

by





KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)

JABATAN PENGAJIAN TINGGI

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM

DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2011


Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.


KOD PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA

PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN

SESI AKADEMIK 2011/2012


Bil

IPTA

Kod

Nama Program

1

UPSI

AT06D

BAHASA INGGERIS

2

UPSI

AT45D

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

3

UPSI

AT63D

EKONOMI RUMAH TANGGA

4

UPSI

AT79D

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA IBAN)

5

UPSI

AT80D

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA KADAZAN/DUSUN)

6

UPSI

AT81D

DIPLOMA PENDIDIKAN (PELANCONGAN)

7

UiTM

ET06D

BAHASA INGGERIS

8

UiTM

ET45D

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

9

UIAM

YT06D

BAHASA INGGERIS


SENARAI IPTA, KURSUS YANG DITAWARKAN & KESESUAIAN IJAZAH :


* UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)


PENDAFTAR

BAHAGIAN AKADEMIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JALAN SLIM

35900 TANJUNG MALIM

PERAK

NO. TELEFON:

Talian 1 : 05-4506932

Talian 2 : 05-4506929

NO. FAKS : 05-4582670

E-MEL : akademik@upsi.edu.my

http://www.upsi.edu.my


FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

Pada tahun 2011 ini, UPSI akan menawarkan program Diploma Pendidikan (DP) seperti berikut:

Pelancongan - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Ekonomi Rumah Tangga - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Perdagangan dan Keusahawanan - Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Bahasa Inggeris - Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Iban - Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Kadazan/Dusun - Fakulti Bahasa dan Komunikasi


BAHASA INGGERIS
AT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
AT45D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Perniagaan / Perdagangan
  • Keusahawanan

EKONOMI RUMAH TANGGA
AT63D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam mana-mana bidang seperti berikut:

  • Hospitaliti
  • Fesyen & Tekstil
  • Sains Makanan
  • Perkhidmatan Makanan

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA IBAN)
AT79D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Bahasa

dan
Boleh bertutur dalam bahasa Iban
dan

Lulus Ujian Khas yang ditetapkan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA KADAZAN/DUSUN)
AT80D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Bahasa

dan
Boleh bertutur dalam bahasa Kadazan/Dusun

dan
Lulus Ujian Khas yang ditetapkan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PELANCONGAN)
AT81D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Hospitaliti

* UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

BANGUNAN UIC

40450 SHAH ALAM

SELANGOR

NO. TELEFON :

Talian 1 : 03-55443164

Talian 2 : 03-55443165

NO. FAKS : 03-55443170

E-MEL : bpp@salam.uitm.edu.my

http://istudent.uitm.edu.my/intake


BAHASA INGGERIS
ET06D
02 Semester

UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
ET45D
02 Semester

UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang seperti berikut:

  • Perniagaan / Perdagangan
  • Keusahawanan

* UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)


UNIT KEMASUKAN, PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

P.O BOX 10

50728 W.P. KUALA LUMPUR

NO. TELEFON :

Talian 1 : 03-61964000

NO. FAKS : 03-61964163

E-MEL : dip_pendidikan@iium.edu.my

http://www.iiu.edu.my/insted


BAHASA INGGERIS
YT06D
02 Semester

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

  • Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.

Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 pada atau selepas 28 Jun 1976.

Syarat Am

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan telah mendapat pengesahan tempat pengajian oleh senat Universiti pada 31 Disember 2010 sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
  4. Sila semak laman web JPA : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
  5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011 . Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
    • Maklumat Permohonan (Cetak Pengesahan Permohonan)
    • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    • Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga

  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22.04.2011 hingga 30.04.2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13.05.2011 hingga 18.05.2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

PANDUAN UJIAN MEdSI

1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.

  1. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  2. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  3. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  4. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  5. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  6. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  7. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  8. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

JABATAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

ARAS 1, BLOK E9, PARCEL, PRESINT 1

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62505 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-88835801/5802

No. Faks: 03-88894260

E-Mel: upu@mohe.gov.my


Catatan:-

* Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

* Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.


CARA MEMOHON:

PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 28 FEBRUARI 2011 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA (Unit Pusat Universiti - UPU) : http://upu.mohe.gov.my

PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN / Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)

NO. AKAUN UPU : 14100-29-83030691-5

Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN dan masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon lain. Boleh juga membeli No. Pin pemohon lain menggunakan Kad ATM anda.

Pemohon juga boleh membeli No. Pin melalui Perbankan Internet BSN : http://www.mybsn.com.my/ - Pin Purchase > UPU > Diploma Pendidikan

Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.

TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 28 FEBRUARI – 14 MAC 2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ON-LINE : 14 MAC 2011

TARIKH TUTUP MENGHANTAR SALINAN DOKUMEN KE IPTA : 18 MAC 2011


APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE:

https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm/index_dp.html

MUAT TURUN IKLAN:

http://www.ziddu.com/download/13984674/DiplomaPendidikanLepasanIjazahDPLIAmbilanJulai2011.pdf.html



Iklan Pengambilan Kekosongan Jawatan Konstabel Lelaki PDRM 2011

by

* Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
KONSTABEL LELAKI
POLIS DIRAJA MALAYSIA

“TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH”
www.rmp.gov.my



JAWATAN :
- KONSTABEL LELAKI

Rujukan: FTMT 1/2010 DLM KPN (PR) 114/4
Gaji Pelatih: RM897.00
Gaji Konstabel: RM897.00 - 2,256.19
Elaun Khidmat: RM115.00
Insentif PDRM: RM200.00
Elaun Perumahan: RM275.00
* Semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM50.00 hingga RM150.00 mengikut Pusat Latihan.

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Melayu
- Bagi Peperiksaan SPM sistem terbuka mestilah mendapat Kepujian dalam 2 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus 4 matapelajaran lain dalam satu atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Pegawai Rendah Polis Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Sokongan boleh juga memohon. Siji rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.

Kelayakan Fizikal:
- Tinggi sekuarang-kurangnya 1.63m
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray

TARAF JAWATAN : TETAP

CARA MEMOHON :
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang POL.262 (Pindaan 1/2008) secara PERCUMA di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran

- Pemohon hendaklah hadir sendiri di IPD dengan membawa sijil asal SPM

- Borang akan diberi kepada pemohon yang mencukupi syarat di atas

- Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatanmasing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

SILA PATUHI ARAHAN DI DALAM BUKU PANDUAN PENGISIAN BORANG. BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH DIISI DENGAN LENGKAP, MENGGUNAKAN BALL PEN DAKWAT HITAM DAN DITULIS DENGAN HURUF BESAR SAHAJA AKAN DIPROSES.

Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan:

a) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon

b) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran ibu bapa

c) Salinan Sijil SPM dan kelulusan yang lebih tinggi

d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil seperti ko-kurikulum dan Surat Penghargaan


ALAMAT SURAT MENYURAT:

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.

03-22626320 / 22627559

TARIKH TUTUP : 09/03/2011

PERHATIAN:
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.


MUAT TURUN IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/13984721/IklanPengambilanKonstabelPolisLelakiPDRM2011.pdf.html

Mara Terus Buka Pendaftaran Dalam Talian Sehingga 28 Februari 2011

by
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membuka pendaftaran secara dalam talian sehingga 28 Februari ini untuk penuntutnya yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka.

Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh berkata sehingga pukul 2 petang Jumaat, seramai 616 penuntut telah mendaftar secara dalam talian untuk mendapatkan tiket penerbangan pulang ke Mesir.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 804 penuntut tajaan Mara yang memberikan maklum balas semula kepada pihaknya sejak 'Ops Piramid' membawa keluar penuntut Malaysia dari negara bergolak itu baru-baru ini.

Mara mengambil keputusan untuk membiayai kos perbelanjaan menghantar balik semua penuntut tajaannya itu ke Mesir dalam masa yang terdekat ini, katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Idris berkata hampir 80 peratus daripada penuntut Mara yang pulang itu merupakan pelajar perubatan.

- BERNAMA

Pelajar – pelajar tajaan MARA yang masih belum mempunyai tiket penerbangan untuk kembali semula ke Mesir di kehendaki untuk mengisi borang pendaftaran secara online mulai 23 februari 2011 – 28 februari 2011. Tiket penerbangan adalah dari KLIA ke Kaherah / Alexandria sahaja.
Pendaftaran secara online boleh di buat di http://online.mara.gov.my/mesir

Maklumat Pendaftaran Universiti Di Mesir (Setakat 23/02/2011)

1. Universiti Mansourah - Perubatan 15 Mac 2011
Pergigian 19 Mac 2011
Farmasi 19 Mac 2011

2. Universiti Alexandria - Perubatan (Tahun 4 & 5) 19 Mac 2011
Perubatan (Tahun 1,2 & 3) 26 Mac 2011
Pergigian (Tahun 1 & 2) 2 April 2011


Lain- lain Universiti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di : http://www.mara.gov.my



Azimat kejayaan Dr Tengku Asmadi

by

Di universiti, pensyarah menggelarnya ‘bunga kembang lewat’ iaitu orang yang lambat nampak kecemerlangannya. Bagaimanapun, baginya, bukan lambat cemerlang tetapi keadaan serba kekurangan menyebab­kan dia sukar menyerlahkan bakat, kemampuan dan potensi diri.

Melihat air mukanya tenang, wajah ‘kebapaan’ serta intonasi suara yang lembut pasti membuatkan hati golongan sasaran mudah terusik dan ingin berubah. Inilah kekuatan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, 47, ketika memberi motivasi, terutama kepada pelajar

Kesusahan hidup waktu kecil banyak mengajarnya erti kehidupan.

Asalnya, Pengarah Urusan/Perunding Motivasi MAP Tra­ding & Consultancy Sdn Bhd (MAP) itu daripada keluarga sempurna, namun liku kehidupan bermula ketika dia berumur tujuh tahun apabila bapa meninggalkan dia sekeluarga.

Dr Tengku Asmadi anak sulung lima beradik. Seorang adik perempuannya meninggal dunia ketika masih bayi manakala seorang lagi pada usia 13 tahun.

Selepas kematian dua saudara perempuan, tinggal Dr Tengku Asmadi tiga beradik dibesarkan ibu yang mengambil upah membuat bakul dan mengemas rumah serta pekerjaan terakhir sebagai tukang masak restoran.

“Kehidupan kami waktu kecil memang sukar kerana ibu terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga. Pernah beberapa hari kami tidak jumpa nasi. Susahnya hinggakan hendak beli kasut sekolah pun tiada duit.

“Ibu membelikan kasut plastik berharga 50 sen di pa­sar malam untuk saya pakai ke sekolah. Kasut berkenaan keras dan panas, apabila berjalan kaki pulang dari sekolah, habis tapak kaki pecah.

“Ketika kehabisan wang, anak saudara ibu memberi pinjam RM3 daripada duit belanja sekolah miliknya. Wang berkenaan ibu gunakan untuk membeli beras. Zaman dulu, beras dibungkus dengan kertas surat khabar.

“Dalam perjalanan balik, bungkusan beras yang ibu bawa pecah ditimpa hujan lebat dan berserakan di tanah. Ibu hanya dapat menye­lamatkan dua genggam untuk makan kami adik-beradik.

“Keesokannya, pagi-pagi lagi ibu keluar untuk me­ngutip beras yang tumpah bagi mengelak ia dimakan ayam. Beras itu ditampi kerana bercampur dengan pasir,” katanya.

Banyak peristiwa menyentuh perasaan ketika mereka sekeluarga bergelut dengan kesusahan. Ibunya biasa membeli batang pokok sagu yang sering digunakan orang sebagai makanan ayam, tetapi diparut bagi membuat tepung dan dijadikan lempeng untuk sarapan pagi.

“Apabila tiba waktu makan, ibu mencari kami di segenap ceruk dan pastikan kami makan serentak kerana lauk sedikit dan dapat dirasa secubit seorang.

“Ibu juga akan pastikan anak tidur awal. Saya yang paling tua akan berpura-pura tidur kerana jika bergerak, takut ibu rotan.

“Selepas ibu menunaikan solat, saya terdengar dia berdoa, antara doanya ‘Ya Allah, aku ada tiga anak, biarlah seorang berjaya’. Mendengar doa ibu, saya menjawab di dalam hati, ‘yang seorang itu, biarlah aku’,” katanya.

Tidak mahu terus tenggelam dalam kemiskinan, Dr Tengku Asmadi tekad melakukan perubahan untuk berjaya. Pada peperiksaan Penilaian (darjah lima), dia cuma mampu meraih 1A.

Dia pernah mendapat nombor satu dalam kelas tetapi tidak mampu meneruskan kecemerlangan kerana kekangan kemiskinan iaitu kekurangan makanan dan buku.
Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) juga masih di tahap ‘biasa-biasa’. Dr Tengku Asmadi menyedari dia tidak boleh belajar di rumah jika ingin berjaya.

Mana tidak, berteman pelita minyak tanah, meniarap bera­laskan tikar serta bersendal bantal, tidak sampai setengah jam mengulang kaji, dia akan tertidur.

Dia kemudian meminta izin guru agamanya untuk menumpang tinggal di surau kerana kemudahan di situ yang lebih baik membolehkan Dr Tengku Asmadi mengulang kaji pelajaran.

Bersama beberapa rakan lain, dia tinggal di surau selama dua tahun sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dibantu pelajar cemerlang yang banyak memberi tunjuk ajar.

Anak jati Seberang Takir itu tekun belajar. Pernah dia me­ngulang kaji pelajaran dari Isyak hingga ke Subuh kerana sayang hendak berhenti berikutan takut tidak dapat momentum seperti itu.

Rumahnya hanya 500 meter dari surau dan setiap pagi Dr Tengku Asmadi pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah. Dia memegang kata-kata rakannya yang sudah ke universiti iaitu untuk melayakkan diri ke menara gading, pastikan Bahasa Melayu, Matematik dan Sains cemerlang.

Untuk itu, dia memberi tumpuan penuh dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam tiga subjek berkenaan manakala subjek lain dengan kepujian sederhana.

Dengan kelulusan SPM yang cuma memenuhi syarat minimum untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM), dia membuat permohonan melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU), tetapi ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia (USM).

“Ketika matrikulasi, ibu tidak dapat hantar dan saya tum­pang kawan yang dihantar oleh ayahnya. Sewaktu pendaftaran dan masuk asrama, saya lari ke bilik air kerana sedih melihat pelajar lain ada ibu bapa yang menguruskan tetapi saya datang sendirian.

“Saya rasa diri sangat kecil apabila bersembang dengan kawan di katil kerana keba­nyakan mereka bersekolah di bandar dengan agregat enam atau tujuh dalam SPM, malah ada yang menolak tawaran ke luar negara. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar,” katanya.

Mengambil ijazah sarjana muda kejuruteraan di tahun dua, Dr Tengku Asmadi bertanya dekan cara melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di bawah pembiayaan universiti.

Dia dimaklumkan, untuk terpilih, seseorang itu mestilah pelajar terbaik dalam jurusan yang diambil.

“Saya bekerja keras untuk meraih keputusan baik dan selepas meraih ijazah, memohon menjadi felo di USM dan melanjutkan pelajaran ke Australia.

“Di sana, pelajar tahun satu dari luar Australia perlu mengikuti ‘master quality programme’ untuk tapisan sebelum melayakkan mereka mengikuti pengajian sarjana atau PhD.

“Bagaimanapun, disebabkan keputusan cemerlang, saya tidak perlu menjalani program itu, sebaliknya terus membuat PhD,” katanya.

Selesai menamatkan PhD pada 1993, Dr Tengku Asmadi bertugas sebagai pensyarah USM di kampus kejuruteraan di Tronoh, Perak. Waktu itu, dia mula menjalankan bisnes kecil-kecilan menerusi perniagaan jualan langsung (MLM) bagi menambah pendapatan.

MLM turut mengasah bakatnya bercakap di depan orang ramai. Dia mula memenuhi permintaan untuk berceramah dan menyedari bakat dalam ceramah dan motivasi.

“Ketika itu saya memikirkan sikap mahasiswa yang ponteng kelas, malas belajar dan tidak mahu berjumpa pensyarah. Jika pelajar universiti seperti itu, pelajar lain apa lagi. Saya kecewa dengan keadaan itu dan ingin menyelamatkan mereka dari peringkat bawah lagi,” katanya.

Ketika mengerjakan umrah, dia menunaikan solat istikharah di depan Kaabah bagi memohon petunjuk sama ada mahu meneruskan kerjaya sebagai pensyarah atau menjadi pakar motivasi.

Selepas itu, dia terasa mengantuk dan pulang ke hotel. Ketika tidur, Dr Tengku Asmadi bermimpi bertemu adik kandungnya, Tengku Osman, yang bekerja sebagai buruh, meminta menyelamatkan kehidupannya.

“Selepas terjaga, saya termenung memikirkan maksud mimpi itu lalu bertanya ustaz. Ustaz bertanya, apa doa saya dalam solat istikharah. Katanya, jika saya terus jadi pensyarah, bagaimana saya hendak menyelamatkan adik saya, tetapi jika menjadi pakar motivasi, sudah tentu boleh membantu iaitu memberikan peluang pekerjaan kepadanya,” katanya.

Dia nekad berhenti sebagai pensyarah pada 1995 dan mula menganjurkan motivasi pelajar pada tahun berikutnya. Mengambil isterinya, Norsarina Zakaria, 45, sebagai pengurus dan adiknya, Tengku Osman sebagai penolong, Dr Tengku Asmadi mula menghantar risalah mengenai perkhidmatan ditawarkan sekitar Ipoh.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik orang mengikuti motivasi yang saya anjurkan. Ketika menghantar risalah dari rumah ke rumah, saya pernah dikejar anjing hingga kasut tercampak. Saya turut membuat panggilan telefon secara rambang dengan nombor telefon yang diperoleh daripada ‘whitepages’ untuk menawarkan kursus motivasi kepada pelajar.

“Alhamdulillah, usaha itu menerima maklum balas positif daripada ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengikuti kursus motivasi yang saya anjurkan,” katanya.
Apabila kedudukan syarikat bertambah baik, dia membuat promosi menerusi radio dan sering berulang alik Kuala Lumpur - Ipoh untuk menganjurkan kursus.

Pada 2000, dia diberi peluang muncul di kaca televisyen membicarakan mengenai anak.

“Saya anggap ia peluang keemasan. Untuk muncul 20 minit di kaca televisyen, saya membuat latihan berhari-hari di depan cermin dan isteri. Selepas itu saya diberi peluang muncul selama lapan minggu lagi di program berkenaan,” katanya.

Dr Tengku Asmadi berkata, selepas itu peluang semakin terbuka luas dan berpeluang muncul memberikan motivasi pelajar di hampir semua rangkaian televisyen tempatan.

Kursus motivasi dianjurkan setiap minggu di seluruh negara juga disertai 150 hingga 200 pelajar. Kini daripada kursus motivasi pelajar, Dr Tengku Asmadi mengembangkan khidmat motivasi kepada usahawan dan pekerja.

“Kata-kata seorang guru iaitu tiada kegagalan bagi insan berhati waja, saya jadikan azimat untuk berjaya. Biar apa pun cabaran, tetap saya harungi demi meraih kejayaan. Seorang rakan berkata, dia melihat saya selalu bernasib baik tetapi dia tidak tahu sebenarnya saya berusaha untuk nasib saya jadi lebih baik
iaitu dengan mengulangkaji pelajaran hingga Subuh,” katanya.

Baginya, manisnya kejayaan ialah daripada keperitan dilalui sepanjang perjalanan kerana ia menjadikan siapa kita hari ini dan akan datang.

Dr Tengku Asmadi jenis yang mudah bergaul dan cepat mesra serta tahu asal usulnya. Dia tidak mahu menjadi sombong dan melupakan ta­ngan yang pernah membantu kejayaannya hari ini.


PROFIL

NAMA: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
UMUR: 47 tahun
ASAL: Seberang Takir, Kuala Terengganu
JAWATAN: Pengarah Urusan / Perunding Motivasi MAP Trading & Consultancy Sdn Bhd
ISTERI: Norsarina Zakaria dan Tun Nurul Huda Abdul Rahim
ANAK: Tengku Safwan (21), Tengku Suhaila (19), Tengku Syakira (13), Tengku Syazwina Aqeelah (7), Tengku Puteri Qaisara (7), Tengku Sarah Aisyah (4) dan Tengku Imran Daniel (3)

- METRO AHAD 27/02/2011

PRK Merlimau: Roslan Lawan Yuhaizad

by

Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua, kanan) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah mengangkat tangan bersama selepas diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau, Melaka, Sabtu. Turut sama isteri Roslan, Zalifah Omar (kanan) dan isteri Yuhaizad, Shakila Mohamad. - Foto BERNAMA


JASIN: Seperti dijangka Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengumumkan pengesahan pencalonan itu berkata, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi diikuti Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin dua minit kemudian.

"Sebanyak tiga bantahan dikemukakan tetapi ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya Pusat Penamaan Calon di Politeknik Merlimau, di sini Sabtu.

Roslan berkata, sebanyak tujuh pusat mengundi akan dibuka pada hari pengundian 6 Mac ini.Dewan Platinum Politeknik Merlimau ditetapkan sebagai pusat penjumlahan undi rasmi/pengiraan semula undi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar dalam cuaca cerah sehingga pengumumuman yang layak bertanding dibuat.

Sementara tiada kejadian yang diingini berlaku di kalangan ribuan penyokong BN dan PAS yang berhimpun di luar politeknik.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu. SPR menetapkan 6 Mac adalah hari pembuangan undi.

Mengikut Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011, kawasan berkenaan mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos di DUN Merlimau dengan pengundi Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).

Berdasarkan komposisi mengikut kaum, terdapat 6,850 orang pengundi Melayu, 2,225 orang (Cina), 1,569 (India) dan lain-lain 37 orang.

- MSTAR 26/02/2011

PRK Kerdau: Syed Ibrahim lawan Hassanuddin

by

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim selepas mengesahkan dua calon tersebut bertanding di PRK DUN Kerdau. Bersama mereka (dari kiri) ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG


TEMERLOH: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS mempertaruhkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.

Pengumuman kelayakan berkenaan dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira pukul 11.30 pagi Sabtu.

Menurut beliau, sehingga tempoh bantahan ditutup pafda pukul 11 pagi, SPR menerima satu bantahan terhadap pencalonan dua calon berkenaan.

"Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan tersebut dan dengan ini menyaksikan wakil kedua-dua parti layak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan," katanya.

Menurut data yang dikemaskini SPR, terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN berkenaan iaitu 15 daripadanya pengundi pos.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin daripada BN menewaskan calon PAS, Hassanuddin dengan majoriti sebanyak 1,615 undi.

- MSTAR 26/02/2011

Nanas atasi sembelit

by
NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.

Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

- MINGGUAN MALAYSIA

Bermanfaatkah Google Street View?

by

Oleh JOHARDY IBRAHIM

Dalam filem Enemy of the State terbitan 1998 lakonan Will Smith dan Gene Hackman, ia memaparkan teknologi canggih yang kononnya digunakan oleh agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) menggunakan imbasan satelit untuk mengesan kedua-dua pelarian tersebut.

Satelit tersebut disambungkan kepada kamera-kamera di jalan raya, CCTV di kedai-kedai dan sebagainya. Bila lokasi Smith dikenal pasti, satu pasukan pemburu dikejarkan ke situ. Ia satu cara berkesan untuk mengesan orang yang dikehendaki dan menahannya, menurut filem itu.

Ada yang percaya AS memang memiliki keupayaan teknologi sedemikian. Ramai juga yang sinikal filem itu tidak lebih sekadar propaganda kerana sehingga sekarang, AS masih gagal mengesan Osama bin Laden, meskipun menggunakan teknologi satelit untuk memburunya di seluruh Afghanistan.

Mungkin teknologi pengimejan satelit tersebut masih di tahap awal ketika filem itu diterbitkan pada 1998 dan mungkin sudah sempurna hari ini. Tidak dapat dipastikan kerana Pentagon tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi dan terbuka. Namun, imej satelit kini tidak lagi eksklusif kepada sektor pertahanan semata-mata. Sebaliknya, ia menjadi milik semua, seiring dengan evolusi ledakan Internet. Hari ini, anda boleh mengaplikasikan kaedah filem Enemy of the State tersebut dari komputer riba atau iPad anda, dengan sekadar melayari laman carian Google Maps dan Google Earth iaitu Google Street View.

Secara asasnya, Google Street View ini boleh dirumuskan sebagai satu peta yang maju kerana ia bukan sekadar membantu menunjuk arah lokasi yang dicari tetapi juga memaparkan gambar, malah ada sesetengah kawasan, gambar masa sebenar!

Ia adalah teknologi yang memberikan pandangan panorama daripada pelbagai sudut jalan-jalan di dunia. Ia dilancarkan pada 25 Mei 2007, bermula di beberapa kota di AS dan secara perlahan-lahan diperluaskan ke negara luar.

Imejnya diambil daripada beberapa kereta yang direka khas dengan kamera. Pada 2008, kereta seumpamanya dilihat di Singapura dan seterusnya perkhidmatan tersebut diperolehi di republik itu setahun kemudiannya. Di Malaysia, belum lagi dilaporkan kewujudan kereta seumpamanya tetapi sementara menunggu ia berlaku, eloklah kerajaan dan pihak berkaitan berbincang mengenai fungsi, manfaat dan keburukan daripada Google Street View ini.

Daripada aspek pelancongan, ia sangat berguna kepada penduduk tempatan untuk meninjau sama ada bangunan yang dituju itu benar-benar wujud atau pelawat luar yang mahu menuju ke destinasi tertentu. Ia membolehkan pengguna 'melawat' lokasi tertentu secara maya dalam peta maya dan bila berada di lokasi sebenar, amat membantu kerana ia menunjukkan bangunan, lorong dan arah tuju sebenar yang dilihat sebelum itu. Malah, ia juga sangat berguna kepada penggemar acara memburu harta karun. Ini aspek positif.

Pihak berkuasa Malaysia perlu mengikuti dengan teliti perbahasan dan tindakan perundangan yang diambil oleh sebilangan daripada 27 negara khususnya AS, Jerman dan Austria terhadap perkhidmatan Google ini yang didakwa melanggar kebebasan peribadi individu.

Seorang ahli Kongres AS dari Savannah, Mike Rogers menggesa Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS supaya menyiasat Google yang mengaku telah 'mencuri masuk' ke transmisi Wi-Fi pengguna awam semasa mengumpul data program pemetaan Street View.

''Selepas hampir sembilan bulan sejak Google mengaku mengumpul data ini, kita masih tidak menerima jawapan kenapa ia dibenarkan berlaku dan berapa ramai orang terjejas, apalagi jaminan sahih bahawa ia tidak akan berlaku lagi," kata Rogers dalam surat rasminya.

Kereta Street View dipandu mengelilingi kota dan mengambil gambar yang kemudiannya disiarkan dalam talian dan disepadukan dengan Google Maps. Google mengaku kenderaannya itu juga mengumpul data dari rangkaian Wi-Fi yang terbuka, tetapi mengatakan ia tidak lagi berbuat demikian.

Antara maklumat yang diperoleh dari Wi-Fi terbuka ialah alamat e-mel, pesanan ringkas, URL, nama pengguna dan kata laluan, nama, telefon rumah dan alamat rumah dan paling membimbangkan, nama orang yang menderita penyakit tertentu, lengkap dengan nama dan alamat mereka.

(Dalam konteks ini, anda yang gemar 'menumpang' menggunakan Wi-Fi percuma di bistro atau restoran, kenalah berhati-hati kerana Wi-Fi seumpamanya langsung tidak selamat dari segi mengawal selia data peribadi yang keluar dari telefon pintar atau komputer riba anda).

Pengetahuan

Google adalah sebuah organisasi enjin carian Internet yang memainkan peranan penting dan hebat dalam memajukan lagi Internet tetapi pengguna harus mengetahui apa yang tersirat, tersurat dalam pengalaman mereka membangunkan Internet, terutama yang membabitkan soal keselamatan data pengguna.

Dari konteks keselamatan negara, Google Street View juga menimbulkan keresahan. Singapura dilaporkan mengenakan syarat khas kepada Google supaya tidak memaparkan kawasan-kawasan ketenteraan. Tindakan yang sama diambil oleh rejim Zionis Israel, yang masih gementar jika lokasi ketenteraannya dijadikan sasaran oleh pejuang Palestin.

Uniknya dalam kes Israel ini ialah ia telah rejim Yahudi ini telah berjaya meletakkan Tel Aviv sebagai kota pembangunan teknologi canggih (banyak perisian Internet yang kita guna hari ini, di inovasi dari Israel yang memindahkan operasinya ke Amerika, dan dianggap sebagai produk Amerika bukan Israel). Tetapi pada masa yang sama, pihak tenteranya amat risau Google Street View akan diguna oleh pejuang Palestin untuk mengenal pasti lokasi strategik sebagai sasaran serangan.

Isnin lalu, satu pasukan petugas Kabinet Israel diketuai Menteri Perisikan, Dan Meridor mengarahkan pakar-pakar untuk bekerjasama dengan Google Inc. bagi mencari cara untuk melaksanakan program Street View 'seberapa segera yang boleh'. Pasukan tersebut mempertimbangkan manfaatnya seperti meningkatkan tarikan pusat pelancongan tetapi dengan keselamatan awam dan peribadi terjamin.

Kritikan yang melekat pada Street View ini ialah ia boleh mendedahkan orang di lokasi- lokasi yang mereka tidak mahu dilihat atau melakukan sesuatu yang memalukan. Misalnya, dilihat keluar dari pusat hiburan malam atau berdua-duaan dengan kekasih gelap.

Alat Internet ini juga menjadi masalah kepada industri hiburan. Ia terkena pada program popular seperti The Amazing Race. Blogger yang suka 'merosakkan program' menggunakan Google Street View untuk mengenal pasti destinasi seterusnya peserta, berdasarkan sedutan gambar yang disiarkan semasa promosi program. Bangunan yang dikenal pasti itu diumumkan dalam blog dan dari situ, mereka membuat unjuran mengenai lokasi seterusnya.

Untuk menerima bulat-bulat Google Street View ini pun tidak elok, malah sama negatif jika menolaknya sama sekali. Ia ada kelebihan untuk memajukan sektor pelancongan tetapi berisiko daripada segi keselamatan negara. Tentulah kita tidak mahu lokasi kem tentera atau polis kita dipantau dengan mudah oleh negara asing atau penyangak profesional.

Semua ini harus diambil serius oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia. Pesanan ini ditekankan di sini kerana kerajaan macam tidak ambil berat mengenai kelebihan dan keburukan penggunaan telefon pintar Blackberry tatkala banyak negara mengambil langkah proaktif mengawalnya. Bukan hendak menyarankan Blackberry atau Google Street View diharamkan, cuma sekadar meminta kerajaan mengambil inisiatif mengadakan penilaian sewajarnya mengenai kaedah penggunaannya agar kita tidak rugi dalam ledakan Internet ini.

- MINGGUAN MALAYSIA

Elak Penyakit Lupa Dan Otak Lembab

by

Sering kali kita dihinggapi penyakit mudah lupa.Betulkah kita ni jenis mudah lupa ? Berikut beberapa petua yang perlu diamalkan untuk mengelakkan kita mudah lupa dan mengalami kerosakan otak

1. Ambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Jangan makan berlebihan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Jangan Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Elakkan Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Elakkan menghidu udara tercemar
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Elakkan tidur berlebihan
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Elakkan Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Jangan biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Elakkan Kurang berimaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Elakkan Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Kata Imam Al-Ghazali ...akal kalau dibiarkan surut akan menganggur..........Berfikirlah secara sihat kerana minda sihat datang dari tubuh yang sihat. Kita juga digalakkan makan kismis untuk kesihatan otak dan ingatan.


http://www.mindaaku.com/2010/02/elak-penyakit-lupa-dan-otak-lembab.html

Peminat Maher Zain paling ramai dari Malaysia

by

SHAH ALAM 26 Feb. - Peminat Malaysia mencatatkan jumlah paling ramai menjadi peminat Maher Zain berdasarkan kepada jumlah mereka yang menjadi rakan facebooknya.

Menurut penyanyi nasyid R&B berasal dari Lebanon itu, daripada 1,878,598 peminat yang menjadi rakan facebooknya, sejuta daripadanya adalah dari Malaysia.

Penyanyi berusia 29 tahun juga itu membuktikan popularitinya apabila berjaya menarik lebih 7,000 peminat menyaksikan konsert Maher Zain Live In Concert yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam di sini pada malam tadi dan juga malam ini.

Menurut pengacara konsert itu, Farah Adeeba, dia diberitahu wakil penganjur, peminat Maher di Malaysia bukan sahaja paling ramai di dunia, tetapi konsert anjuran In Team Records, Fiero dan Awakening Entertainment (UK) itu antara yang mendapat sambutan terbesar peminatnya.

"Tiket-tiket menyaksikan konsert yang berharga antara RM50 hingga RM200 kebanyakannya telah habis dijual. Jumlah mereka yang menonton termasuklah untuk malam ini mencecah sehingga 9,000 orang," katanya.

Pada konsert selama dua jam sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 15 Februari lalu, Maher turut melahirkan rasa kagumnya bukan setakat mendapat sambutan hebat peminat tempatan tetapi juga berjaya menyatukan ramai penyanyi nasyid pada masa yang sama.

Beliau yang berhijrah ke Sweden bersama keluarganya semasa berusia lapan tahun menganggap peminatnya di Malaysia cukup istimewa sehingga dia merakamkan lagu popularnya berjudul Insya-Allah ke dalam versi bahasa Melayu yang turut didendangkan pada konsert tersebut.

"Saya amat berbangga dengan sambutan peminat saya di negara ini. Saya juga bersyukur kerana pada malam ini, saya tidak menyanyi sendirian kerana turut serta ialah Inteam dari Malaysia, Mesut Kurtis (Macedonia) dan Irfan Makki (Kanada). Ini membuktikan Islam itu bersifat global," ujarnya.

Ternyata Maher yang muncul dengan album sulungnya berjudul Thank You Allah pada Mac tahun lalu tidak mengecewakan peminatnya menerusi lagu-lagu popular seperti Always Be There, The Chosen One, Ya Nabi Salam Alaika, Barakallah, Hold My Hands dan Open Your Eyes.

- MINGGUAN MALAYSIA

Benarkah Wanita Sensitif, Lelaki Ego?

by
Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

- NOOR HASLIZA NUSI

Kredit - Qaseh Rafflesia

Siti Sarah Sah Bergelar Isteri Shuib

by

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.

Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.

“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut.

Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.

- MSTAR

Gaddafi dan 40 pengawal wanita

by

Pada Jun 2009, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.

Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.

Beliau lebih suka tidur bahkan bertemu pemimpin negara asing di khemah itu berbanding hotel mewah.

Pada tahun 2007, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ.

Senarai sisi eksentrik Gaddafi seperti yang dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail termasuklah tindakannya membawa unta gurun Sahara sebagai sebahagian daripada rombongan pengiringnya semasa beliau melawat Perancis.

Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya.

Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009. Gaddafi mengembara dengan membawa khemah bagi menonjolkan asal-usul Badwi.

Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika.

Khemah

Apabila mereka berkelana merentas padang pasir, mereka akan mendirikan khemah bagi bermalam atau berlindung daripada cuaca buruk termasuk ribut pasir.

Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.

Dengan memakai gel dan rambut yang diwarnakan semasa tiba di Itali dua tahun lalu, Kolonel itu disifatkan media Barat mirip gaya Raja Pop, Michael Jackson.

Di tengah dadanya tersemat sekeping gambar pemimpin pemberontak Libya yang telah dihukum gantung oleh penjajah Itali pada tahun 1931. Beliau diberi sambutan negara oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang.

Beliau yang memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan.

Namun, pasukan pengawal peribadi Gaddafi, kini berusia 68 tahun, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia.

Kira-kira 42 tahun lalu, Gaddafi menggulingkan raja terakhir Libya, Raja Idris atas nama revolusi Islam. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam.

Bagaimanapun, pengawal peribadi wanitanya itu tidak menyorokkan wajah mereka di sebalik burqa.

Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada emansipasi wanita.

"Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh," kata Gaddafi.

Raja Afrika

Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuk lelaki itu.

Ternyata, dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.

Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.

Malah, pekerjaan yang dianggap berprestij itu sentiasa menjadi buruan wanita Libya.

Mereka dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak.

Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.

Gaddafi akan membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.

Wanita-wanita itu memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan mereka telah diuji berulang kali.

Pada tahun 1998, salah seorang daripada mereka terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas kumpulan fundamental Islam di Libya menyerang kenderaan Gaddafi.

Gadis yang mati itu dikatakan merupakan pengawal kesukaan Gaddafi. Dia 'menerbangkan' dirinya untuk melindungi tubuh Gaddafi.

Dia rela mati ditembusi peluru berbanding membiarkan peluru itu mengenai tuannya.

Kehebatan Gaddafi adakalanya dipuji lawan dan kawan. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Gaddafi, yang pernah dianggap oleh Barat sebagai bapa keganasan dan lelaki di sebalik pengeboman Lockerbie pada tahun 1988, diberi layanan istimewa oleh Berlusconi.

Sebenarnya, tidak ramai pemimpin dunia seperti Gaddafi mengekalkan kuasa dan mengharungi pelbagai tekanan sepanjang 40 tahun pemerintahannya.

Beliau menulis sendiri buku Green Book yang memaparkan pandangan politik dan teori sosialnya.

Apabila beliau berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.

Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam.

Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.

Kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika. Dua tahun lalu, Gaddafi menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen 'Penyatuan Afrika' Gaddafi.

"Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika," beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.

Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar 'Raja Segala Raja' di Afrika.

- Agensi

Memandu guna otak

by

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN

Apabila memandu, gunalah otak." Ia merupakan ungkapan yang selalu kita dengar bagi mengingatkan para pemandu agar tidak memandu sesuka hati, sebaliknya menggunakan akal fikiran ketika berada di jalan raya.

Bagaimanapun, artikel ini bukan ingin memberi panduan memandu menggunakan otak atau pemanduan berhemah tetapi berkongsi maklumat mengenai kajian saintis yang berusaha memperkenalkan kaedah memandu kereta 'hanya menggunakan otak.'

Sememangnya saintis sebelum ini telah berusaha membangunkan pelbagai kaedah atau teknologi untuk membaca gelombang otak dan kemudiannya menterjemahkannya kepada tindakan mekanikal seperti mengawal tangan robot, permainan video dan sebagainya.

Ada juga kajian kawalan telefon dan televisyen yang sedang dijalankan oleh saintis.

Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda!

Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu memegang stereng.

Penyelidik yang diketuai oleh Raul Rojas, profesor bidang kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman, menggunakan "Emotiv neroheadset" untuk merekod aktiviti otak pemandu.

Set kepala neuro merupakan alat 'electroencephalography' atau EEG yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan permainan video oleh syarikat Emotiv dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Bagi seseorang pemandu yang ingin menggunakan sistem pemanduan tanpa tangan ini, mereka perlu melakukan beberapa latihan mental terlebih dahulu.

Melalui latihan ini, pemandu akan cuba mengalihkan barangan secara maya (di skrin komputer) dengan hanya menggunakan fikiran dan bukannya menggunakan tetikus.

Pemandu itu akan memakai set kepala Emotiv untuk merekodkan aktiviti mindanya supaya alat itu dapat mengenalinya dengan lebih baik.

Apa yang penting adalah komputer dapat memahami empat arahan penting pemandu iaitu "berhenti, mula, kiri dan kanan."

Dalam satu temu bual, Rojas memberitahu IEEE Spectrum, aplikasi BrainDriver masih di peringkat kajian dan masih tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya.

Bagaimanapun, pembangunan aplikasi antara muka antara manusia dan mesin yang semakin baik akan membolehkan matlamat tersebut dicapai dalam dunia pemanduan.

Bagaimanapun, beberapa ujian yang dijalankan telah membuktikan perkara tersebut boleh dilakukan dan pemanduan tanpa tangan sememangnya boleh dilakukan dengan BrainDriver.

Kajian yang dikenali juga sebagai Projek AutoNOMOS diyakini akan memberikan bentuk pemanduan yang lebih selamat dan mesra alam di masa depan.

Ujian menunjukkan sensor yang dipasang pada kepada pemandu boleh menterjemahkan arahan-arahan mudah yang berkaitan dengan arah, kelajuan dan membrek.

Rojas berkata, sistem komputer yang berada dalam kereta boleh mengenalpasti apa yang dilakukan oleh kereta-kereta lain tetapi ia sukar mengesan arah pergerakan pejalan kaki.

Katanya, projek ini sememangnya leih tertumpu kepada pembangunan teknologi tetapi tidak mustahil ia akan boleh digunakan untuk pemandu-pemandu cacat di masa depan.

Bagi pemandu biasa pula, BrainDriver pula boleh meningkatkan tahap keselamatan seperti mengetahui bila pemandu berasa mengantuk atau tertidur dan kemudiannya mengejutkannya dengan bunyi atau gegaran.

- UTUSAN

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90