Top Ad 728x90

Pakej komputer riba Acer dan jalur lebar Yes


Sebagai sebuah pengeluar komputer riba terkemuka, Acer sekali lagi menawarkan belian pukal yang amat menguntungkan pengguna.

Bersama rakan perniagaannya, Yes iaitu sebuah syarikat komunikasi Internet terkemuka menawarkan pakej komputer bersama kemudahan jalur lebar Yes secara percuma.

Berdasarkan harga komputer riba yang amat berpatutan pengguna juga akan menikmati perkhidmatan jalur lebar daripada Yes yang meliputi 150 minit perbualan percuma untuk panggilan ke seluruh jaringan, 150 sistem pesanan ringkas (SMS) percuma termasuk panggilan kepada nombor 018.

Dengan satu perkhidmatan jalur lebar anda boleh menghubungi mana-mana talian dalam negara sambil melayari Internet dengan kelajuan lima kali lebih pantas berbanding perkhidmatan 3G.

Menurut Pengurus Besar Perkhidmatan dan Jualan Acer Sdn Bhd. Malaysia, Ricky Tan, pihaknya menawarkan sesuatu yang pasti sukar untuk ditolak oleh pengguna.

"Kita sentiasa mencari jalan untuk memastikan tiada lagi halangan di antara pengguna dan juga teknologi masa kini," ujarnya.

Kerjasama antara Acer dan perkhidmatan jalur lebar 4G daripada Yes ini juga dilihat sebagai satu situasi yang amat menguntungkan pengguna.

Malah, ia mampu memberi kepuasan melayari Internet melalui perkhidmatan jalur lebar sepenuhnya kepada pengguna.

Tawaran belian komputer riba jenama Acer bersama perkhidmatan 4G daripada Yes tersedia bagi model Acer Aspire 4750G-2414G50 pada harga RM2,249, Aspire 4743-382G50 pada harga RM1849 dan Aspire 4743ZG-622G32 pada harga RM1,749.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Acer di alamat www.acer.com.my dan perkhidmatan jalur lebar Yes di alamat www.yes.my

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90