
| Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru | |||||||||||||||
| Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:- | |||||||||||||||
| a. Mengikut pasangan bertukar | |||||||||||||||
| b. Mencari pengalaman baru | |||||||||||||||
| c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah) | |||||||||||||||
| Permohonan Pertukaran Atas Talian | |||||||||||||||
| Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah. | |||||||||||||||
| Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. Berikut adalah anggaran tempoh masa yang terlibat di dalam proses permohonan atas talian berkenaan:- | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
CARA & TEMPOH PERMOHONAN : Permohonan dibuka dari 1 - 30 April 2011 dan boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/etukar/ (Sila gunakan pelayar Internet Explorer sahaja) |



{ 4 comments... read them below or add one }
salam...boleh ke sekiranya seseorang itu yang berjawatan tetap bertukat jabatan suruhanjaya perkhidmatan pelajaran(spp) ke suruhanjaya perkhidmatan awam (spa)?
Wednesday, November 30, 2011 at 1:47:00 PM GMT+8
kalau nk tukar dari spp ke spa mmang x boleh la... kalau kita dilantik drpada permohonan & temuduga melalui spp mana bleh pegi spa walaupn brjawatan tetap...
Monday, December 19, 2011 at 8:14:00 PM GMT+8
salam,boleh ke bertukar dari JPN,KPM ke Politeknit KPTM ?
Monday, January 9, 2012 at 12:37:00 PM GMT+8
saya nak tukar dari jpwp ke sekolah sekitar cheras@pudu@klang lama ..ada yg sudi ke jpwp?
Monday, March 26, 2012 at 2:55:00 PM GMT+8
Post a Comment
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.