Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Sukaguam yang baru ditubuhkan ini akan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan undang-undang sivil dan syariah secara percuma kepada semua peringkat masyarakat.
Kata beliau, perkhidmatan tersebut merangkumi isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah, pembuangan kerja secara tidak adil, hak-hak ketika ditahan polis dan banyak lagi.
"Perkhidmatan tersebut ditawarkan bagi tempoh tiga bulan menerusi tujuh kaunter khidmat iaitu pada setiap Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari pukul 3 hingga 6 petang bermula Jumaat ini.
"Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat Sukaguam bertempat di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Wangsa Maju, Jumaat ini dan bagi yang ingin menghubungi Sukaguam boleh menghantar e-mel ke Sukaguam@gmail.com.my," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Khairul berkata, inisiatif ini merupakan kerjasama antara Khairul Group, Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. dan tujuh peguam sukarelawan.
Katanya, khidmat nasihat yang akan diberikan berunsur panduan secara tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak atau menyelesaikan masalah mereka.
"Khidmat yang kami berikan ini boleh membantu orang ramai mengurangkan kos sekitar RM2,000 hingga RM3,000 yang kebiasaannya dikenakan oleh firma guaman bagi khidmat 'buka fail' dan kaunseling, namun kami tidak mengenakan apa-apa bayaran pun, semuanya percuma.
"Kami akan membantu menyelesaikan masalah orang ramai menerusi kaunseling, namun jika mendapati kes yang dihadapi memerlukan khidmat peguam, kami akan mendapatkan firma guaman yang boleh mengenakan kos berpatutan," ujarnya.
Kata beliau, Sukaguam bercadang mewujudkan sekretariat tetap selepas tempoh percubaan selama tiga bulan dan seterusnya memperluaskan perkhidmatan itu kepada masyarakat di luar bandar secara percuma.
Beliau berkata, lebih menarik pada sesi perkhidmatan tiga bulan itu, Restoran Ali Maju akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan Sukaguam.
Khairul berkata, pihaknya amat mengalu-alukan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan serta tidak berpengetahuan tentang khidmat perundangan tetapi sangat memerlukan sesi kaunseling daripada peguam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Restoran Ali Maju Sdn. Bhd, Datuk Jawahar Ali menyeru pengusaha restoran lain untuk sama-sama membantu menjayakan program tanggungjawab sosial ini.
"Pada Jumaat ini kita akan mengadakan khidmat Sukaguam di restoran kami di Wangsa Maju, tetapi bagi minggu-minggu berikutnya kita akan berpindah ke Restoran Ali Maju di sekitar Lembah Klang pula," katanya.
- UTUSAN



{ 9 comments... read them below or add one }
macamane utk hubungi sukaguam ini?
Wednesday, December 14, 2011 at 9:43:00 AM GMT+8
yela... sya pun tgh mencari??????
Wednesday, December 14, 2011 at 4:39:00 PM GMT+8
S
alam saya Mohd Nordin b. Hashim.Saya adalah seorang pembekal bahan kimia,berniaga 11 tahun,setahun lalu bisnes saya jatuh teruk.sekarang terhutang dengan pihak bank rm 400,000.pihak bank mengambil tindakan mahkamah dan akan memufliskan saya dan isteri,sedangkan isteri saya tidak bekerja. harap pihak tuan dapat membantu.sekarang saya tidak ada pekerjaan tetap,family yg. membantu.tq
Saturday, January 28, 2012 at 12:51:00 AM GMT+8
saya khairuddin b mansor yg telah ditipu oleh seorang jurujual proton edar di taiping perak yg menyebabkan saya menanggung hutang sebanyak RM21K dan pihak kedai tidak mahu bertanggung jawab ke atas trade in kereta yg di buat kerana borang jual beli telah ditipu...katanya,harap pihak tuan dpt membantu saya dalam hal ini.terima kasih
Thursday, March 8, 2012 at 8:14:00 PM GMT+8
saya khairuddin b mansor di tipu jurujual kereta dan menanggung kerugian sebanyak RM23000
Saturday, March 24, 2012 at 8:33:00 PM GMT+8
Salam, saya ada masaalah perundangan dan amat memerlukan bantuan guaman. Boleh kah pihak sukaguaman ini bantu saya?
Siapakah yang harus saya hubungi dan apa kah number telefon untuk saya panggil? Sekian, terima kasih.
Nama: Zubaidah Mohd Noor
email: zubaidahmohdnoor@yahoo.com
Monday, April 2, 2012 at 7:12:00 PM GMT+8
Salam, macam mana saya nak hubungi pihak sukaguam ini? Saya ada masaalah perundangan yg memerlukan khidmat guaman tetapi saya tak berduit untuk membayar perkhidmatannya. Tetapi, sekiranya tuntutan saya itu berjaya, saya memang berniat akan membayar kos perhaidmatan yang diberi. Terima kasih.
Daripada: S.Fatimah Mohamed Noor
email: zubaidahmohdnoor@yahoo.com
Tuesday, April 3, 2012 at 11:17:00 AM GMT+8
Saya Yusri Bin Ma'ali ingin bertanya.Pada 1998 saya telah menjadi penjamin kereta kepada adik ipar saya. Beliau telah menjual kereta tanpa menukar nama dan sambung bayar. bagaimana pun sipembeli tidak pernah membayarnya dan tak boleh dihubungi lagi. Bagaimana pun laporan polis telah dibuat.Pada tahun 2004 adik ipar saya telah dijatuhkan muflis kerana tidak menjelaskan baki lebihkurang RM35ribu. beliau telah berurusan dengan jabatan isolvensi dan membayar setiap bulan. Pada 2011 saya pula dijatuhkan muflis kerana kes tersebut. Mengarahkan membayar RM79ribu. Adik ipar saya dan saya telah berunding dengan pihak bank untuk mengeluarkan nama saya dari muflis dan mengekalkan 1 nama sahaja sebagai muflis. Saya sanggup bayar sebanyak RM40ribu untuk menyelesaikannya. Bagaimana pun pihak bank meminta RM60ribu untuk mengeluarkan nama saya dari muflis. persoalan saya, Bolehkan mereka mufliskan saya sedangkan peminjam dapat dihubungi dan membayar setiap bulan kepada jabatan insolvensi.Adakah jalan lain yang boleh mengeluarkan nama saya daripada muflis kerana ianya menyusahkan saya.Diharap pihak tuan dapat membantu masaalah saya ini. Terima Kasih (email:yusz66@yahoo.com)
Tuesday, May 15, 2012 at 12:05:00 AM GMT+8
saya wilmalyn bulon mau tanya...macam mana saya mau dakwa orang yag menggunakan hak privasi saya...contohnya dia menggunakan gambar saya,keluarga dan nama saya,dan menjatuhkan aib dan maruah....saya uda bagi dia amaran tapi dia tidak peduli..di mana saya harus baut laporan?saya mempunyai gambar dan number orang tu,mesej2 dia saya masi simpan...bantu lah saya..
Tuesday, May 7, 2013 at 4:08:00 PM GMT+8
Post a Comment
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.