'Doa ibu paling mustajab'

Golongan wanita yang bergelar ibu diingatkan supaya sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan untuk kesejahteraan anak-anak kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.

Perkara itu diamalkan sendiri oleh ibu kepada Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd. Noah yang mengakui tidak putus berdoa siang dan malam untuk kejayaan anak-anaknya.

''Doa ibu paling kuat, di samping saya sentiasa sembahyang tahajud di malam hari berdoa untuk anak-anak,'' jelas Tun Rahah ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan.

Ditanya apakah rahsia beliau dalam mendidik anak-anak terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mampu memimpin negara dengan baik, beliau berkata:

''Saya tidak ada apa-apa rahsia. Najib (sewaktu kecil) macam budak-budak lain, cuma masa belajar dia belajar, masa bermain dia bermain.''

Tambah beliau, Najib yang memanggil beliau dengan panggilan mummy merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan cakapnya.

''Walaupun sekarang ini dia terlalu sibuk, dia ada juga menghubungi saya,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kejayaan Tun Rahah dalam mendidik anak-anak menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia.

- UTUSAN 'Doa ibu paling mustajab'

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000